26 Dec 2013

Dua hati yang telah lama bersatu...

4comments
Dua hati yang telah lama bersatu, pena bukanlah nak berjiwang untuk entri kali ini, tapi sekadar nak berkongsi sesuatu yang mungkin kita tidak sedar.


Dua hati yang telah lama bersatu di sini pena maksudkan ialah hati pena dan bonda pena. Yang telah lama bersatu sejak azali lagi, sejak pena di dalam rahim ibu pena lagi. Bagaimana kasih dan sayangnya sewaktu mengandungkan pena,melahirkan dan membesarkan pena sehingga sekarang.



Dan hati yang bersatu ini tidak akan berpisah sehingga akhirnya kerana ia adalah kasih yang suci dan bersih. Pena membesarkan dengan kasih sayang seorang wanita yang bergelar ibu dan dalam masa yang sama menjadi ayah kepada pena. 

Semasa pena ingin menyambung pelajaran ke pantai timur pada tahun 2008, berat hati ini ingin meninggalkan umi keseorangan tapi apakah daya, pena terpaksa kerana ia adalah pergorbanan yang perlu kami lakukan untuk masa depan yang lebih baik...

Alhamdulliah empat tahun itu telah berlalu, semuanya selamat, walaupun liku untuk mengharunginya banyak cabaran dan dugaan yang mendatang tapi kami telah menempuhnya.


Sekali lagi pena terpaksa meninggalkan umi keseorangan di rumah dan kali ini kerana pena mencari rezeki di hutan batu. Jika semasa belajar dahulu pena hanya pulang ke kampung hanya pada cuti semester kerana jarak dan kos yang perlu dipertimbangkan, tetapi kini soal jarak tidak menjadi masalah, kerana kuala lumpur melaka hanya mengambil masa 3 jam (sbb pena masih new driver) jika hendak dibandingkan dengan terengganu melaka tyang mengambil masa 8 jam , tetapi soal lain juga masih perlu dipertimbangkan.

Sebelum berhijjrah ke hutan batu ini, pena telah berjanji akan cuba pulang sekerap yang mungkin paling tidak dua minggu sekali. Sebab pena tidak mahu berjauhan dengan umi, kerana dia adalah satu-satunya mutiara dan harta yang pena ada..


Untuk dua bulan pertama ia berlaku dengan baik, tetapi apabila masuk bulan ketiga, ia tidak menjadi seperti yang dirangcang...

"Umi, ain balik minggu depan lepas gaji ek"
"Tak yah balik, balik tahun depan jer cuti raya cina, lama sikit kat rumah"

Agak tergaman bila umi sang pena berkata demikian, agak menitis air mata ini. tetapi keesokan harinya bila pena telefon umi semula dan pujuk cakap nak balik balik minggu selepas gaji umi menerangkan..

"Tak yah la balik, bukan dapat RM20-30 balik kan, duit minyak duit tol semua nak kirakan, simpanlah duit yang nak buat balik tue, umi ok kat cni, makan minum semua cukup, beras pun ada lagi, umi tak susah"

Ya Allah menitis air mata ini bila umi cakap begitu, umi kasihkan anaknya di hutan batu ini, sememangnya buat masa ini pendapatan pena bukanlah besar dan sejujurnya pena masih belum mampu nak menaggung umi. Benarlah orang pernah berkata seorang ibu boleh membesarkan 10 anak, tapi 10 anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu..



Bagaimana pula dengan pena, pena seorang ini masih belum dapat menjaga umi dengan baik. Tapi in shaa allah satu hari nanti jika diberikan keizinan dari Allah pena akan dapat memberikan yang terbaik untuk umi, sebagaimana umi telah memberikan yang terbaik untuk pena..



Itulah dua hati yang telah lama bersatu akan mengerti dan memahami antara satu sama lain. Ia begitu indah dan hanya yang merasainya akan lebih memahaminya.



Sayang dan rindu pada umi...


20 Dec 2013

Bagaimana... dan kenapa....?

0comments
Tajuk untuk entri kali ini dimulakan dengan pertanyaan.. kenapa? Sebab pena nak kita semua berfikir bagaimana dan kenapa satu bahagian yang terdapat dalam tubuh badan kita boleh mati, tetapi kita masih boleh hidup, tapi kita hidup bukan dalam rahmatNya... Bunyi seperti menakutkan, tetapi itulah realitinya.

Dan sebab terjadinya adalah bukan kerana benda yang menyakitkan tetapi benda yang menyeronakan...

Kenapa? Sebab dengan banyaknya ketawa boleh menyebabkan sang hati atau dalam bahasa romantisnya heart dalam dalam Al-Quran disebut seketul daging, jika elok daging itu maka eloklah semua..


Begitu indah aturan yang telah ditetapkan, tetapi mengapa kita pilih untuk lebih banyak ketawa daripada mengeluarkan butiran mutiara? Semua jawapan masih tetap berada di situ.Cuba kita ambil sedikit masa untuk berfikir dan muhasabah diri sepanjang perjalanan hidup kita ini yang mana lebih banyak dalam hidup kita, suara kegirangan atau suara tagisan.



Antara sedar dan tidak kini terlalu banyak rancangan hiburan yang membuatkan kita leka, tidaklah perlu pena list satu persatu rancangan yang telah dihidangkan. Pena bukanlah seorang yang anti sosial yang tidak sukakan hal keduniaan ini, sekadar untuk mengambil tahu sudah cukup rasanya agar tidak dikatakan tidak ketinggalan.

Walau bagaimana pun pena tidak menafikan bahawa dengan ketawa juga merupakan satu terapi, tetapi gunakanlah nikmat terapi pada jalan dan tempat sepatutnya

Kita yang mengawalnya, dan sebagai pengawalnya kita kawal la dengan seeloknya agar ia tidak mati...

mari kita hayati bait-bait lagu demi masa dari raihan
   
"Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah

Hiburkan hati yang masih gelisah
ubati hati yang terluka
Ikat kembali persahabatan
dengan iman dan kasih sayang"

Sebelum pena akhiri entri kali ini satu pesanan yang ingin dikongsikan

"Dunia sekarang orang yang tidak seharusnya diangkat dan dijulang telah menjadi pujaan ramai, kepopularitan mereka telah mengalahkan para daie dan cendiakawan islam serta para mujahidin... itulah salah satu tanda akhir zaman...berhati-hatilah semua teman-teman..."

19 Dec 2013

Kita Sekadar hamba...

2comments
Si A bagitahu si B, yang C,D,E,F,G,H,.... tak suka kat dia... tapi apa yang si B boleh buat, berdiam diri jer la tak nak masuk campur.

tapi... adakah kita pernah kita dan sedar kenapa orang tak suka dengan kita? adakah ia kerana sikap dan tingkah laku kita, apa kata kita check list mengenai diri kita sebentar, muhasabah di malam jumaat ini mungkin ia dapat memberi keyakinan dan kekuatan dalam diri kita. semua orang tidak sempurna dan sukar hendak sempurna di mata semua orang, menerima kekurangan dan kelemahan adalah terbaik, jika tidak suka pun tegurlah agar dapat diperbaiki kekurangan itu, dan bagi yang ditegur terima dengan hati yang tenang, dan jangan melenting atau berkecil hati ini kerana ia adalah untuk kebaikan diri sendiri...

Kehidupan ini sebenarnya dan sepatutnya membuatkan kita menjadi matang, tidak semua orang boleh menerima kita seadaanya, dan kita seharusnya menerima hakikat tersebut tetapi jangan jadikan ia sebagai alasan untuk kita lemah dan berputus asa, bukti pada mereka yang adalah yang terbaik untuk diri kita. walaupun kita tidak dapat membuka mata mereka tapi kita telah berusaha untuk melangkah ke arah yang lebih baik.

Manusia memang tidak lari  daripada sifat mengkritik dan manusia juga lebih nampak keburukan daripada kebaikan. seperti kain putih, hitam yang setitik juga yang dilihatnya daripada putih yang besar itu. Oleh itu jangan mudah goyoh dengan kehidupan. Seperti orang dahulu kala pernah berkata

"Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tak boleh"

Kita memang tak boleh nak tutup mulut atau kunci mulut orang daripada nak berkata-kata, tetapi  kita boleh menjadi lebih baik dengan mulut mereka, tidakkah itu sesuatu yang indah? Bukankah ia mudah untuk menjadi baik?

Apabila kita melihat sesuatu perkara hanya dari sudut negatif, sebenarnya semua perkara yang positif pun akan dinilai negatif, tetapi jika perkara yang negatif ditukar kepada positif kita akan menjadi lebih proaktif dalam kehidupan...



In Shaa Allah..

Oleh itu jangan terlalu nak bermanja dengan liku-liku kehidupan, kerana Allah bagi kita kehidupan pada kita untuk kita menjadi khalifah yang terbaik dan yang terbaik perlu melalui suka duka , pahit manisnya hidup....

11 Dec 2013

Masanya akan sampai satu hari nanti...Barakallah teman-teman....

0comments

Cuti sekolah memang sangat sinonim dengan majlis perkahwinan, penyatuan dua jiwa menjadi satu... Syukur dan alhamdulliah kepada mereka yang bakal dan telah menyulam detik bahagia bersama insan yang telah ditakdirkan untuk bersama dunia dan akhir. Jagalah ikatan dan jangan sekali goyah dengan gelombang batera rumah tangga.




 Maaf juga kepada teman-teman yang telah menghantar utasan undangan ke majlis hari bahagia korang semua,kerana pena tidak dapat menghadirinya, hanya doa yang pena dapat kirimkan agar semua berada dalam keadaan bahagia hingga ke jannah.



Semestinya apabila melihat semua rakan-rakan telah dan akan meraikan hari bahagia mereka, dan terdetik di hati 

"aku bila lagi:" 



In shaa allah hari bahagia itu pasti akan hadir tepat pada masanya. Mungkin hati kecil kita berkata,

"lambat lagi aku nak bernikah sebab aku belum ada pasangan''



Jangan risau dengan janji Allah kerana ia adalah satu kepastian. Perbaiki diri kita dahulu, agar apabila tiba dan masanya pasangan kita akan terjua dengan kehadiran kita dalam hidupnya. Bukankah ia sesuatu yang indah? Dan semoga kita akan dipertemukan dengan pasangan kita dalam keadaan yang terbaik, dalam keadaan rahmat Allah. In Shaa Allah kerana disitulah kunci permulaan kebahagian.



Dan teman pena pun ada kata, 

"Jangan risau ia akan datang tanpa kamu sangka, macam akk, akk tak percaya yang akk tunang hari ini, ia berlaku secara pantas"


Dan perkara yang paling  indah adalah kita bercinta dengan si dia tanpa kita sedar? Bagaimana? Jawapannya adalah dengan doa... Mendoakan pasangan kita dan keluarganya tanpa kita mengenalinya adalah satu doa yang ajaib dan termakbul dan sampai dihatinyma. Dan apabila bertemu seperti mempunyai magnet dan seperti telah lama mengenali antara satu sama lain. Itulah kuasa doa..



Jika masih lagi memikirkan mengenai soal jodoh ini, apa kata kita ketepikan soal itu sebentar dan memikirkan apakah lagi matlamat dan tanggungjawab yang belum kita laksanakan...

In Shaa Allah, siapa tahu Allah akan bagi apa yang kita mahukan selepas tanggungjawab kita telah terlaksana? Dan mungkin sebab tanggungjawab yang belum terlaksana juga menyebabkan kita belum dipertemukan dengan si dia yang bakal menjadi ratu di hati.



Pena menulis entri ini sebab pena mahu mengingatkan diri pena juga yang kadang-kala alpa dan lupa dengan urusan dan tanggungjawab yang seharusnya digalas.

In Shaa Allah matlamat pena sekarang adalah umi pena. Pena sahajalah harapan umi dan besar tanggungjawab pena pada seorang ibu yang telah membesarkan pena dengan penuh kepayahan. Biarlah pena membahagiakan umi dengan kemampuan yang ada sebelum pena menjadi tanggungjawab orang lain satu hari nanti. 

In Shaa Allah 

Amen...

8 Jam dalam Sejarah...

0comments
Kenapa 8jam dalam sejarah untuk tajuk entri kali nie? Sebab memang sangat la dalam sejarah bila drive dari KL ke Melaka ambik masa 8 jam. Pena ni memanglag new driver, (walaupun dah setahun dapat lesen) dan alhamdulliah baru diberi kesempatan dan rezeki untuk memandu kereta sendiri. Tapi bukan pasal kereta yang pena nak cerita, tapi apa yang pena lalui selama 8 jam tue la.



Sepatutnya pena pulang ke kg hari sabtu lepas waktu pejabat, tetapi hati ini nak sangat pulang awal, sebab dah 3 minggu tak pulang...(anak tunggal la katakan). Kebiasaanya pena akan dr KL ke Melaka atau sebaliknya mengambil masa selama 3 jam jer walaupun orang lain 2 jam atau lebih cepat dari tu.

Tapi apa yang menyebabkan 8 jam adalah kejadian kemalangan yang teruk di Senawang berdekat susur keluar Pedas Linggi...Dalam kejadian tersebut dikatakan lebih kurang 6 buah kenderaan yang terlibat. Tetapi semasa pena melalui tempat kejadian setelah hampir 6-7 jam tersangkut dalam jem, hanya 4 buah kenderaan yang masih ada. 





Sepanjang dalam tempoh tersangkut dalam jem tue, pena tak dapat sebarang info mengenai kemalangan yang terjadi sehingga pena call umi pena. Sebenarnya pena nak buat kejutan pada umi pena yang pena pulang malam tue, tapi akhirnya pena yang terkejut sebab tersangkut dalam jem. Dan yang paling mengharukan handphone bateri kosong sebabkan terlupa dan cas dan kredit pun hanya cukup untuk sms jer... 





Tapi sepanjang dalam perjalanan yang tidak mengunakan pedal minyak tapi banyak kepada menekan pedal break, banyak yang pena pelajari. Pertama belajar mengenai erti kesabaran. Ye la ia sangat-sangat menguji kesabaran bila dalam keadaan yang begitu. Tapi tidak semua yang dapat bersabar dan alhamdulliah bagi mereka yang dapat bersabar dengan ujian ini. Daripada 3 lorong dilebuh raya tersebut dalam keadaan biasa, apabila terjadi keadaan seperti ini lorong yang 3 telah menjadi 5 lorong? Di sini kita dapat melihat bagaimanakah sikap yang dipamerkan itu. Kenapa 3 menjadi 5? Ia berkaitan dengan sikap kita sendiri dan kesempatan dan peluang yang diberikan

Yang pena dapat lihat manusia ini sering mengunakan kesempatan yang ada, peluang memang sentiasa ada, tapi bagi kita harus bijak memilih peluang yang ada itu adakah ia digunakan pada jalan yang tepat atau tidak. Lorong pada mulanya adalah tiga lorong tetapi pada pertengahan jalan ia mula menjadi empat lorong kerana lorong kecemasan digunakan. Itu masih boleh diterima dan dimaafkan, tapi apabila empat lorong menjadi 5 lorong,memang ia akan menyakitkan pelbagai pihak. Ia bermula apabila semua kenderaan di lorong tengah dan kanan memberi laluan kepada pihak ambulan untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan dan terdapat segelintir pemandu-pemandu yang ada mengunakan peluang dan kesempatan yang diberikan mengekori daripada belakng. Ini bukanlah satu tindakan yang bijak selain mendatang kemarahan pemandu lain, ia juga boleh membahayakan diri mereka sendiri dan pemandu lain, serta boleh menyebabkan kemalangan juga. Jika mereka berada dalam keadaan waras, mereka tidak akan bertindak sedemikian rupa.

Jika kita melihat diri kita sebagai hampa Allah, dan yang membezakan kita diantaranya di sisi Allah hanyalah Takwa, pena rasa insiden yang pena lihat ini tidak akan terjadi. Pena tidak menyalahkan siapa-siapa dalam hal ini kerana semuanya datang dari kita sendiri. Laluan sekali lagi diberikan kepada mereka yang berpangkat? Hurm... Tepuk dada tanyalah hati. Pena tidak mahu mengulas panjang mengenai kerana masing-masing mempunyai padangan yang sendiri.

Sepanjang menempuh jem tersebut tue juga pena lihat banyak kereta, bas mahupun lori yang tersadai di bahu jalan mahupun di lorong kanan. Sama ada ia rosak ataupun mengalami kemalangan kecil diantara kenderaan. Dan apabila sampai di hentian rehat (daripada seremban ke melaka hanya terdapat hentian rehat sebelah) penuh dengan orang dah macam pesta pun yer gak. dan kenderaan pun diletakan di bahu jalan untuk parking kerana parking kat r&r dah penuh rasanya....

Akhirnya pena selamat sampai ke rumah tepat pada jam 1.30 am..memang sangat penat dan alhamdulliah cuaca pada malam itu tidak hujan, dan jikalau hujan subuh agaknya pena sampai kerumah...

Isnin pagi semasa pena memandu pulang dari melaka ke Kl, terdapat satu lagi kemalangan berhampiran dengan tempat kemalangan tempoh hari dan pada kali ini ia melibat 3 buah lori.
Agak seram juga bila mendengar berita kemalangan ini, tetapi sebagai peringatan bagi semua berhati-hatilah ketika memandu.

3 Dec 2013

Aplikasi daripada pembelajaran Adobe Illustrator...

0comments

Entri pada kali ini pena hanya dan berkongsi dengan hasil kerja pena daripada pembelajaran Adobe Illustrator (AI). Pena memang minat dengan benda-benda yang berkaitan dengan graphic ini.. ia juga boleh menjadi nilai tambah dalam diri ini. Belajar la apa pun asalkan ia dapat memberi manfaat kepada diri kita dan masyarakat sekeliling..

AI ini pena belaja yang basic jer sahaja dan hasil kerja individu yang pertama yang pena dapat hasilkan adalah 'name card' atau kad nama.. Hehehe dulu masa zaman sekolah pena suka sangat dengan name card ini, dan jika semua masih ingat pada mereka yang lahir dalam zaman 80an-90an pasti ada name card masing-masing yang bercorak-corak yang pelbagai itu...dan akhirnya pena berjaya menghasilkan name card sendiri..rasa agak berbangga jugalah hehehe...




Ini adalah tugasan yang cikgu berikan setelah semua asas diajarkan. Dan selepas itu tugasan kumpulan pula adalah untuk menghasilkn banner..memang sangat mencabar bagi kami yang baru belajar basic ini, tetapi ia seronok.. dan disebabkan masalah teknikal yang jadi pada ketika itu pena dan kumpulan tidak dapat nak save banner tu..agak sedih juga lah..

Biasalah bila syarikat pergi hantar sesuatu kursus ini makna adalah tugas yang bakal menanti..dan pena telah pun ditugaskan untuk membuat banner dan banting perasmian bagi kelab kembara muslim, dah nama pun kerja di agensi pelancongan , jadi bagi menarik ramai lagi yang melancong dan dalam masa yang sama mengeratkan ukhuwah, jadi tercetuslah idea penubuhan kelab ini, walaupun ia percubaan pertama dan banyak kali juga design yang dihasilkan kurang memuaskan dan inilah hasil terakhirnya... dan kenapa banting ini besar daripada biasa? ada cerita disebaliknya dan ia mempunyai kaitan dengan entri pena sebelum ini..



Keihlasan dan dalam niat berkerja..jika dimulakan dengan niat yang baik in shaa allah segalanya mudah..

inilah hasilnya...



Untuk tidak lupa dan memahirkan lagi seni AI yang dah pena belajar, jadi pena dengan suka relanya pula buat cover cd untuk dihantar kepada para peserta korban...




Jadi janganlah kita berhenti dari belajar. Ilmu Allah sangat luas cuma ia terletak pada diri kita mahukan ilmu itu atau tidak. Ilmu yang ada juga kita harus berkongsi agar ia dapat menjadi amalan kita. In Shaa Allah..


1 Dec 2013

Apa yang kita sedar dan kita tidak sedar...Bermula dari bawah - Part two

0comments
 Jika entri sebelum ini pena menyentuh mengenai pengalaman kerja yang lebih penting daripada segala apa yang kita ada, tetapi pada kali ini, entri ini pena ingin berkongsi pengalaman yang sudah pena lalui dan pena bersyukur kerana dapat memperolehi pengalaman ini.



Bila kita menjadi orang bawahan, banyak yang perlu kita pelajari dan banyak yang akan kita pelajari daripada menjadi orang atasan terus tanpa melalui pengalaman menjadi orang bawahan. Itulah niat yang pena pasangkan semasa pena tamat belajar dahulu. Pena hendak bermula dari bawah dan seterusnya menjadi orang atasan yang memahami mereka yang dibawah. 



Menjadi kerani dan orang bawahan ini bukanlah perkara yang mudah. Apabila berada dibawah kita akan dibuli, itulah adalah perkara biasa. Tetapi apa kata kita positifkan perkataan buli itu menjadi lebih indah kepada mengajar untuk kebaikan kita.

Apabila kita menukarkan perkataan itu, secara automatik ia akan menukar niat kita untuk belajar dan hati kita juga dapat belajar dengan lebih tenang. Kenapa pena boleh berkata begini.. sebab perkara ini telah terjadi pada diri sendiri dan apabila pena muhasabah diri inilah yang pena perolehi.. Apabila kita melakukan tugas dengan hati yang merunggut dan tidak ikhlas inilah yang terjadi...melakukan kesilapan..walaupun ia kesilapan kecil tapi mereka yang berada diatas akan melihatnya besar...



Kesannya pada kita juga...jadi apabila kita menerima apa sahaja tugas walaupun itu bukan kerja kita terimalah dengan hati yang terbuka..sekurang-kurangnya kita dapat mempelajari ilmu baru... 

Itulah pengalaman yang kita perolehi daripada jika bermula dari bawah..jika kita terus berada diatas kita mungkin tidak dapat melakukan kesilapan dan memperbaikinya kerana orang bawahan kita tiada kuasa untuk menegur kesilapan yang kita lakukan. Berpeluang untuk bermula daripada bawah adalah satu peluang yang terbaik untuk kita memperbaiki diri kita.





Sentiasa tanamkan sesuatu yang posotif didalam minda kerana semuanya bermula dengan apa yang kita fikirkan. Jika kita memandang ia hitam maka ia akan hitam segalanya..tetapi jika ia sesuatu yang mempunyai warna-warni ia akan nampak indah. Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua. In shaa allah..


30 Nov 2013

Apa yang kita sedar dan kita tak sedar... Bersyukurlah - Part one

0comments
Assalamulaikum pembuka kata kepada semua... pada kali ini pena nak kongsi mengenai apa yang kita tidak sedar dan mungkin kita sedar..

Alhamdulliah dah setahun pena menamatkan pengajian di kampus.. dan kini pena telah pun mendapat pekerjaan setelah hampir setengah tahun juga pena mencari dan menunggu rezeki yang datang..dan sepanjang tempoh itu juga banyak temuduga yang pena hadiri tetapi rezeki masih belum ada...

 



Pena mula berkerja sebagai pembantu akaun di salah sebuah kilang di tempat pena tinggal. Syukur gaji yang diterima tidaklah sampai 1k tapi pena tetap bersyukur sebab pena dah mula berkerja. Rasa bersalah yang teramat sangat bila duduk di rumah dan umi sang pena yang berkerja. sebab sepatutnya pasa usia yang begini umi dah duduk dirumah dan pena yang menanggung segalanya. tetapi Allah lebih mengetahui mana yang terbaik...

Tetapi Alhamdulliah juga semasa  pena duduk dirumah rezeki allah itu ada..pena mendapat tempahan untuk membuat kersik untuk majlis perkahwinan dan kegunaan sendiri... cerita mengenai kerisik pena dah kongsi dalam entri sebelum ini..




Sebagai seorang graduan universiti pena tidaklah memilih kerja. Kerana dunia sekarang kita tidak boleh terlalu memilih..bila terlalu memilih kita juga yang akan rugi.....Menjadi pembantu akaun memang sangat lari dengan apa yang pena pelajari di kampus dahulu..nak dikatakan tiada kaitan langsung la. Tapi bagi pena ia sebagai nilai tambah dalam diri pena kerana pena akan mempunyai pelbagai kemahiran. Cuma pena agak sedikit kecewa bila ada diantara kita yang terlalu berbangga dengan sijil dan kelayakan yang ada. Tugas pena tidaklah terhad sebagai pembantu akaun sahaja pena juga membantu bahagian sumber manusia dalam hal-hal yang kecil seperti membantu dalam pengambilan pekerja baru (hanya bagi borang sahaja pun).. 

Hendak dijadikan cerita pada satu hari adalah seorang ini datang untuk minta kerja.. dan apa yang pena rasa kesal pada individu ini dia boleh cakap..

 "Kak kat sini ada tak kerja yang setaraf dengan diploma, gaji kat sini besar tak"

Cara dia bercakap memang sangat meninggi diri dan memadang rendah pada pena, seperti pena ini tiada kelulusan dan hanya kerani biasa sahaja..
 Pena hanya senyum dan membalas 

" Dik gaji tu tidak besar dan setaraf sijil dan diploma yang adik ada tue, tapi kalau adik nak tahu kat dalam tue semua ada ijazah dik (sambil menunjukan kearah rakan-rakan yang lain), gaji diaorang pun lebih rendah dari mereka yang ada diploma, cuma kalau kerja lebih masa dapat lebih la.."

Terdiam adik tue bila pena berkata begitu, janglah kita terlalu berbangga sangat dengan apa yang kita miliki sebab ia bukan penentu segalanya...Biar gaji kita kecil tapi asalka ia halal,mempunyai sijil, diploma, ijazah, master mahupun phd ianya hanyalah sijil diatas kertas, tetap mempunyai nilai, tapi nilainya tidak sama dengan pengalaman yang kita perolehi semasa kita berkerja. 

Cuma kita sahaja yang perlu menyusaikan diri dengan pesekitaran. Walaupun kita berkerja bukan dalam bidang kita, kita masih boleh mengaplikasikan apa yang kita perolehi semasa belajar dahulu dengan keadaan semasa kita berkerja.



Pena berkerja disitu hampir lima bulan sahaja, kerana pena telah mendapat tawaran kerja lain, masih kerja yang biasa tetapi pena tetap rebut peluang yang hadir kerana peluang yang hadir hanya sekali..jadi gunalah peluang yang ada sebaik mungkin..in shaa allah...

Bersambung...


10 Nov 2013

Program Assessment Centre (PAC)

0comments
Entri sebelum ni pena ada menyentuh mengenai PAC, tetapi bagi mereka yang tidak pernah terlibat atau dipanggil temuduga atau bakal dipanggil untuk hadiri PAC disini adalah sedikit pencerahan yang pena kongsikan.

Program Assessment Centre (PAC), PAC ini bertujuan untuk memilih mereka yang terbaik dikalangan yang terbaik. Mungkin kita fikir diri kita sudah yang terbaik tetapi ingatlah bahawa ada mereka yang lebih baik lagi, dan rasanya merendah diri itu lebih baik, tetapi jangan sampai diri ditindas pula. Ok PAC ini sebenarnya berbeza untuk setiap jawatan.

Apa yang pena tahu jika PAC untuk PTD, agak mencabar jugalah sebab ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental, ada outdoor dan indoor aktiviti.Tapi bagi PAC yang pena dah hadiri ia hanyalah aktiviti indoor sahaja ( itupun sebelum pergi pena call pihak urusetia untuk bertanya mengenai keperluan disana).  Aktiviti PAC yang pena maksdukan adalah :

  • Pemeriksaan Kesihatan (BMI (tinggi dan berat) & Ujian CO)
  • Taklimat
  • Ujian Personaliti
  • Perbincangan Kumpulan ( dua topik kecil dan satu topik besar)
  • Public Speaking.
Ini adalah aktiviti yang pena dah lalui untuk hari pertama (PAC) dan hari kedua (Temuduga). Mengenai tajuk perbincangan kumpulan dan public speaking pula, adalah ia akan berkait dengan jabatan dan jawatan yang kita dipanggil untuk temuduga itu. Banyakkan membaca mengenai isu-isu yang berkaitan dan in shaa allah ia akan dapat membantu dan mempermudahkan urusan.

8 Nov 2013

Bukan hanya sekadar PAC & Interview tapi penuh nukilan yang tersirat ....part two

2comments
sambungan dari part one

Maka berakhirnya untuk petang hari pertama tu...kenapa pena kata berakhirnya untuk petang hari pertama sebab malam tue ada cerita yang tersendiri..walaupun tidak ada kaitan sangat dengan temuduga untuk esoknya tetapi ia tetap memberi satu memori yang berharga.

Selepas berakhirnya PAC pegawai penerangan ni pena tunggu rakan pena di kereta dengan umi pena. disebabkan kumpulan kami berbeza jadi waktu tamat aktiviti pun berbezalah juga. Lebih kurang dalam 10 minit pena tunggu kak dilah nie (bekas senior pena yang diceritakan dalam part one). Kak dilah datang bersama teman baru, kak ain namanya, sangat kebetulan namanya sama dengan pena nur ain. Kak dilah minta kebenaran pena untuk membenarkan kak ain ni tumpang bersama dengan kami untuk malam kedua tue. Memang tiada halangan dari pihak pena dan umi dan memang secara kebetulan ada lagi satu bilik kosong di homestay tu..rezeki kak ain pada hari tue. sebab kak ain bertolak dari batu pahat pada jam 3 pg dan sampai ke negeri sembilan pagi sabtu tue, dan kak ain bercadang nak cari tempat atau hotel selepas selesai pac tue.

Dengan izin Allah, kami telah dipertemukan, pertemuan kami adalah satu rahmat. Selepas tiba di homestay kami bersiap selapas solat asr untuk makan, kerana umi tak makan apa-apa lagi selepas sarapan pagi tue. Sepanjang waktu PAC tue umi terpaksa tunggu pena di dalam kereta sebab orang luar tidak dibenarkan masuk. Maafkan pena umi, tapi pergorbanan umi akan pena ingat sepanjang hayat pena. Semasa makan tue kami berbual-bual untuk mengenali antara satu sama lain. Banyak persamaan diantra kami berempat (pena, umi, kak dilah dan kak ain)rupanya antaranya.. kak ain,kak dilah dan umi adalah anak kedua dalam family...masa pena dah tempah homestay tue umi memang ada niat if ada sape-sape nak tumpang sekali masa interview memang sangat dialu-alukan dan kak ain adalah orangnya...macam dirancangkan? ya memang dirancang, Allah yang rancang semua nie.

Malamnya kami semua jadi student semula...kenapa? sebab  kena study untuk esoknya? Rupanya banyak benda benda yang pena tak tahu dan tak tahu apa yang perlu tahu. Menteri Kesihatan sendiri pun tak tahu..sebab apa? sebab tak pernah nak ambik tahu..itulah sikap kita kan, bila sesuatu yang tiada kaitan dengan kita, kita tak nak ambik tahu pun.. Banyak tips yang kak ain bagi sebab kak ain banyak pengalaman nie... banyak sangat sebab kak ain sekarang adalah penolong pegawai penerangan di bawah kkm juga. jadi banyak yang kak ain kongsi dengan pena dan kak dilah. Sangat kagum dengan sikap dia, walaupun banyak cakap tapi setiap patah yang dia cakap sangat manfaat dan semuanya positif..

Malam tue semua kami bincang, tetapi banyak kepada kempen-kempen yang dijalankan kkm..ialahkan  nama pun pegawai penerangan jadi bila bab kempem-kempen ini memang  sangat berkait la kan... kak ain banyak bagi perangsang dia kata jika bagi ilmu kita pada orang lain sangat la tidak rugi sebab ilmu bila dikongsi ia akan mudah difahami. Kak ain juga pesan  doa yang paling baik adalah doa yang ghaib..doa yang kita doakan pada rakan kitadan dia tak tahu dan kita kena ingat bila kita doa kan orang lain pada masa sama  malaikat juga mendoakan pada kita dan mana tahu pada ketika itu doa kita dimakbulkan...

Satu lagi pesanan kak ain, adalah jaga hati umi sebaikan mungkin..sebab dia adalah vvvvip kita..jangan sekali bagi dia terasa dan bila dah rasa buat kesilapan minta maaf pada umi... walaupun kadang kala umi cakap kita akan terasa atau sakit hati atau dia bebel ker diamkan sahaja...jangan sesekali nak melawan atau naikan suara...sangat teharu bila diperkenalkan dan dipertemukan dengan insan sebegini...

Untuk esoknya pula..adalah hari penentuan...temuduga.. segala persiapan telah dibuat dan berserah agar dapat buat yang terbaik.. pesan kak ain lagi melalui kisah nabi yang diceritakan mengenai kosep tawakal, bagaimanakah tawakal yang seharusnya dibuat.

 "unta yang hendak ditinggalkan haruslah ditambat dan diikat kuat"

kak ain kata kita dah berusaha untuk mengikat tali unta dengan kuat dan kita boleh bertawakal..dah berusaha bersungguh dahulu baru boleh bertawakal..

Daripada surat yang diterima interview bermula pada jam 8 pagi tapi pena hairan kena ada peserta yang boleh bertanya kepada pegawai yang bertugas untuk interview pada hari kedua tue nak datang pukul berapa..rasanya dah cukup dewasa dan matang mereka yang dipanggil interview tu tapi boleh tanya soalan macam tue ker? hurm tue la manusia..

Pegawai memberi kata putus bahawa mereka boleh datang pada waktu yang mereka suka siapa yang datang awal akan ditemuduga awal. Sebagai seorang yang nak berkerja tidak kira di sektor swasta mahupun awam, soalan macam tue tidak patut ditanya, macam kita nie pula yang "boss" nak datang pukul berapa.."boss" yang baik pun akan datang lebih awal dari anak-anak buahnya. Sebenarnya itu hanya "trick" daripada mereka...siapa dah masuk perangkap nasiblah..

Pena ingat tak de yang datang lambat tapi ada yang boleh datang kul 10 am..masa peserta ni datang pena dah nak pulang.. pena hanya tersenyum sahaja pada dia. Pada jam 7.30 am pena dah sampai dan pena lihat ada juga peserta yang dah tiba awal..mungkin penginapan mereka lebih dekat dengan tempat tue.. pena dapat giliran ke 7 dan peserta dibahagiakan kepada dua kumpulan. kak dilah dapat giliran ke 8 dalam kumpulan sama dengan pena dan kak ain no 3 kumpulan kedua.

Masa interview peserta dipanggil berdua dan penemuduga juga dua orang, dan dua-duanya melayu dan perempuan. Semasa tunggu giliran semua sibuk mengingat fakta. dan apabila hampir tiba giliran pena dan rakan yang bersama pena didalam bilik itu nanti adalah seorang berbangsa india, bertanyakan pada pena apakah tugas seorang pegawai penenerangan nie.dan pena pun kongsi dengan dia apa yang kak ain terangkan pada pena dan ingat pesan dia tak rugi jika berkongsi.

Soalan yang dinanti dari penemuduga telah tiba... soalan pertma dan soalan basic adlah perkenalkan diri, soalan kedua mengenai pekerjaan pena dahulu dan sekarang dan kegiatan masa belajar yang paling menonjol dan soalan ketiga mengenai kesihatan. 'kamu mengambil antropologi dan dakwah semasa belajar dan boleh kamu jelaskan bagaimana kamu nak menerangan aspek-aspek berkaitan dengan kesihatan untuk dikaitakan atau nak dibawa pendekatan dakwah" ha macam soalan exam plak kan..tapi itu memang salah satu soalan yang telah dijangka sebab mereka akan tanya soalan berdasarkan latar belakang kita. disitu kita tak boleh nakn auta banyak sangat la.. kita jawab apa yang kita berdasarkan apa yang kita dah dipelajari...

Maka dengan berakhirnya temuduga tue makan berakhir la juga beban yang ditanggung selama dua hari ini. Semoga ia memberikan pengalaman yang berharga yang tidak akan dilupakan.. hanya doa yang dapat dipanjatkan agar semua urusan di permudahkan.. in shaa allah..amin...


Pegawai Penerangan (Pendidikan Kesihatan), PAC & Interview....part one

0comments
Pada kali ini, tiada apa yang nak diceritakan dan dikongsikan sangat cuma, ia satu pengalaman berharga yang kadang-kadang kita tak menjangkan ia akan terjadi dalam hidup. Bila difikirkan macam satu drama yang ditonton, tetapi drama yang kita tonton itu juga adalah diambil dari realiti kehidupan juga.

Pada dua minggu lepas lebih kuranglah, pena telah hadiri PAC dan interview dari SPA under kementerian kesihatan malaysia. Bila dikaitkan dengan kkm nie jer mesti orang akan fikir doktor dan jururawat, tapi sebenarnya banyak lagi pekerjaan under kkm ini, cuma kita jer tak tahu termasuklah pena. PAC dan interview berlangsung selama dua hari jadi terpaksalah cari tempat nak tinggal selama dua hari tue. Kebetulan masa hari exam hari tue pena berjumpa dengan bekas senior masa belajar dan berjumpa dengan seorang teman baru (salwa nama dia, dia yang tegur pena dulu masa tue coz pena nie agak pemalu juga, lahir bulan januari la katakan). Alhamdulliah kami bertiga lulus dan dapat tempat yang sama untuk temuduga tu...

Umi sang pena cadangkan supaya kami tinggal di homestay..katanya lebih selesa dan murah..jadi pena pun carilah homestay yang berhampiran dengan tempat temuduga tue.. alhamdulliah dipermudahkan dan jumpa satu homestay en azman nie. homestay en azman ada tiga bilik..sangat selesa la. Tapi pena hanya tinggal berdua dengan bekas senior pena dan umi pena. sebab umi pena pun temankan pena hadiri temuduga tue, bukan kata pena tak boleh berdikari tapi umi bimbangkan anak dara dia sorang nie...hehehe lebih kurang gtue la..

Pena sampai negeri sembilan hari jumaat petang, sebab hari sabtu pagi tue kul 8 dah mula pendaftaran...jadi kena tunjuk semangat nak kerja kena datang awal. salah satu sebab lagi kena pena datang awal sebab pena dan kawan pena tue tak tahu lokasi temudaga tue kat mana, disebabkan tak nak sesat untuk esoknya kenalah cari tempat yang nak gie tue kan.. ketepatan masa tue penting bila kita dah tahu kan lebih mudah.

Hari pertama, first pendaftaran dulu dan setiap yang hadir dah diberi no badan..ceh cam nak masuk polis or tentera pula kan..tapi dah yang tue tulis kat borang. pena dapat group no 3 dan no badan 022, bekas senior pena pula dapat group no 2 no 019 dan salwa dapat group no 4 no 034, kami semua tak berada dalam satu group tapi tak pe la mungkin yang terbaik.

lepas dah daftar, nama dipanggil mengikut no tadi untuk timbang berat, ukur tinggi dan tahap oksigen dalam badam ( sebab nak tahu ada kita merokok atau tidak, sebab tak kan nak kerja dengan kmm kita nie pun merokok kan) semua tue diberikan penilaian dan markah. Selepas itu, ada sedikit taklimat dari pegawai kmm sendenri. selepas taklimat semua dikehendaki jawab ujian personaliti..tak de pe sangat solan tue just nak dapatkan penilaian mengenai personaliti diri kita.

Selepas itu aktiviti yang dinantikan..tak de la dinantikan sangat tapi kira ini adalah kemuncak dan penilaian yang banyak akan diberikan. iaitu aktiviti berkumpulan dan public speaking. fuh dengar pun dah gementar juga. sebelum nak gie interview ni pun pena ada buat search la apa tue PAC dan sebagainya dan banyak info juga yang pena dapat, terima kasih pada mereka yang sudi berkongsi.

Untuk aktiviti berkumpulan tue markah akan diberikan berdasarkan keterampilan dan penonjolkan diri serta sumbagan dalam  kumpulan. satu tajuk diberikan dan dibincangkan. daripada mula perbincangan sehingga akhir perbentangan semua sikap dan pandagan kita diambik kira. jadi guna peluang yang ada sebaik mungkin. tapi kena ingat jangan kita sahaja yang mahu menyerlah sehingga lupa pada orang lain, sehingga tak bagi peluang pada orang lain, nanti sikap itulah yang kita amalkan bila kita dah jadi pegawai nanti. tak salah nak bercakap dan merebut peluang tapi jangan sampai kita menutup peluang yang ada untuk orang lain. tapi alhamdulliah dalam semua berebut nak bercakap pena yang macam terkapai-terkapai nak bercakap dapat juga bercakap bila panel provok masa pembentangan. Allah mahu adil..alhamdulliah... tapi masa dalam perbincangan tue ketua kumpulan ada juga mencelah untuk bagi peluang pada ahli yang lain untuk bercakap..tapi manusia biasa..pena tak salahkan mereka.. mungkin salah pena yang tak tahu nak rebut peluang yang ada.

selepas waktu makan tengahari dan solat, aktiviti yang paling semua takut, public speaking... memang cukup kecut perut la masa tue.. tajuk diberikan awal untuk semua peserta membuat persediaan. tapi tidaklah awal sangat pun, tajuk diberi masa sebelum jawab soalan ujian persenaliti tue adalah dua tiga jam, tapi waktu yang betul-betul lapang yang ada nak buat persediaan tak sampai 30 minit... pena dapat giliran yang ke 12, orang yang terakhir sekali...tapi pena rasa kurang puasmhati dengan persembahan pena sebab pena tidak dapat memberi persembahan yang terbaik...tapi walauapa pun pena buat yang terbaik... in shaa allah penilaian dah diberi tapi penilaian yang dari atas yang menentukan segalanya... amin

 bersambung... ..

23 May 2013

Dimanakah letaknya nilai ISLAM???

0comments
Kita sebagai insan sering mengambil ringgan hal-hal yang berkaitan dengan islam yang kita fikirkan ianya remeh dan tidak perlu untuk diisukan... tetapi dalam kita tidak sedar musuh kita sedang menghancurkan kita dalam diam..

Apa yang ingin dikongsikan pada kali ini sering berlaku dalam kehidupan harian kita cuma kita tidak sedar..."bersalaman tangan".. sedia umum kita mengetahui bahawa bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram adalah hukumnya haram (mengikut mahzab shafie)..tp adakah kita sedar dengan semua ini.



Keputusan  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 juga telah memutuskan ianya haram (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-berjabat-tangan-dengan-wanita-ajnabi)

Sebenarnya apa yang menyebabkan pena untuk menulis entri ini disebabkan pengalaman yang dilalui semasa interview pada  hari ini. Jawatan yang ditawarkan adalah pengurus latihan disalah sebuah syarikat swasta. Sebenarnya selepas menerima panggilan interview hati ini berat untuk pergi, tapi pergi juga sebagai satu usaha untuk mencari yang lebih baik lagi.

Interview dijadualkan pada pukul 11.00 pagi tetapi pena datang lebih awal lagi untuk menunjukkan kesungguhan untuk berkerja. selepas mengisi borang semua, pena dipanggil ke dalam bilik interview. ok la macam biasa tunjukan muka yang penuh dengan senyuman. apabila dipelawa masuk dan disuruh duduk pena pun duduk. orang yang interview pena adalah seorang lelaki india, dia menghulurkan tangan, tetapi pena hanya meletakan tangan dibahu dan menundukkan kepala sebagai tanda hormat.





" do u realy don't want to shake hand with me"

lelaki india  tue tanya pena..

"yes i'm..sory i'm muslim and don't shake hand"

jawab pena

"if u don't want shake hand with me sory i say that u don't suitable for this job, because when we in sales we must shake hand with others. our company is cooperation with other country. what u do when they what shake hand with u?"

" i will do what i do in front u just now"

"that is not correct in corporate word u can't do like that people will blame u..sory i think u end of this interview here.."



itulah dunia sekarang..lebih memetingkan dunia koporat daripada hukum yang Allah telah tetapkan ..ia bukan boleh diambil mudah... selepas berakhir sesi interview rasa sayu sangat hati ini..kenapa hukum yang telah Allah tetapkan susah untuk diterima..kenapa budaya barat juga yang kita mesti ikut..

mengapa kita tidak kekalkan indentiti islam dalam hidup kita... mengapa ia tidak menjadi budaya hidup kita... mengapa kita mesti tunduk kepada mereka..kenapa kita mesti ikut cara mereka dan bukankah sepatutnya mereka yang mengikut cara kita...

mungkin jawapan ustaz azhar idrus ini akan lebih membuka mata hati semua orang agar lebih berhati-hati dalam pergaulan seharian..

http://www.youtube.com/watch?v=cUTykGrZsN8






14 Mar 2013

kerisik dan kehidupan...

0comments
kerisik atau kelapa kering..
adalah salah satu rencah dalam masakan tradisonal orang melayu..
kini masyarakat kurang mengetahui bagaimana penghasilan kerisik ini..
kerana mereka lebih mudah untuk mendapatkannya dipasar..

lagipun proses pembuatannya agak sukar dan mengambil masa yang agak lama..
di sini satu perkongisan yang ingin bagaiman kerisik dihasikan
dah rahsia disebaliknya..

membuat kerisik ini tidaklah perlu mempunyai kemahiran yang tertentu..
satu key point yang PENTING adalah
SABAR..
sebab nak membuatnya memerlukan kesabaran yang tinggi...



menurut umi kelapa yang paling elok nak buat kerisik ini
adalah kelapa tua..
sebab kelapa tua lagi banyak minyak 
yang akan dihasilkan..





selepas kelapa di parut...
ia akan digoreng..
sebab itu ada sesetengah tempat memanggilnya kelapa goreng
sebab kelapa akan digoreng sehingga kekuningan..
bukan tidak boleh jika hendak mengunakan kelapa muda..
jika mengunakan kelapa muda hasilanya akan jadi sagun..
tetapi cerita mengenai sagun lain kali sahaja la yer..

semasa proses mengoreng kelapa ini memang memerlukan kesabaran
sebab untuk menjadikannya ia garing dan berwarna kekuningan keemasan
mengambil masa yang lama..
sebab apabila mengoreng kelapa dan tidak mengunakan minyak ini
hanya memerlukan api yang kecil..
jika api besar digunakan ia akan cepat hangus..

begitu jugalah dengan kehidupan...
kehidupan yang kita lalui memerlukan satu perjalanan
walaupun ia  dimulakan dengan langkah yang kecil
setiap langkah dan tindakan yang kita ambil akan menentukan siapa kita..
seperti mengoreng kelapa ini juga...jika kita mengunakan api yang besar
menunjukan kita seorang yang kurang sabar dalam setiap tindakan yang kita ambil..

kelapa itu adalah dibaratkan seperi ujian yang kita perlu tempuhi..
sebenarnya kita tidak sedar bahawa ujian yang kita lalui 
itu adalah yang terbaik untuk diri kita..
seperti harumnya bau kelapa yang digoreng itu..
untuk menghasilkan bau yang harum itu tidak mudah..
begitu juga dengan kehidupan..
hendak mencapai yang terbaik bukan mudah
ia perlukan usaha..

seterusnya apabila kelapa itu telah berwarna kekuningan keemasan..
proses itu tidak hanya terhenti seketika disitu sahaja...
ia perlu ditumbuk sehingga lumat dan mengeluarkan minyak
ia juga memerlukan kesebaran dan kepantasan kita
kerana ia hanya akan mudah ditumbuk jika ia masih panas..





ini juga diibaratkan dengan peluang yang datang dalam kehidupan kita..
peluang yang baik hanya datang sekali dalam kehidupan
jika kita melepaskannya..
maka kita akan rugi..
dan kita tidak akan dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik
untuk diri kita
seperti minyak pada kerisik tadi...

 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates