Showing posts with label hati sang pena. Show all posts
Showing posts with label hati sang pena. Show all posts

9 Sept 2014

Peluang Kedua - Peperiksaan Ulangan Online Penguasa Kastam W41

0comments


Tahniah sekali pena ucapakan pada calon-calon yang telah lulus peperiksaan dalam talian pada 6 September lepas, keputusan peperiksaan tempoh hari telah pun keluar.

Tetapi mungkin rezeki tidak menyebelahi pena, dan Allah lebih tahu kenapa dan mengapa. Pena tidak berjaya, begitu juga dengan sebahagian besar rakan-rakan yang pena kenali tidak berjaya juga dalam peperiksaan kali ini. Dan alhamdulliah kami diberikan peluang sekali lagi untuk menjawab dan menduduki peperiksaan ulangan pada 10 September 2014.



Ada yang bertanya pena, memang minat dengan kastam ker?

Jika ditanya memang bukan ini yang pena mahukan bukan salah satu bidang pilihan pena. Tetapi kita tidak pernah tahu mana yang terbaik untuk untuk kita, kita boleh memilih apa sahaja yang kita inginkan tapi apa yang ditakdirkan untuk kita itu adalah yang terbaik. Janji Allah adalah tepat. Ketetapan daripadaNya adalah yang terbaik untuk kita.


Pena tidak meletakan harapan yang tinggi untuk jawatan ini, kerana pena tahu tahap kemampuan pena setakat mana, tetapi kemampuan dalaman yang "tersembunyi" belum pena ketahui lagi hanya sang pencipta sahaja mengetahuinya, kerana Dia adalah pencipta yang sempurna. Jika ia terbaik untuk pena, ummi pena, dan masyarakat pena  umumnya berdoa agar ia dipermudahkan dan dikuatkan hati untuk mengharungi segalanya. Jika tidak ada sesuatu yang lebih baik yang akan menanti. In Shaa Allah.

Tapi bila difikirkan semula sangat logik jika pena tidak lulus pun, sebab pena kurang study sebelum exam tempoh hari.

Harapnya esok akan berjalan dengan lancar dan segala urusan akan dipermudahkan Allah, dan semoga calon untuk exam esok akan diberikan kesabaran dan akan beroleh kejayaan dan lulus dengan cermelang.

Peluang kedua yang diberikan adalah laluan yang diberikan untuk memperbaiki apa yang kurang, tetapi hidup tiada peluang kedua, nyawa hanya sekali, peruntukan dengan segala kebaikan.







8 Sept 2014

Tahniah Bagi Mereka Yang Besabar - Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

2comments


Semalan 6 September 2014 adalah hari yang penuh dengan kesabaran? Kenapa? Sebab hanya mereka yang dapat bersabar sahaja sanggup menunggu hingga peperiksaaan tamat. Bayangkan calon-calon ini telah menunggu sejam lebih awal untuk menggelakan server mengalami gangguan, dan ada yang sanggup duduk dihadap laptop atau apa jua device yang diguna sehingga berjam-jam lamanya.

Tahniah pena ucapakan kerana anda adalah orang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Memang setiap pembaharuan yang dilakukan akan mempunyai banyak masalah dan manusia mahupun ciptaan yang dicipta itu tidak semuanya sempurna.

Kalau dilihat dilaman sosial bagi calon-calon yang menjawab peperiksaan online ini terutamanya mereka yang mengalami kesukaran pelbagai kata-kata yang kurang enak untuk didengari, ya memang amat sakit hati dengan perkara yang terjadi, dan kita akan menyalahkan sistem, menyalahkan pihak tertentu dan pelbagai lagi. Tetapi adakah itu keperibadian kita? Fikir dan renungkan semula, jika ditakdirkan anda lulus peperiksaan ini dengan izin Allah dan dipanggil untuk temuduga, peluang untuk lulus temuduga juga sangatlah tinggi  kerana anda seorang yang sangat berkeyakinan, tapi apabila mereka (penemuduga) menyiasat latar belakang anda, terutamanya di Facebook anda,dan akhirnya anda gagal dalam temuduga yang dijalankan. Gagal kerana mereka pun "sakit hati" dengan  status anda di Facebook itu.







Sekarang semuanya dihujung jari, kenapa pena berkata demikian, sebab jika dilihat sekarang laman sosial adalah tempat untuk kita meluahkan segala-galanya. Tidak salah jika hendak berkongsi tetapi ia perlu mempunyai had dan batasanya juga.

Pena masih ingat lagi pesanan pensyarah pena semasa di kampus dahulu, jangan jadikan Facebook sebagai medah luah perasaan. Tidak mustahil jika mereka (penemuduga) akan menyiasat latar belakang kita sehingga ke Facebook kerana hal ini telah terjadi walaupun bukan pada agensi kerajaan (tapi pena tidak pasti jika ada), tetapi pada sektor swasta ya, ada. Seseorang individu ini berjaya dan lulus hanya kerana status di Facebook sahaja. Kerana di situ keperibadian kita. Fikirkanlah beberapa kerap kita update status, status apa yang kita update, fikir-fikirkan semula.

Bagi yang tidak dapat menjawab atau mengalami masalah ketika menjawab peperiksaan semalam, peperiksaan ulangan akan dijalankan. Buat yang terbaik pada kali ini,dan berdoa agar semua urusan akan dipermudahkan. In shaa allah yang terbaik akan pasti berlaku.


    


Dan bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan online ini untuk masa akan datang disini pena ada kongsikan sedikit sebanyak yang bakal anda tempuhi.









Pena juga mempunyai masalah dalam menjawab soalan. Soalan tak lengkap atau gambar rajah tak dapat download. Boleh pena katakan soalan pada kali ini agak mencabar, nak mengangis juga jawab soalan ini.



Sedikit tips yang dapat pena kongsikan bagi yang bakal menduduki peperiksaan ulangan ini mahupun peperiksaan online pada masa akan datang.

1. Banyakan membaca dan luaskan skop pembacaan anda jangan terlalu tertumpu pada jawatan yang dipohon.

2.  Banyakan latihan pengiraaan sebab ia dapat membantu semasa bahagian dua  nanti, nanti otak tidak terkejut bila tiba-tiba terpaksa mengira dan ditambah pula dengan server yang kurang memuaskan.

3. Selalu refresh apabila menjawab soalan tersebut dan elakan daripada menekan atau klik pada seterusnya atau sebelumnya, terseterusnya. Klik terus pada no soalan pada yang bulat itu. Sebab itu juga salah satu punca yang pena dapat kesan yang menyebabkan no soalan menjadi warna oren. (Maaf kalau salah), pena menulis berdasarkan pengalaman. Apabila no soalan warna oren dan setelah refresh ia akan menjadi warna kuning, iaitu soalan yang telah dilihat tetapi belum dijawab.

4. Pastikan juga talian internet kuat ia menjadi salah satu faktor penting.

5. Jangan panik.

Buat seketika ini cukup dahulu entri pada kali ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada semua.



TIDAK SEMUA KITA DAPAT PEROLEHI DENGAN MUDAH, BERSABAR ADALAH KUNCINYA.

TAHNIAH PADA MEREKA YANG BERSABAR.

16 Jun 2014

Dia Ibuku Dia Bapaku. Dia Ummiku..

0comments
        
         Hari bapa ker, hari ibu ker, semua akan beri ucapan pada keluarga masing-masing, berbangga mempunyai ibu dan ayah, tetapi adakah ia hanya sekadar ucapan di alam maya? Cuba kita fikir dan renungkan semula. Adakah ia sekadar nak memberitahu satu dunia kita sayang pada mereka, adakah kita tergolong dalam mereka yang menunjuk-nunjuk tetapi sebenarnya kita tidak kisah pada mereka.. harapnya kita bukan berada dalam golongan itu.

          Apa yang pena ingin kongsikan ini adalah ada seorang teman bertanyakan kepada teman bagaimana ummi pena boleh menjadi seorang yang tabah dan kuat semangat. Pena harap satu hari pena boleh menjadi sepertinya, seorang wanita yang tabah.

         Ummi bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi, sekolah hanya sampai darjah lima sahaja, alhamdulliah ummi tahu membaca, menulis dan mengira, asas 3M ummi ada. Ummi berhenti sekolah sebab ummi berkorban untuk adik-adik ummi. Ummi anak sulong perempuan, jadi segala tanggungjawab pada bahu ummi. Ummi selalu bercerita dahulu hidup ummi susah, pada zaman dulu susah nak tengok orang yang hidup senangkan. Rumah pun hanya berlantaikan tanah, dan sumber air nak ambil agak jauh jugalah. Sementara arwah nenek berkerja di sawah, ummi akan menguruskan hal dirumah.

         Arwah nenek meninggal sewaktu adik bongsu ummi dilahirkan, di situ bermulalah kehidupan bagi ummi. Kehidupan yang semua orang tak nak lalui. Tapi walaubagaimana pun tetap kena tempuh juga sebab itulah kehidupan. Ummi dan adik beradik terpaksa berpisah, untuk menjaga enam orang anak yang masih kecil pada ketika itu dengan keadaan hidup yang susah memang sukar untuk arwah atuk, adik bongsu ummi terpaksa dijaga oleh mak saudara ummi, adik ummi yang ke lima berhijjrah ke brunei dijaga saudara ummi di sana, manakala hanya abang ummi yang sulung yang meneruskan pengajian di peringkat tinggi. Tinggal ummi dan dua adik ummi yang dijaga bapa saudara belah arwah atuk. Apabila hidup menumpang kasih sayang ini, memang sukar, keperitannya tidak dapat diungkapkan, tetapi melalui keperitan itu ummi menjadi seorang wanita yang sangat tabah.

       Ummi sewaktu kecil dah kehilangan bonda tercinta, hilang tempat nak bermanja dan berkasih sayang, pena beruntung walaupun pena tiada ayah tetapi pena ada ummi. Ummi adalah ayah dan ibu bagi pena. Dialah hero sebenar dalam hidup pena. Sebab itu ummi lebih kuat daripada pena. Ummi tidak mudah mengalah dengan dugaan dan ujian dunia. Ummi tak kisah jika orang nak mencerca atau mengaibkan ummi.

       Pena sangat kagum dengan pengurusan kewangan ummi, walaupun gaji ummi tidak mencecah empat angka, tetapi ummi dapat membesarkan aku dengan baik sekali, dapat menyediakan tempat berteduh yang sangat selesa dan kini lebih selesa bila ummi dah ubah suai rumah. Ya Allah memang tidak dapat dibayangkan semua yang ada sekarang ini adalah hasil titik peluh ummi sendiri. Tetapi maklumlah apabila kami berdua sahaja perempuan dirumah orang akan mengambil kesempatan pada kami, ada sahaja yang mereka buat. Setiap kali mereka yang diamanahkan untuk membuat pengubahsuain rumah, mereka PASTI buat sambil lewa, tetapi ummi tetap sabar. Hikmah disebaliknya besar Ummi kata.

Syukur pada anugerah ini.....kerana dikurnikan seorang insan yang sangat terbaik dalam hidup ini yang membuatkan hidup ini lebih bermakna...



12 Apr 2014

Jika ALLAH belum mengizinkan....

2comments

Semua yang berlaku adalah dengan kehendak dan izin dariNya, walaupun benda itu baik sekalipun tetapi jika ALLAH belum untuk mengizinkannya ia tetap tidak akan berlaku...

Tempoh 26 tahun membesar dengan seorang ibu mungkin dilihat perkara biasa tetapi bagi yang melaluinya ia cukup memberikan satu kesan yang sangat mendalam. Tempoh 26 tahun bukan satu tempoh yang singkat, kerana dalam tempoh itu banyak pertanyaan dan persoalan yang tidak dapat diungkapkan. 

Dalam tempoh itu juga membesar tanpa mengenali siapa dia yang memberikan peluang untuk bernafas bukan satu perkara yang mudah. Mungkin dilihat daripada kenyataan ini boleh menimbulkan satu prasangka yang negatif tetapi ia datang dari cara yang halal cuma keadaan tidak mengizinkannya untuk kekal lama.

Besarnya kuasa dia yang bergelar Ayah adalah kuasa wali yang dia miliki. Terlalu banyak konflik yang ada dalam diri ini, untuk merungkai satu persatu memang agak sukar. Pernah terdetik dihati ini dimanakah  dia berada sekarang, apakah khabarnya sekarang, tapi...bagaimana untuk tahu semua itu jika tiada maklumat yang boleh dirujuk.



Takut sangat jika diri ini dikatakan anak derhaka, pernah terdetik di hati ini bahawa salah seorang insan yang terbiar dilorong-lorong mahupun di rumah pengasih adalah dia yang bergelar ayah kepada seorang insan yang mencarinya. Semua mencemuh anak kepada sang ayah tersebut kerana membiarkan hidup ayahnya melarat tanpa pembelaan.


Tapi.. apakah yang terjadi jika satu hari nanti Allah mengizinkan pertemuan seorang anak dan ayah.. adakah sang anak mengenali ayahnya dan ayahnya mengenali sang anaknya... adakah pertemuan itu seperti yang diharapkan?


Semua itu adalah takdir Allah, jika Allah mengizinkan pasti ada sebabnya dan jika tidak mengizinkannya juga pasti ada sebabnya..









 

30 Mar 2014

Siapalah aku ini..

0comments



Aku bertanya pada diri aku sendiri…
layakkah aku nie menjadi hamba Allah jika aku sering melakukan kesilapan..

Aku menyedari bahawa iman aku terlalu lemah dan nipis…
aku tak mampu untuk menolak kemungkaran yang datang dalam hidup aku…

Aku terasa berdosa sangat dengan apa yang telah aku lakukan…
Ya Allah itu maha pengampun…
tapi layakkah diri aku ini diampunkan…..

Aku terfikir lagi masih layakkah diri aku 
untuk mendapat seorang suami yang baik yang dapat pimpin aku ke jalan yang benar..
yang mencintai aku kerana Allah kerana ingin membentuk dan mendidik aku…
bukan kerana cintakan aku kerana kemaksiatan…..
LAYAKKAN ker aku

Aku dibesarkan tanpa seorang lelaki yang dipanggil ayah didalam hidup aku..
dan untuk menyebut perkataan ayah itu adalah sukar sekali dalam hidup aku…

Aku bersyukur dengan segala pemberian Allah untuk aku..
bagi aku yang diberikan adalah yang terbaik untuk hambanya 
Cuma kadang-kala aku terpaku dan 
tertanya adakah sinar BAHAGIA itu masih wujud untuk aku…


Tetapi aku menantikan BAHAGIA itu .
.menanatikan ianya hadir kerana aku pasti BAHAGIA itu pasti ada..
aku Cuma sedang diuji dan terus diuji..
aku mesti ingat apa yang aku lalui ini adalah 
sebuah perjalanan menuju satu distinasi iaitu akhirat…

Dan dalam jalan yang aku lalui itu adalah jalan yang berliku…
aku kena ingat tiada benda yang mudah dalam hidup ini…
dan paling penting jangan menyalahkan orang lain..


26 Mar 2014

Kewajipan kita kepada mereka..

0comments

Kasih ibu dan ayah memang tiada tandinganya.... Kita bukanlah sesiapa tanpa mereka.

Kepada mereka yang masih mempunyai kedua-duanya berbaktilah kepada mereka, curahkan kasih sayang, luangkan masa dan perhatian kepada mereka. 

Seperti dalam entri pena sebelum ini di mana terdapat sebahagian anak-anak yang ingin membawa bersama-sama ibu dan bapa mereka mengerjakan haji, tetapi bagaimana dengan mereka yang telah tiada ibu bapa?

Penghargaan dan kasih sayang boleh dibuatkan dengan menunaikan tanggungjawab kita untuk membuatkan upah haji untuk mereka.

Kasih ibu sampai ke syurga
Kasih ayah sepanjang masa
Kasih anak " Laksanakan upah haji mereka sekiranya mereka telah tiada"

Bagi sesiapa yang ingin menunaikan kewajipan ini boleh hubungi pena (whatsapp only) atau download borang di bawah.
  

Mudah-mudahan dengan amalan daripada anak-anak yang soleh dan solehan ini akan dapat membantu mereka di sana.

21 Mar 2014

Kisah Sebuah Jam..

0comments
Pena  ni bukanlah orang yang suka pakai jam... tapi nak kena ada jam sebab nak tahu waktu.tapi bila pakai sure akan buka sebab rimas....

Jam ni pena beli tahun lepas bila  sebab sebelum ni  dah ada satu jam tapi rosak sebab jatuh terhempas masa bawa motor nak gi kerja.. sedih sebab sayang jam tu...sebab beli guna duit gaji pertama..Tapi lumrah kehidupan setiap benda yang kita sayang itulah  yang akan ditarik daripada kehidupan kita. Sebab Allah nak menguji kita sejauh mana kita sayang kepada sesuatu yang tidak akan kekal.

Rezeki digantikan dengan jam ini lah, pena beli bulan depannya guna duit gaji juga, apa yang dapat pena lihat pada diri pena yang baru belajar mencari rezeki dan duit sendiri ni, kita akan lebih menghargai apa yang kita nak beli dan yang dah beli. Jam ni harganya Rm15 walaupun tak mahal tapi ia dibeli dengan hasil titik peluh sendiri. Itu adalah value dia.

Disebabkan pena  ni tidak gemar sangat  pakai jam , jadi letak ikut suka pena jer kadang-kadang tinggal kat office, kadang-kadang kat rumah, kadang-kadang dalam kereta dan yang paling lama pena tinggalkan dia kat dalam beg telekung...tapi bila nk pakai baru ngabah cari... tapi pena tahu  salah so buat tak tauh jer...anggap hilang dan  tiada rezeki tapi tak terfikir  nak beli lagi sebab tak rasa nak beli jam..

Nak ceritanya...jam ni 'hilang' pas tu 'muncul' kembali...dan begitu seterusnya hingga kini dan pena tak tahu mcm mana jam ni boleh ada kat office sebelah... sehingga orang office sebelah bagitahu yang dia jumpa kat tempat parking kereta. Hurm tu lagi pelik maca mana boleh jatuh kat sana..



Dari situ  pena cuba muhasabah diri sendiri. Pena bukan tak suka pada jam ni yang menyebabkan pena letak merata-rata tempat, tapi pena cuma kurang selesa untuk pakai jam, atau apa-apa pada tangan nie walaupun cincin dan gelang. 

Apabila direnung kembali, ia sangat berkait dengan kehidupan kita, kita sering mengabaikan perkara-perkara yang penting dalam hidup kita dan mengambil remeh hal tersebut walaupun sebenarnya ia sangat penting. 

Apa yang pena maksudkan di sini adalah ibu bapa kita, kita terlalu sibuk dengan dunia kita, kerjaya kita dan sering mengabaikan mereka, kita fikir bahawa dengan menghantar duit setiap bulan ia cukup kepada mereka?

Tetapi kita tak sedar bahawa kita telah menyentuh naluri dan perasaan mereka. Mereka inginkan belaian dan perhatian daripada kita, tetapi walaubagaimana kita "hilang" daripada mereka, ibu bapa kita tetap "muncul" dalam setiap doa mereka.



Jangan pernah kita fikir kita berjaya kerana usaha kita sahaja, tetapi dengan irigan mereka yang membuatkan kita berada dalam rahmatnya.

Janganlah bila mereka telah "hilang" selamanya baru kita hendak "mencari-cari" doa dari mereka.

Hargai masa dan jam anda ..

18 Mar 2014

Hikmah Musibah Allah Lebih Mengetahui...

0comments


Semua perkara yang kurang baik ada hikmah yang Allah nak berikan..cuma kita yang kurang segalanya ini tidak dapat melihatnya.
Apa yang pena nak kongsikan ini dah lebih kurang  tiga minggu berlaku. Pena sendiri tidak menyangka yang pena akan terlibat dengan kemalangan. Walaupun ia hanya kemalangan kecil tetapi ia tetap memberi satu penangan yang hebat.

Satu badan mengigil apabila melihat kereta yang tidak sampai setahun itu remuk. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang pena rasa ketika itu.
Memang pena yang langgar pintu kereta seorang pak cik ini, tetapi dalam masa yang sama pak cik ni park kereta di bahu jalan. Pena memang tidak perasan langsung yang pak cik ni buka pintu kereta dia.



Dipendekan cerita benda nak jadi. Alhamdulliah pena dipertemukan dengan orang yang baik. Pak Cik mengaku kesalahan dia kerana tidak melihat belakang terlebih dahulu sebelum membuka pintu dan telah menangung keseluruhan kos pembaikan. Walaupun sebelum itu ada perselihan faham sedikit.



Dan pada ketika itu juga ada seorang lagi pak cik yang kebetulan berada di situ ( kira macam saksi kejadianlah ). Pak cik ni kata memang bukan salah pena, sebab jalan yang pena lalu ini memang tak boleh untuk park kereta walaupun sekejap, dan kalau pena buat report pak cik kereta tu yang akan kena. 


Kes ini diselesaikan dengan cara yang baik. Alhamdulliah juga kereta pena dapat disiapkan dalam satu hari, sebab pak cik ni tahu satu bengkel kereta yang boleh baiki kereta dalam masa satu hari.Tapi walaupun disiapkan dalam masa satu hari hasil kerja bengkel ini terbaik sebab nampak macam baru. Dan segala calar yang ada kat kereta pena dah tak de sebab digantikan dengan yang baru.

Sebenarnya sehingga kini pena agak fobia dengan kereta yang park tepi jalan, takut benda yang sama jadi. Dahulu masa pena menunggang motorsikal, selalu sahaja akan ada kereta yang akan buka pintu sesuka hati tanpa melihat ada kenderaan lain dibelakang atau tidak. Tapi allhamdulliah pena sempat mengelak.

Bagi semua yang menguna kederaan lebih dari tiga roda berhati-hatilah walaupun bukan semasa memandu kerana banyak perkara yang kita tak dapat dijangka.

 

11 Mar 2014

MH370, kami menanti dengan penuh sabar

0comments
MH370 mungkin tidak 'hilang' cuma hijab kita semua ditutup untuk melihat di mana ia berada. Berdoa dan terus berdoa agar satu masa ia akan kembali semula. Itu yang boleh penakan dan pena dapat rasakan

Bersabarlah menanti kemunculan MH370 dengan kuasa Allah semuanya pasti tiada yang mustahil. Kerana pada ketika ini Allah hendak menduga kita semua, adakah kita masih leka dengan hal dunia dan tidak mengambil berat hal semasa manusia yang ditimpa musibah.





Berdoa agar kita semua dan terutama ahli keluarga mereka tabah dalam penantian ini. In Shaa Allah


Untuk mengulas lebih panjang pena bukan orang yang arif tapi apa yang dapat pena sampaikan ini adalah datang dari hati ini.





Pena suka dengan ulasan Kapten Norudin Abd Majid bekas juruterbang B777 Fleet Mas di Malaysia Hari Ini TV3 11 Mac 2014. Ulasan yang diberikan cukup menarik dan apa yang diperkatakan memang berlandaskan Islam.




10 Jan 2014

Dukacita bukan erti Allah tidak sayang

0comments
 Baru terima satu keputusan "Dukacita dimaklumkan anda tidak berjaya dalam urusan ini".. sekurang-kurang kita masih ada ruang dan peluang yang lain. Tapi bagaimana agaknya nanti kalau kita terima...

"Dukacita masa untuk bertaubat telah tamat..."

Dukacita adalah satu anugerah dan peringatan bagi hambanya. Dukacita juga mengajar hambaNya untuk lebih mensyukuri segala nikmat yang ada.

Apa yang membuatkan pena untuk menulis entri kali ini ada kaitan dengan entri sebelumnya. Jika sebelum ini pena ada pernah menulis mengenai temuduga udan PAC yang pena hadiri dulu, . keputusan bagi temuduga tersebut telah pun keluar.


Setiap hari pena menunggu, tapi pada pagi hari selasa, semasa pena bersiap-siap nak untuk kerja, dengar ada bunyi email masuk melalui handphone. Agak berdebar dan dapat rasa itu adalah keputusan yang pena tunggu untuk tempoh dalam dua bulan lebih ini.

Apabila pena buka, ia bukan yang pena harapkan....



Pena terus call umi dan bagitahu yang pena tak berjaya dalam temuduga. Sebenarnya berat hati ini nak bagitahu rasa seperti tak sampai hati. Tapi pena kuatkan hati dan bagitahu juga

"Umi result dah keluar...dan ain tak dapat"
" Tak pe la dah bukan rezeki kau kat ctue..dan buat macam, k.ain dengan yang lain-lain dapat tak?"
"Tak tahu lagi dah msg tapi tak balas lagi"
"Dah la sabar, tak yah nak nagis nanti org nampak lak.."
"Terima kasih umi"

Sayu hati ini..ya mungkin bukan rezeki, bukan masanya lagi.. in shaa allah satu hari nanti pasti akan ada datang rezeki yang kita tidak jangka akan datang.

Pasti setiap yang berlaku mempunyai hikmah...

Setiap yang kita mahukan dan berkehendakan, tapi jika Allah tidak izinkan dan bukan dengan izin Allah ia tidak akan berlaku. Tapi jangan pernah putus harapan dan teruskan berdoa.



Setiap doa Allah pasti makbulkan cuma cepat atau lambat sahaja. Kesabaran itu adalah kuncinya.
Mungkin kerana dosa-dosa kita doa kita terhijab, mungkin kerana kita tidak beramal dengan sesungguhnya menjadikan terhijabnya doa itu.

Muhasabah diri kita..itulah adalah yang terbaik daripada nak menrugut kenapa dan kenapa.

Adakah kita tahu tahap kemampuan dan kebolehan kita? Kita tak pernah tahu kecuali dengan izinNya. Disebabkan kita tak tahulah Allah tak bagi apa yang kita minta, kerana kita rasa kita mampu, tapi sebenarnya tidak.

Ingatlah kunci kepada rezeki adalah Dhuha dan amalan bersedekah, bersedekahlah walaupun sedikit kerana ia menjadi pemberat amalan  kita nanti..In shaa allah. Rezeki Allah itu amat luas, jangan sempitkan minda kita bila tak dapat satu peluang ini, dunia kita menjadi gelap. Kuncinya kita kena usaha dengan lebih untuk mendapat yang terbaik



Pena cuba tukarkan rasa kecewa yang pena terima kepada satu berita gembira. Pena tak dapat jawatan ini merupakan satu hikmah kerana pena akan dapat peluang yang lebih baik lagi. Itulah yang pena mampu lakukan untuk keluar dari belengu kekecewaan ini. Menjadikan ia satu semangat pada pena. Tapi sebenarnya penalah tak sangat kecewa dengan keputusan ini, kerana pena berdoa jika ia bukan untukku redhakan hati ini. Alhamdulliah rasa kecewa itu sekejap sahaja dan tidak berpanjangan.

Dan sebenarnya pena tak layak untuk jawatan itu, walaupun hati ini merasakan diri ini layak untuk jawatan itu. Mungkin kerana sedikit rasa riak itu terhijabnya doa ini. Pada rakan-rakan yang berjaya dalam mengalas jawatan itu, berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada masyarakat, kerana kamu mempunyai satu tanggujwab yang besar dalam menyampai maklumat. Kamu dipilih oleh mereka yang pakar dan hati mereka digerakkan oleh Allah untuk memilih kamu, amanah yang diterima haruslah dilaksanakan dengan betul.


26 Dec 2013

Dua hati yang telah lama bersatu...

4comments
Dua hati yang telah lama bersatu, pena bukanlah nak berjiwang untuk entri kali ini, tapi sekadar nak berkongsi sesuatu yang mungkin kita tidak sedar.


Dua hati yang telah lama bersatu di sini pena maksudkan ialah hati pena dan bonda pena. Yang telah lama bersatu sejak azali lagi, sejak pena di dalam rahim ibu pena lagi. Bagaimana kasih dan sayangnya sewaktu mengandungkan pena,melahirkan dan membesarkan pena sehingga sekarang.



Dan hati yang bersatu ini tidak akan berpisah sehingga akhirnya kerana ia adalah kasih yang suci dan bersih. Pena membesarkan dengan kasih sayang seorang wanita yang bergelar ibu dan dalam masa yang sama menjadi ayah kepada pena. 

Semasa pena ingin menyambung pelajaran ke pantai timur pada tahun 2008, berat hati ini ingin meninggalkan umi keseorangan tapi apakah daya, pena terpaksa kerana ia adalah pergorbanan yang perlu kami lakukan untuk masa depan yang lebih baik...

Alhamdulliah empat tahun itu telah berlalu, semuanya selamat, walaupun liku untuk mengharunginya banyak cabaran dan dugaan yang mendatang tapi kami telah menempuhnya.


Sekali lagi pena terpaksa meninggalkan umi keseorangan di rumah dan kali ini kerana pena mencari rezeki di hutan batu. Jika semasa belajar dahulu pena hanya pulang ke kampung hanya pada cuti semester kerana jarak dan kos yang perlu dipertimbangkan, tetapi kini soal jarak tidak menjadi masalah, kerana kuala lumpur melaka hanya mengambil masa 3 jam (sbb pena masih new driver) jika hendak dibandingkan dengan terengganu melaka tyang mengambil masa 8 jam , tetapi soal lain juga masih perlu dipertimbangkan.

Sebelum berhijjrah ke hutan batu ini, pena telah berjanji akan cuba pulang sekerap yang mungkin paling tidak dua minggu sekali. Sebab pena tidak mahu berjauhan dengan umi, kerana dia adalah satu-satunya mutiara dan harta yang pena ada..


Untuk dua bulan pertama ia berlaku dengan baik, tetapi apabila masuk bulan ketiga, ia tidak menjadi seperti yang dirangcang...

"Umi, ain balik minggu depan lepas gaji ek"
"Tak yah balik, balik tahun depan jer cuti raya cina, lama sikit kat rumah"

Agak tergaman bila umi sang pena berkata demikian, agak menitis air mata ini. tetapi keesokan harinya bila pena telefon umi semula dan pujuk cakap nak balik balik minggu selepas gaji umi menerangkan..

"Tak yah la balik, bukan dapat RM20-30 balik kan, duit minyak duit tol semua nak kirakan, simpanlah duit yang nak buat balik tue, umi ok kat cni, makan minum semua cukup, beras pun ada lagi, umi tak susah"

Ya Allah menitis air mata ini bila umi cakap begitu, umi kasihkan anaknya di hutan batu ini, sememangnya buat masa ini pendapatan pena bukanlah besar dan sejujurnya pena masih belum mampu nak menaggung umi. Benarlah orang pernah berkata seorang ibu boleh membesarkan 10 anak, tapi 10 anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu..



Bagaimana pula dengan pena, pena seorang ini masih belum dapat menjaga umi dengan baik. Tapi in shaa allah satu hari nanti jika diberikan keizinan dari Allah pena akan dapat memberikan yang terbaik untuk umi, sebagaimana umi telah memberikan yang terbaik untuk pena..



Itulah dua hati yang telah lama bersatu akan mengerti dan memahami antara satu sama lain. Ia begitu indah dan hanya yang merasainya akan lebih memahaminya.



Sayang dan rindu pada umi...


 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates