7 Apr 2015

UPAH HAJI 1436H

0comments
Assalamulaikum semua, ini  adalah entri pertama pena untuk tahun 2015. Allhamdulliah berkesempatan juga untuk entri kali ini.

Ada yang mengenalinya sebagai badal haji, ada juga yang kenal sebagai upah haji. Walaubagaimanapun ia adalah satu perkara yang sama. Menunaikan haji bagi mereka yang telah TIADA dan MASIH belum menunaikan HAJI.

Sebagai anak kita tidak boleh mengambil ringgan akan hal ini. Tanggungjawab kita besar bagi menunaikan upah haji bagi mereka.




Kasih Ibu sampai ke Syurga,
Kasih Ayah sepanjang masa,
Kasihan Anak laksanakan “Upah Haji” mereka,
Andai mereka telah tiada.

Menggantikan haji bagi pihak yang meninggal dunia hukumnya adalah WAJIB samaada telah diwasiatkan oleh si mati atau tidak. Pendapat ini dipegang oleh Mazhab Syafie.

Adakah kita sedar akan kewajipan ini? Tidak ramai yang tahu akan kewajipan ini.

Sebelum ini pena juga tidak sedar akan kewajipan ini, hinggalah pena berkerja di satu travel agensi ini.


Jika ingin mendaftar atau boleh mempunyai sebarang pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi :


03 6184 1542
03 6187 1542
03 6189 1542

Whatsapp
013 673 9000

In Shaa Allah dengan tanggungjawab yang telah kita laksanakan ini dapat membantu mereka disana. Inilah pengorbanan kita yang tidak sebesar mana untuk mereka yang telah memberikan kehidupan kepada kita.

Juga sentiasalah kita beringat bahawa harta yang dicari bukan untuk kita, sebahagian daripadanya adalah milik orang lain, bukan milik kita.

p/s : ini adalah harga promosi  sebelum 1 syawal, dan harga ini telah termasuk dengan GST. Jangan risau tiada kos tambahan dikenakan.

14 Dec 2014

Kesibukan yang tidak dapat dielakkan - Sedikit Pencerahan bagi Peperiksaan Online (bahgian dua)

0comments
Alhamdulliah akhirnya dapat juga pena luangkan sedikit masa untuk berblog pada malam ini, rasanya ada yang pena "berhutang" untuk berkongsi apa yang pena tahu.

Jika sebelum ini ada yang membaca entri pena berkaitan dengan hal-hal yang berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, dan Peperiksaan Online, pena ada menyentuh hal yang berkaitan dengan "Kenapa dalam pendaftran kita di SPA, selalu akan keluar 

' Tidak Melepasi Syarat-syarat semasa  yang ditetapkan' oleh suruhanjaya'



Agak strees jugakan? Tapi hanya fikir positif mungkin belum rezeki kita lagi dan akan ada rezeki Allah yang lebih baik dan datang dari sumber yang tidak disangka-sangka.. in shaa allah

Ok, hal ini berlaku kerana, jawatan yang kita pilih itu kadang-kadang terlalu umum. Contoh jawatan seperti Pegawai Penerangan. Jika yang dibuka jawatan itu adalah umum maka tiada syarat-syarat yang khusus akan ditetapkan. Contoh seperti yang pena dapat (boleh rujuk pada gambar). Yang pertama itu pena dapat sebab syarat yang diperlukan hanya mempunyai Ijazah sahaja, tetapi yang kedua,  jawatan yang sama dibuka tetapi mempunyai syarat tambahan lain yang pena tiada, jadi pena dikira tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.



Dan ada kalanya juga, jawatan yang dibuka itu hanya untuk mereka yang mementap atau mempunyai kelahiran disesuatu negeri (Rujuk gambar) jadi itu juga menyebabkan kita dikira tidak memenuhi syarat yang ditetap.



Jangan merugut jika kita tengok kawan kita asyik dapat panggilan temuduga, dapat jawab peperiksaan online, tapi kita tidak juga sangkut, in shaa allah rezeki allah ada, jangan berharap pada satu kerja sahaja, cuba pelbagaikan permohanan jawatan perkerjaan kita.

Allah akan sentiasa membantu hambanya yang setiasa berusaha.


9 Sep 2014

Peluang Kedua - Peperiksaan Ulangan Online Penguasa Kastam W41

0comments


Tahniah sekali pena ucapakan pada calon-calon yang telah lulus peperiksaan dalam talian pada 6 September lepas, keputusan peperiksaan tempoh hari telah pun keluar.

Tetapi mungkin rezeki tidak menyebelahi pena, dan Allah lebih tahu kenapa dan mengapa. Pena tidak berjaya, begitu juga dengan sebahagian besar rakan-rakan yang pena kenali tidak berjaya juga dalam peperiksaan kali ini. Dan alhamdulliah kami diberikan peluang sekali lagi untuk menjawab dan menduduki peperiksaan ulangan pada 10 September 2014.



Ada yang bertanya pena, memang minat dengan kastam ker?

Jika ditanya memang bukan ini yang pena mahukan bukan salah satu bidang pilihan pena. Tetapi kita tidak pernah tahu mana yang terbaik untuk untuk kita, kita boleh memilih apa sahaja yang kita inginkan tapi apa yang ditakdirkan untuk kita itu adalah yang terbaik. Janji Allah adalah tepat. Ketetapan daripadaNya adalah yang terbaik untuk kita.


Pena tidak meletakan harapan yang tinggi untuk jawatan ini, kerana pena tahu tahap kemampuan pena setakat mana, tetapi kemampuan dalaman yang "tersembunyi" belum pena ketahui lagi hanya sang pencipta sahaja mengetahuinya, kerana Dia adalah pencipta yang sempurna. Jika ia terbaik untuk pena, ummi pena, dan masyarakat pena  umumnya berdoa agar ia dipermudahkan dan dikuatkan hati untuk mengharungi segalanya. Jika tidak ada sesuatu yang lebih baik yang akan menanti. In Shaa Allah.

Tapi bila difikirkan semula sangat logik jika pena tidak lulus pun, sebab pena kurang study sebelum exam tempoh hari.

Harapnya esok akan berjalan dengan lancar dan segala urusan akan dipermudahkan Allah, dan semoga calon untuk exam esok akan diberikan kesabaran dan akan beroleh kejayaan dan lulus dengan cermelang.

Peluang kedua yang diberikan adalah laluan yang diberikan untuk memperbaiki apa yang kurang, tetapi hidup tiada peluang kedua, nyawa hanya sekali, peruntukan dengan segala kebaikan.







 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates