11 Dec 2013

8 Jam dalam Sejarah...

Kenapa 8jam dalam sejarah untuk tajuk entri kali nie? Sebab memang sangat la dalam sejarah bila drive dari KL ke Melaka ambik masa 8 jam. Pena ni memanglag new driver, (walaupun dah setahun dapat lesen) dan alhamdulliah baru diberi kesempatan dan rezeki untuk memandu kereta sendiri. Tapi bukan pasal kereta yang pena nak cerita, tapi apa yang pena lalui selama 8 jam tue la.



Sepatutnya pena pulang ke kg hari sabtu lepas waktu pejabat, tetapi hati ini nak sangat pulang awal, sebab dah 3 minggu tak pulang...(anak tunggal la katakan). Kebiasaanya pena akan dr KL ke Melaka atau sebaliknya mengambil masa selama 3 jam jer walaupun orang lain 2 jam atau lebih cepat dari tu.

Tapi apa yang menyebabkan 8 jam adalah kejadian kemalangan yang teruk di Senawang berdekat susur keluar Pedas Linggi...Dalam kejadian tersebut dikatakan lebih kurang 6 buah kenderaan yang terlibat. Tetapi semasa pena melalui tempat kejadian setelah hampir 6-7 jam tersangkut dalam jem, hanya 4 buah kenderaan yang masih ada. 





Sepanjang dalam tempoh tersangkut dalam jem tue, pena tak dapat sebarang info mengenai kemalangan yang terjadi sehingga pena call umi pena. Sebenarnya pena nak buat kejutan pada umi pena yang pena pulang malam tue, tapi akhirnya pena yang terkejut sebab tersangkut dalam jem. Dan yang paling mengharukan handphone bateri kosong sebabkan terlupa dan cas dan kredit pun hanya cukup untuk sms jer... 





Tapi sepanjang dalam perjalanan yang tidak mengunakan pedal minyak tapi banyak kepada menekan pedal break, banyak yang pena pelajari. Pertama belajar mengenai erti kesabaran. Ye la ia sangat-sangat menguji kesabaran bila dalam keadaan yang begitu. Tapi tidak semua yang dapat bersabar dan alhamdulliah bagi mereka yang dapat bersabar dengan ujian ini. Daripada 3 lorong dilebuh raya tersebut dalam keadaan biasa, apabila terjadi keadaan seperti ini lorong yang 3 telah menjadi 5 lorong? Di sini kita dapat melihat bagaimanakah sikap yang dipamerkan itu. Kenapa 3 menjadi 5? Ia berkaitan dengan sikap kita sendiri dan kesempatan dan peluang yang diberikan

Yang pena dapat lihat manusia ini sering mengunakan kesempatan yang ada, peluang memang sentiasa ada, tapi bagi kita harus bijak memilih peluang yang ada itu adakah ia digunakan pada jalan yang tepat atau tidak. Lorong pada mulanya adalah tiga lorong tetapi pada pertengahan jalan ia mula menjadi empat lorong kerana lorong kecemasan digunakan. Itu masih boleh diterima dan dimaafkan, tapi apabila empat lorong menjadi 5 lorong,memang ia akan menyakitkan pelbagai pihak. Ia bermula apabila semua kenderaan di lorong tengah dan kanan memberi laluan kepada pihak ambulan untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan dan terdapat segelintir pemandu-pemandu yang ada mengunakan peluang dan kesempatan yang diberikan mengekori daripada belakng. Ini bukanlah satu tindakan yang bijak selain mendatang kemarahan pemandu lain, ia juga boleh membahayakan diri mereka sendiri dan pemandu lain, serta boleh menyebabkan kemalangan juga. Jika mereka berada dalam keadaan waras, mereka tidak akan bertindak sedemikian rupa.

Jika kita melihat diri kita sebagai hampa Allah, dan yang membezakan kita diantaranya di sisi Allah hanyalah Takwa, pena rasa insiden yang pena lihat ini tidak akan terjadi. Pena tidak menyalahkan siapa-siapa dalam hal ini kerana semuanya datang dari kita sendiri. Laluan sekali lagi diberikan kepada mereka yang berpangkat? Hurm... Tepuk dada tanyalah hati. Pena tidak mahu mengulas panjang mengenai kerana masing-masing mempunyai padangan yang sendiri.

Sepanjang menempuh jem tersebut tue juga pena lihat banyak kereta, bas mahupun lori yang tersadai di bahu jalan mahupun di lorong kanan. Sama ada ia rosak ataupun mengalami kemalangan kecil diantara kenderaan. Dan apabila sampai di hentian rehat (daripada seremban ke melaka hanya terdapat hentian rehat sebelah) penuh dengan orang dah macam pesta pun yer gak. dan kenderaan pun diletakan di bahu jalan untuk parking kerana parking kat r&r dah penuh rasanya....

Akhirnya pena selamat sampai ke rumah tepat pada jam 1.30 am..memang sangat penat dan alhamdulliah cuaca pada malam itu tidak hujan, dan jikalau hujan subuh agaknya pena sampai kerumah...

Isnin pagi semasa pena memandu pulang dari melaka ke Kl, terdapat satu lagi kemalangan berhampiran dengan tempat kemalangan tempoh hari dan pada kali ini ia melibat 3 buah lori.
Agak seram juga bila mendengar berita kemalangan ini, tetapi sebagai peringatan bagi semua berhati-hatilah ketika memandu.

0 comments:

Post a Comment

 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates