30 Mar 2014

Siapalah aku ini..

0comments



Aku bertanya pada diri aku sendiri…
layakkah aku nie menjadi hamba Allah jika aku sering melakukan kesilapan..

Aku menyedari bahawa iman aku terlalu lemah dan nipis…
aku tak mampu untuk menolak kemungkaran yang datang dalam hidup aku…

Aku terasa berdosa sangat dengan apa yang telah aku lakukan…
Ya Allah itu maha pengampun…
tapi layakkah diri aku ini diampunkan…..

Aku terfikir lagi masih layakkah diri aku 
untuk mendapat seorang suami yang baik yang dapat pimpin aku ke jalan yang benar..
yang mencintai aku kerana Allah kerana ingin membentuk dan mendidik aku…
bukan kerana cintakan aku kerana kemaksiatan…..
LAYAKKAN ker aku

Aku dibesarkan tanpa seorang lelaki yang dipanggil ayah didalam hidup aku..
dan untuk menyebut perkataan ayah itu adalah sukar sekali dalam hidup aku…

Aku bersyukur dengan segala pemberian Allah untuk aku..
bagi aku yang diberikan adalah yang terbaik untuk hambanya 
Cuma kadang-kala aku terpaku dan 
tertanya adakah sinar BAHAGIA itu masih wujud untuk aku…


Tetapi aku menantikan BAHAGIA itu .
.menanatikan ianya hadir kerana aku pasti BAHAGIA itu pasti ada..
aku Cuma sedang diuji dan terus diuji..
aku mesti ingat apa yang aku lalui ini adalah 
sebuah perjalanan menuju satu distinasi iaitu akhirat…

Dan dalam jalan yang aku lalui itu adalah jalan yang berliku…
aku kena ingat tiada benda yang mudah dalam hidup ini…
dan paling penting jangan menyalahkan orang lain..


27 Mar 2014

Rencah Kehidupan yang Sukar Difahami...

2comments
Apa yang kita cuba sampaikan kadang-kala sukar untuk difahami oleh orang lain. Atau apa yang difahami berbeza dengan apa yang kita ingin sampaikan. Sering berlaku kan? Inilah yang dikatakan dalam bahasa komunikasi, komunikasi kurang berkesan.

Sebab setiap daripada kita adalah berbeza, walaupun dikatakan mempunyai rupa yang sama sekalipun, kita masih berbeza, walaupun dilahirkan pada tarikh yang sama tetap tidak sama.

Apa yang ingin pena kongsikan adalah apa yang kita keluarkan daripada kata-kata kita mungkin tidak sampai kepada orang yang kita ingin sampaikan itu. Jika melihat kepada konsep dan keberkesanan dalam komunikasi kita seharusnya bijak dalam menyampaikan mengikut tahap pendidikan, umur, latar belakang dan mungkin juga perkerjaan. Tapi jika dilihat daripada segi komunikasi yang formal, tapi bagaimana yang kurang formal..

Kadang-kadang dalam kita bersembang dengan rakan kita, tiba-tiba ada yang menarik muka, berasa hati dengan kita. Sebab bila kita dah leka bersembang kita kurang sedar atau peka dengan apa yang kita kata-kata yang kita kuarkan, dan mungkin juga kita tak berniat nak kecilkan hati rakan kita.

Apa yang boleh pena katakan  adalah manusia ini dikurniakan dengan satu organ yang membuatkan kita dapat merasai sesuatu yang luar jangka iaitu hati. Hanya hati sahaja yang dapat merasai perkara-perkara yang sukar ditafsir ini.

Ok kita berasa hati dengan kata-kata rakan kita, tapi apa kata kita duduk sejenak dan berfikir...

"Sebelum ni aku ada lukakan hati kawan-kawan aku dengan kata-kata atau tindakan aku ker"

Jawapannya pasti ada dan benda itu jadi dalam kita tak sedar juga begitu juga dengan rakan kita, tapi kalau rakan kita itu memang jenis mulut yang orang kata tiada insurans tu lain bab pula. Sebab Allah itu adil kadang-kadang Dia nak kita rasa apa yang kita pernah buat pada orang lain. Nak kita rasa agar kita tidak mengulangi benda yang sama untuk pada masa hadapan. Nak kita jadi hamba yang sempurna daripada kesilapan yang kita lakukan dan paling penting adalah belajar daripada kesilapan. Jangan fikir diri kita sudah cukup sempurna.

Dalam bersahabat dan berkawan ini kenalah adalah memberi dan menerima mungkin hari ini dia mengecilkan hati dan membuat kita terasa atau tersentap, tapi kita tak tahu dengan diri kita akan datang.. mungkin juga kita akan melakukan perkara yang sama mungkin bukan pada rakan kita itu, tapi pada orang lain.


Seperkara lagi dalam kehidupan kita kadang-kadang akan terdetik di hati kita

" Tak kan ada orang boleh faham aku"
"Orang lain tak  rasa apa yang aku rasa"

Kenapa kita nak merunggut, kita merunggut macam bila kita kecewa..tapi bila bahagia kita ada tak nak keluarkan kata-kata ni? Tentu sekali tidak.

Pena pernah melalui fasa ini, tapi kita tak kan bangkit jika asyik berterusan dengan begini, apa kata kalau kita yang cuba memahami orang lain, cuba untuk rasai apa yang orang lain rasa.

Memang tidak mudah untuk kita memahami orang lain, begitu juga orang lain yang cuba nak faham dengan sikap kita. Sebab kita rasa kita dah cukup faham orang lain dan dengan ego kita itu membuatkan kita yang sengsara. Kita fikir kita sudah cukup faham orang lain tetapi sebenarnya kita hanya faham pada dasar dan bukan keseluruhannya maka timbulah kata yang orang tak faham dengan diri kita. 

Dan yang sebenarnya perkara ini terjadi kerana diri kita sendiri, kita tak faham dan tak tahu dengan apa yang kita nak dalam hidup kita. Ingat kita boleh menjadi perancang yang terbaik tetapi segala ketentuan adalah daripada Ilahi, kita merancangkan untuk memilih pilihan G tetapi melalui peracangan Allah kita melalui pilihan L,yang mana kita tidak mahukan dan kita fikir ia bukan terbaik daripada kaca mata perancangan manusia.


26 Mar 2014

Kewajipan kita kepada mereka..

0comments

Kasih ibu dan ayah memang tiada tandinganya.... Kita bukanlah sesiapa tanpa mereka.

Kepada mereka yang masih mempunyai kedua-duanya berbaktilah kepada mereka, curahkan kasih sayang, luangkan masa dan perhatian kepada mereka. 

Seperti dalam entri pena sebelum ini di mana terdapat sebahagian anak-anak yang ingin membawa bersama-sama ibu dan bapa mereka mengerjakan haji, tetapi bagaimana dengan mereka yang telah tiada ibu bapa?

Penghargaan dan kasih sayang boleh dibuatkan dengan menunaikan tanggungjawab kita untuk membuatkan upah haji untuk mereka.

Kasih ibu sampai ke syurga
Kasih ayah sepanjang masa
Kasih anak " Laksanakan upah haji mereka sekiranya mereka telah tiada"

Bagi sesiapa yang ingin menunaikan kewajipan ini boleh hubungi pena (whatsapp only) atau download borang di bawah.
  

Mudah-mudahan dengan amalan daripada anak-anak yang soleh dan solehan ini akan dapat membantu mereka di sana.

21 Mar 2014

Kisah Sebuah Jam..

0comments
Pena  ni bukanlah orang yang suka pakai jam... tapi nak kena ada jam sebab nak tahu waktu.tapi bila pakai sure akan buka sebab rimas....

Jam ni pena beli tahun lepas bila  sebab sebelum ni  dah ada satu jam tapi rosak sebab jatuh terhempas masa bawa motor nak gi kerja.. sedih sebab sayang jam tu...sebab beli guna duit gaji pertama..Tapi lumrah kehidupan setiap benda yang kita sayang itulah  yang akan ditarik daripada kehidupan kita. Sebab Allah nak menguji kita sejauh mana kita sayang kepada sesuatu yang tidak akan kekal.

Rezeki digantikan dengan jam ini lah, pena beli bulan depannya guna duit gaji juga, apa yang dapat pena lihat pada diri pena yang baru belajar mencari rezeki dan duit sendiri ni, kita akan lebih menghargai apa yang kita nak beli dan yang dah beli. Jam ni harganya Rm15 walaupun tak mahal tapi ia dibeli dengan hasil titik peluh sendiri. Itu adalah value dia.

Disebabkan pena  ni tidak gemar sangat  pakai jam , jadi letak ikut suka pena jer kadang-kadang tinggal kat office, kadang-kadang kat rumah, kadang-kadang dalam kereta dan yang paling lama pena tinggalkan dia kat dalam beg telekung...tapi bila nk pakai baru ngabah cari... tapi pena tahu  salah so buat tak tauh jer...anggap hilang dan  tiada rezeki tapi tak terfikir  nak beli lagi sebab tak rasa nak beli jam..

Nak ceritanya...jam ni 'hilang' pas tu 'muncul' kembali...dan begitu seterusnya hingga kini dan pena tak tahu mcm mana jam ni boleh ada kat office sebelah... sehingga orang office sebelah bagitahu yang dia jumpa kat tempat parking kereta. Hurm tu lagi pelik maca mana boleh jatuh kat sana..



Dari situ  pena cuba muhasabah diri sendiri. Pena bukan tak suka pada jam ni yang menyebabkan pena letak merata-rata tempat, tapi pena cuma kurang selesa untuk pakai jam, atau apa-apa pada tangan nie walaupun cincin dan gelang. 

Apabila direnung kembali, ia sangat berkait dengan kehidupan kita, kita sering mengabaikan perkara-perkara yang penting dalam hidup kita dan mengambil remeh hal tersebut walaupun sebenarnya ia sangat penting. 

Apa yang pena maksudkan di sini adalah ibu bapa kita, kita terlalu sibuk dengan dunia kita, kerjaya kita dan sering mengabaikan mereka, kita fikir bahawa dengan menghantar duit setiap bulan ia cukup kepada mereka?

Tetapi kita tak sedar bahawa kita telah menyentuh naluri dan perasaan mereka. Mereka inginkan belaian dan perhatian daripada kita, tetapi walaubagaimana kita "hilang" daripada mereka, ibu bapa kita tetap "muncul" dalam setiap doa mereka.



Jangan pernah kita fikir kita berjaya kerana usaha kita sahaja, tetapi dengan irigan mereka yang membuatkan kita berada dalam rahmatnya.

Janganlah bila mereka telah "hilang" selamanya baru kita hendak "mencari-cari" doa dari mereka.

Hargai masa dan jam anda ..

20 Mar 2014

Sedarkah di mana kita berada....

2comments
Berita kehilangan  MH370  masih lagi menjadi berita yang belum ada pengakhiranya. Dan baru-baru ini rasanya kita telah pun dikejutkan dengan satu berita yang tidak sepatutnya berlaku di Negara kita yang menerima sedang di landa kesedihan  dan yang lebih menyayat hati ada yang masih memikirkan keuntungan di mana negara kita di landa kesedihan.

Disebabkan beliau ada menteri maka kebebasan bercakap yang tertakluk di dalam undang-undang negara menjadi hak milik beliau, bagi pena jika kata-kata yang di keluarkan menteri tersebut di keluarkan oleh orang biasa seperti pena atau orang awam rasanya dah kena akta hasutan dan sebagainya, rasanyalah.

Penganjuran konsert tersebut yang dikatakan bertaraf antrabangsa itu seolah-olah tidak menghormati kejadian yang berlaku pada negara, kerana melihat daripada positif ia memberikan impak kepada pendapatan negara, tapi bagaimana pula dengan pendapatan dosa? Adakah ia difikirkan? Berapa banyak kemaksiatan yang berlaku dalam konsert itu.

Disebabkan tahun ini adalah tahun melawat Malaysia maka segala program dan konsert juga harus dilakukan di malaysi kerana ia sumber pendapatan negara. Bolehkah dikatakan sumber itu datang dari sumber yang halal? Pena tiada jawapan kerana pena bukanlah orang yang arif dalam bidang itu untuk menjawabnya.

Mungkin disebabkan bala yang belum menimpa kita di depan mata seperti kaum terdahulu menyebabkan kita alpha dan leka dengan permainan duniawi, kita terlalu asyik dengan keseronaknya, sehingga orang mengajak kita dalam dakwah dikatakan kolot.

Tidakah kita sebagai umat Islam rasa segan dan malu jika non muslim dapat menuntu aurat dengan sempurna dan kita pula mempertikainya, tidakkah perlu kita melihat diri kita terlebih dahulu? Semoga hidayah Allah sampai kepadanya...


Sebelum kita melelapkan mata duduk sebentar dan fikirlah mengenai dunia kini, pelbagai kemaksiatan telah berlaki, di merata-rata, ramai juga memperkatakan bahawa kini berakhir zaman, tanda-tanda kecil kiamat telah muncul, tapi...kita lihat diri kita apakah kita telah mempersiapkan diri kita? Bagaimana iman kita?

Allah masih belum menurunkan bala kepada kita, kerana kita umat Nabi Muhammad masih lagi diberikan kesempatan untuk bertaubat... jadi kita seharusnya mengunakan ruang yang ada untuk bertaubat kerana kita juga tidak tahu adakah taubat kita di terima atau tidak jika kita menyesal di akhirnya. 





Semoga renungan ini boleh membuatkan kita terfikir di mana kita berada sekarang. Adakah kita sudah bersedia menerima segala amal dan perbuatan kita. Adakah kita masih lagi mahu leka dengan hal dunia? Jawapan ada dalam hati kita... Semoga kita semua dihindari daripada kemaksiatan....





19 Mar 2014

Menjadi Tetamu Allah, Lambaian Baitullah 1435H..

0comments

Makkah adalah impian setiap impian umat Islam, alangkah gembiranya apabila kita dapat menjadi tetamu Allah di sana. 





Musim Haji tahun ini jatuh pada awal bulan oktober. Pada ketika itu sama seperti dua tiga tahun sebelum ini pena akan sibuk sebab pena berkerja dengan syarikat yang menguruskan akikah dan qurban. tapi entri ini bukanlah untuk menceritakan pasal akikah dan qurban, mungkin pada masa yang lain pena akan menceritakan pengalaman pena semasa berkerja pada musim qurban ini.

Apa yang membuatkan pena untuk menulis entri ini adalah ingin kongsikan pengalaman pena yang membuatkan tersentuh, kerana Alhamdulliah kerana masih ramai lagi anak-anak yang ingin berbakti kepada ibu bapa dan membalas jasa dan pengorbanan mereka.

Buat pengetahuan semua tempat pena berkerja sekarang dapat kouta daripada Tabung Haji bagi menunaikan Haji pada tahun ini. Alhamdulliah ia satu rezeki yang datang tanpa disangkan.

Ok jadi bila dapat tau jer kouta ini mula pena sibuk, sebab pena yang akan menjadi teman istimewa kepada en telefon, kerana pena yang akan menjawab panggilan dan menjawab segala permasalahan dan pertanyaan daripada mereka yang ingin menunaikan Haji.

Kebanyakan daripada mereka bertanya 

 "bolehkan saya membawa ibu bapa saya sekali untuk menunaikan haji pada tahun ini ?"

"Ibu saya teringin nak ke tanah suci tapi masih belum dapat panggilan daripada Tabung Haji, kalau saya bawa ibu saya sekali boleh?" 

"kalau saya tak pergi haji pada tahun ini, tapi saya nak bagi peluang ini pada ibu dan bapa saya boleh tak en"

Hampir sama sahaja pertanya daripada anak-anak soleh dan solehan ini, mempunyai hasrat dan keinginan untuk membawa ibu bapa bersama untuk menunaikan ibadah haji ini.


Sejuk rasa hati ini bila mendengarkan hasrat mereka. Apa yang menyebabkan persoalan-persoalan ini timbul adalah daripada mesej yang diterima daripada mereka menyatakan bahawa, syarikat yang pena berkerja menerima kouta haji dan menawarkan kouta ini kepada mereka. Di situlah timbul keraguan sama ada kouta ini hanya untuk mereka sahaja atau boleh membawa orang lain.
 
Pena mendoakan agar hasrat dan impian mereka yang suci ini untuk menjadikan ibu dan bapa mereka sebagai tetamu Allah dipermudahkan segalanya. Aamin...



18 Mar 2014

Bitstrips.... Siapa suka komik sila angkat tangan...

0comments





Malam ni bukan la rajin sangat sampai dua entri sekali..sebenarnya entri pasal kereta pena semalam lagi nak update..tapi line tak mengizinkan nak upload gambar..

Kali nak berkongsi satu benda yang pena suka buat bila nak luahkan perasaan atau just suka-suka.. sebab bila tengok semula cam menarik gak..dan boleh ketawa sendiri..



Masa mula-mula applacation ni keluar tak minat sangat, hingga la office mate merangkap bff sejak dari alam kampus download appalication ni.. dan sekarang pena yang lebih-lebih dari dia..

ok ni sini pena nak share sebahagian atau nak dikatakan seluruh bitsrip yang dah pena buat dan setiap satu yang dibuat mempunyai makna yang tersirat...sebab tu pena suka...
 
yang pertama sebab tak faham sangat nak guna mcm mana dan jumpa yang ni jadi pena buat yang ni..

bitstrip mengisahkan pena dan bff pena sbb pena budak kampung dia budak bandar..
yang sebab mengidam nak makan burger hehehe
yang sebab office dapat burn cd lagu sbb bsn nak ngadap jem katanya
yang sebab terlebih baik beli roti canai banyak sangat
yang sebab baru lepas timbang dan berat naik..konon-kononya nak diet la
plan nak gie holiday tapi tak jadi..
yang ni masa tu ktorng bergurau dan ada office mate terasa..jd seram la tb2 office jd sunyi
yang nak cr ayam tak jumpa nak pujuk hbskan ayam bg cincin
yang ni sebab kononya dah ketagih ckit-ckit nak bitstrips jadi setiap hari satu bitstrips
yang ni sebab masa tu isi minyak rm 30 tapi tangki kete boleh penuh...
disebabkan kat office ada dapur apa lagi masak memasak la ..
ni masa isu kangkung dulu..hehehe


Sebenarnya banyak lagi tapi tue la ada masalah nak download... tapi apa pun bitstrips nie enjoy juga kalau masa bosan-bosan dan nak gelak sorang...

Hikmah Musibah Allah Lebih Mengetahui...

0comments


Semua perkara yang kurang baik ada hikmah yang Allah nak berikan..cuma kita yang kurang segalanya ini tidak dapat melihatnya.
Apa yang pena nak kongsikan ini dah lebih kurang  tiga minggu berlaku. Pena sendiri tidak menyangka yang pena akan terlibat dengan kemalangan. Walaupun ia hanya kemalangan kecil tetapi ia tetap memberi satu penangan yang hebat.

Satu badan mengigil apabila melihat kereta yang tidak sampai setahun itu remuk. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang pena rasa ketika itu.
Memang pena yang langgar pintu kereta seorang pak cik ini, tetapi dalam masa yang sama pak cik ni park kereta di bahu jalan. Pena memang tidak perasan langsung yang pak cik ni buka pintu kereta dia.



Dipendekan cerita benda nak jadi. Alhamdulliah pena dipertemukan dengan orang yang baik. Pak Cik mengaku kesalahan dia kerana tidak melihat belakang terlebih dahulu sebelum membuka pintu dan telah menangung keseluruhan kos pembaikan. Walaupun sebelum itu ada perselihan faham sedikit.



Dan pada ketika itu juga ada seorang lagi pak cik yang kebetulan berada di situ ( kira macam saksi kejadianlah ). Pak cik ni kata memang bukan salah pena, sebab jalan yang pena lalu ini memang tak boleh untuk park kereta walaupun sekejap, dan kalau pena buat report pak cik kereta tu yang akan kena. 


Kes ini diselesaikan dengan cara yang baik. Alhamdulliah juga kereta pena dapat disiapkan dalam satu hari, sebab pak cik ni tahu satu bengkel kereta yang boleh baiki kereta dalam masa satu hari.Tapi walaupun disiapkan dalam masa satu hari hasil kerja bengkel ini terbaik sebab nampak macam baru. Dan segala calar yang ada kat kereta pena dah tak de sebab digantikan dengan yang baru.

Sebenarnya sehingga kini pena agak fobia dengan kereta yang park tepi jalan, takut benda yang sama jadi. Dahulu masa pena menunggang motorsikal, selalu sahaja akan ada kereta yang akan buka pintu sesuka hati tanpa melihat ada kenderaan lain dibelakang atau tidak. Tapi allhamdulliah pena sempat mengelak.

Bagi semua yang menguna kederaan lebih dari tiga roda berhati-hatilah walaupun bukan semasa memandu kerana banyak perkara yang kita tak dapat dijangka.

 

11 Mar 2014

MH370, kami menanti dengan penuh sabar

0comments
MH370 mungkin tidak 'hilang' cuma hijab kita semua ditutup untuk melihat di mana ia berada. Berdoa dan terus berdoa agar satu masa ia akan kembali semula. Itu yang boleh penakan dan pena dapat rasakan

Bersabarlah menanti kemunculan MH370 dengan kuasa Allah semuanya pasti tiada yang mustahil. Kerana pada ketika ini Allah hendak menduga kita semua, adakah kita masih leka dengan hal dunia dan tidak mengambil berat hal semasa manusia yang ditimpa musibah.





Berdoa agar kita semua dan terutama ahli keluarga mereka tabah dalam penantian ini. In Shaa Allah


Untuk mengulas lebih panjang pena bukan orang yang arif tapi apa yang dapat pena sampaikan ini adalah datang dari hati ini.





Pena suka dengan ulasan Kapten Norudin Abd Majid bekas juruterbang B777 Fleet Mas di Malaysia Hari Ini TV3 11 Mac 2014. Ulasan yang diberikan cukup menarik dan apa yang diperkatakan memang berlandaskan Islam.




 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates