26 Nov 2011

✿ awal muharam satu kehidupan baru bakal dilakar ✿

0comments
Awal muharam adalah salah satu peristiwa penting bagi umat Islam. Kadang kala kita sebagai umat Islam terleka dan tidak sedar bahawa kita bakal menyambut awal muharam ini, tahun baru bagi kalander hijjrah..

Tahun baru bagi masehi kita sering ingat dan tidak pernah lupa menyambut...tapi untuk tahun ini kita mulakan satu langkah baru..langkah dimana kita mula memperingati tarikh-tarikh penting didalam Islam...

sekadar perkongsian bersama langkah yang kita boleh lakukan adalag memulakan tahun baru yang bakal kita lalui ini dengan doa akhir dan awal tahun :-)

Doa akhir tahun :



dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. 

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: 
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun." 

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...
Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun." 

Doa awal tahun:

: dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan." 
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...
Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram,  Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

28 Oct 2011

~✿..Aku ingin bergelar WANITA SOLEHAH

0comments
~..Aku ingin bergelar WANITA SOLEHAH tetapi menjaga AURATKU sahaja kini sudah terasa payah..aku tertarik dengan fesyen dunia tetapi aku LEBIH TERTARIK dengan AMARAN Allah di mana WANITA solehah itu LEBIH INDAH dan lebih BERMARUAH apabila menjaga auratnya dari PANDANGAN dunia..indahnya SYARIAT menutup aurat, bermaruah dan bersopan..kerana aku ingin bergelar solehah, aku akan terus BERMUJAHADAH untuk mendapatkannya..~

>>> Islam itu indah dan CANTIK kerana indah dan cantiknya AKHLAK yang menghiasi peribadi WANITA SOLEHAH..InsyaAllah..(✿◠‿◠)




AIR MATA ITU..

0comments
~..Jika kamu MENANGIS kerana lelaki, berhenti dan cuba FIKIR kembali..adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya? Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS? Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu? Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak? Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA? Boleh MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA? ~

>>> Kesat air mata itu..sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI..lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu..BERSABARLAH, berhenti menangis, berhenti berharap pada yang tidak pasti..YAKIN dengan JANJI Allah..orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK..(✿◠‿◠)




15 Oct 2011

.biar HATI sahaja yang BERBICARA..(✿◠‿◠)

0comments


✿ܓ..Kalau BERJODOH tidak ke mana..walau jauh, Allah dekat, dekat dan dekatkan lagi..sungguh, ATURAN Allah tidak dapat kita jangka..tinggal kita saja yang PERLU meminta dengan bersungguh-sungguh agar Allah BUKAKAN hati dia untuk melamar kita..✿ܓ

Kerana Allah lah Maha Kuasa MEMBUKANYA..kita, senyum...biar HATI sahaja yang BERBICARA..(✿◠‿◠)







>>> MENIKAHI orang yang kita cintai adalah suatu KEMUNGKINAN..MENCINTAI orang yang kita nikahi adalah sebuah KEWAJIPAN…
(。◕‿◕。)

13 Oct 2011

SABAR menanti..(✿◠‿◠)

0comments


ƸӜƷ..Hakikat diriku ingin MERISIK bukan untuk menyimpan hasrat BERCINTA ataupun ingin berpasangan sebelum AKAD menjadi saksi pernikahan..namun sebenarnya ia bertujuan untuk mengorak LANGKAH PERTAMA dalam mencari KEREDHAAN Allah melalui CARA yang DIHALALKAN olehNya iaitu PERKAHWINAN..

>>> Sesungguhnya kita sebagai HAMBA perlu BERUSAHA dalam setiap perkara kehidupan, namun kita perlu redha dan BERLAPANG DADA menerima setiap KETENTUAN Allah, meskipun HARAPAN dan HASRAT itu belum/tidak
kesampaian.. ƸӜƷ

SABAR menanti..(✿◠‿◠)

11 Oct 2011

DEKATKANLAH JIKA WAKTU MENGHAMPIRI..~♥~

0comments


Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah..

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah..

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya..

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa..

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari..

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti..

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga..

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri..

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya..

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI..

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki..

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia..

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..

Bismillahirahmanirahim…..
Ya Allah..KAU jauhi diriku dari sebarang fitnah dunia
Ya Allah, jauhi aku dari rijal yang cuba untuk mendekatiku
Aku Takut Ya Allah, dengan ancaman cinta syaitan…….

Ya Allah… bantulah urusanku..
Sungguh hatiku masih tertutup untuk keadaan seumpama ini.
Jika wanita lain, mungkin menganggap ini sebagai aset kebanggaan
Tapi bagiku ini MUSIBAH….
Ya Rabb, andai jodohku benar2 sudah sampai seruannya
Maka, jentik hati sang adam, sesiapapun yang KAU perkenankan
Untuk menjadikan aku sayap kiri perjuangannya….

Aku takut Ya Allah…..
Takut yang amat sangat…..

Dan bilamana akhirnya kami berdua bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:

~Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna. Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat..Dan Engkau akan membuat segalanya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan…
Amin ya Robb..~

bila hati terdetik .....ღ♥●

0comments


Ada yang bertanya tentang hati ini, di mana ia berlabuh nanti? Sejujurnya diri ini juga tidak pasti, ke mana ia akan dibawa pergi..kerana diri ini tidak mampu juga memahami...Adakah diri TERBAIK untuk memiliki? Juga dalam redha serta barakahNya nanti..

Jadi ku serahkan hati ini pada Illahi..kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui dan semuanya hanya berjalan dengan ketentuannya Illahi..


8 Sept 2011

Dugaan Hidup : Interpretasi Pengurniaan Darjat

0comments

Kehidupan mematangkan kita. Ranjau dunia yang perit serta memori indah yang tersulam merupakan suatu momentum dari Ilahi bagi membersihkan insan daripada segala kelemahan diri.
Setiap perkara yang terjadi, bersamanya ada hikmah yang tersembunyi. Hukamak ada berkata, semakin lambat seseorang insan itu redha atas takdir yang terjadi, maka semakin lambatlah mata hati dapat menyingkap hikmah yang tersirat.
Ahli sufi ada berbicara, semakin tinggi maqam (darjat) seseorang insan menurut Tuhannya, justeru semakin tinggilah dugaan hidup yang ditempuhnya.
Tatkala kita diuji dengan berbagai-bagai onak cabaran yang memeritkan, ingatlah bahawa Allah itu ada. Dia menguji kita supaya dapat memastikan adakah kita seorang hamba yang penyabar serta redha, atau sebaliknya.
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat..." [Surah al-Baqarah, 2:186]
"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa Maha Pengampun." [Surah al-Mulk, 67:2]
Kadangkala rencah musibah yang menggoncangkan jiwa bagai dirasa sekadar sia-sia. Namun begitu, ingatlah teman bahawa seorang Muslim tidak akan merasa rugi lantaran janji-janji yang telah terpateri.
"Dari Abu Said al-Khudri radh. dan Abu Hurairah radh. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah S.A.W bersabda; Tiada seorang Muslim yang ditimpa musibah, keletihan, sakit, terganggu fikirannya, sedih, bimbang, kecemasan sehingga tercucuk dengan duri sekalipun melainkan diampuni akan dosa-dosanya." [HR Bukhari]
Persis seorang pelajar cemerlang yang gigih menahan segala dugaan demi manggapai segulung kejayaan, begitu juga kehidupan sebagai pertempuran antara nafsu dan Iman. Kesukaran yang melanda memerlukan dominasi Iman yang optimum lantas ligat merencana formasi kesabaran demi manggapai kemuliaan khalifah di muka bumi Allah.
Allah yang Maha Bijaksana sengaja menyembunyikan khazanah kemuliaan amalan Iman dari mata kasar insan agar hanya barisan yang menyemat komitmen yang jitu layak diuji bagi melayakkan pengurniaan darjat yang lebih tinggi diberi.
Solusi kerungsingan yang dirasai sebenarnya bermula dari dalam diri. Ibarat dalam huru-hara kancah peperangan, laskar yang tidak berfikiran tenang akan sukar merangka strategi serangan balas malah tindak-tanduknya akan terburu-buru lalu kemungkinan maut baginya adalah hampir. Redha dan sabar merupakan aset seorang Muslim tatkala mengharungi pancaroba duniawi.
"Dari Anas radh. meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda; Sesungguhnya besarnya pahala adalah bergantung dengan besarnya ujian atau penderitaan. Dan sesungguhnya apabila Allah mengasihi sesuatu kaum. Dia akan menguji mereka (dengan penderitaan). Oleh sebab itu, barangsiapa yang redhai ujian Allah, Allah juga akan meredhainya. Dan barangsiapa yang tidak redha, maka Allah juga tidak meredhainya." [HR Tarmizi]
"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan janganlah (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman." [Surah Ali Imran:139]
"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta dengan orang-orang yang sabar." (Surah al-Baqarah:152-153]
"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghapuskan kesusahan." [Surah al-Naml :62]
"(iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata; "sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu adalah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjik hidayat-Nya." [Surah al-Baqarah: 156-157]
Dugaan adalah peringatan. Saat mentaliti leka dek hempasan halusinasi duniawi, dugaan adalah ayat-ayat Tuhan yang mengingatkan hakikat kehidupan duniawi adalah demi ukhrawi. Musibah selaku pengikis dosa menyucikan insan daripada khilaf agar ia termaaf.
Usah risau andai tandusnya nikmat, tetapi risaulah jika hidup seakan-akan istidraj. Semoga perkongsian yang sedikit ini adalah saham Akhiratku yang kekal.
wassalam.

Ayat-Ayat Cinta

Aku memohon hari yang panas sempurna, agar aku bisa menikmati kenikmatan alam buana. Namun Dia menurunkan petir yang bising.. merenggut harapanku. Dia mentakdirkan gerimis, kemudian hujan yang lebat lagi dingin. Aku hampa kecewa. Ujarku,"Tuhan tidak adil!.. memberiku yang aku tidak mahu." Aku terus bermurung durja. Kedinginan kian suam, gerimis kian menghilang. Kornea mataku menyaksikan transformasi semesta. Aku terpana. Rupa-rupanya Dia ingin mengurniakan aku pelangi yang mempesona. Sungguh menakjubkan ciptaan-Nya. Ujian adalah manifestasi pelangi yang menjadi ayat-ayat cinta-Nya.

6 Sept 2011

Indahnya Hidup Dihiasi Kemanisan Iman

0comments

Kemanisan Iman dapat dirasai bila sepenuhnya cinta adalah untuk-Nya,
Kemanisan Iman itu dirasai bila adanya sifat tawaduk dalam diri.
Adakah aku layak untuk merasai satu kemanisan Iman yang dijanjikan Allah untuk hamba-Nya?
Aku merasakan masih banyak dosa yang sudah aku lakukan,
Seringkali terlupa akan setiap pemberian-Nya,
Mula mencari cinta-Nya apabila dilanda musibah,
Masihkah ada ruang untukku mencari keredhaan-Nya?
Masih terbukakah pintu-Nya untukku?
Adakah aku telah terlambat untuk merebut cinta-Nya?
Aku tahu Imanku hanya setebal kulit bawang,
Jika digugat, pastinya terkoyak,
Jika dipelihara, pastinya akan bertambah tebal,
Bagaimana untukku pelihara harta ini?
Agar terus terpelihara,
Dari noda dan dosa yang menghancurinya,
Aku tahu bahawa kadang-kadang Iman kita menjadi kuat,
Mampu menangkis serangan syaitan laknatullah,
Aku tahu bahawa kadang-kadang Iman kita menjadi lemah,
Kalah dengan permainan iblis terkutuk,
Mula melupakan cinta pada Allah Azza Wajalla.
Iman ini merupkan pintu untuk pembentukan jati diri seorang insan,
Seorang insan yang hebat mempunyai Iman yang kental,
Tidak mudah tunduk dengan permainan hidup,
Seorang insan yang mempunyai Iman yang lemah,
Akan segera tunduk dengan permainan hidup,
Terus menyerahkan nasibnya tanpa terus berusaha,
Menganggap dirinya hina dan tidak mampu untuk berjuang.
Wahai semuanya,
Kemanisan Iman itu sentiasa ada untuk dirimu,
Terserah kepada kita untuk mencarinya,
Atau...
Melepaskan ia pergi.

19 Aug 2011

Layanan ala banduan...benarkah..part II

0comments

Ingat tak entry sebelum ini mengenai layanan ala banduan itu, kan sang pena ada menyentuh mengenai barang larangan yang TIDAK boleh dibawa ketika berada di dalam kawasan penjara?? Di bawah ini ada sang pena senaraikan beberapa barangan yang tidak boleh dibawa ketika kita berada dalam kawasan penjara. Diharap salah faham yang berlaku dapat diperjelaskan.


Barangan yang menjadi larangan di penjara.

1.       Telefon bimbit ( Handphone)
2.       Kamera
3.       Semua jenis barangan elektronik
4.       Duit tidak melebihi RM10
5.       Makanan dan minuman
6.       Artikel larangan ( majalah , buku dan lain-lain)
7.       Dadah, ganja, rokok dan seumpanya yang menjadi kesalahan
8.       Senjata dan peralatan tajam..

Inilah yang sang pena ingat yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam penjara. Semua ini menjadi barangan larangan dan boleh dijatuhkan kesalahan jika ditangkap membawanya secara seludup dan sembunyi.

Satu lagi yang sang pena ingin berkongsi dengan semua mengenai penjara ini adalah mengenai konsep yang jabatan penjara jalankan sekarang. Jabatan penjara kita lebih mengambil pendekatan PEMULIHAN kepada semua pesalah dan banduan daripada konsep TAHANAN yang tidak membawa banyak perubahan kepada mereka. Melalui konsep PEMULIHAN yang dijalankan maka mereka yang pernah ditahan ini dapat kembali ke pangkuan masyarakat dan menjadi insan yang mulia.

Jadi di sini jelas, pelajar yang dikatakan dipukul itu tidak benar, kerana sekarang wardan penjara sendiri tidak mempunyai kuasa untuk memukul banduan di dalam penjara kerana terdapat akta yang melindungi mereka, lebih-lebih lagi pelajar ini adalah bawah umur dan Akta Kanak-Kanak 2001 melindungi mereka.

Diharapkan siasatan yang akan dijalankan nanti akan menjelaskan segala-galanya. Mereka yang benar akan sentiasa berada di pihak yang benar walaupun mereka difitnah sekalipun.

14 Aug 2011

shoping raya!!!

0comments


Raya bakal menjelang tak lama lagi kan..tentu semua sedang sibuk menjalankan persiapan kan?? Sang pena pun lebih kurang macam semua juga tidak terlepas daripada membeli belah untuk raya nanti..

Cuma kali ini sang pena ingin menyentuh raya kita masa kecil dan raya kita bila dah meningkat remaja dan dewasa ini. Mungkin ini berlaku pada diri kita, tapi kita tidak menyedarinya..

Sang pena dah beli baju raya dan tempeh baju raya sebelum ramadhan lagi. Memang begitu lazimnya yang ibu sang pena lakukan setiap tahun sejak sang pena kecil lagi. Persiapan awal dibuat takut nanti tidak sempat.
Ingat tak masa kita kecil-kecil dulu kebanyakan daripda kita akan mempunyai baju raya yang sedondong dengan keluarga kita, dah macam boria… dan setiap tahun akan mempunyai tema baju raya yang akan dipakai pada pagi hari raya. Seronakkan masa kecil-kecil dulu masa nak beli baju raya.




Tapi bila kita dah besar ini, masih nak ker lagi kita pakai baju yang macam boria ini?? Tentu ada yang malu..tak nak la tak moden..kalau kecik-kecik dulu boleh lah…kemana hilangnya kehormonian itu kan??
Masa sang pena teman pak cik sang pena beli baju untuk anak-anak dia merangkap adik sepupu sang pena, macam-macam keletah orang yang sang pena lihat..

Beli baju budak tingkat paling atas sekali, semua yang kecik-kecik ini nak baju yang sama dengan abang dan kakak mereka, yang abang dan kakak yang dalam usia sekola rendah nie pula nak baju yang sama dengan mak ayah diaorang, jadi satu family satu warna..cantik jer tengok..

Bila turun kat tingkat bawah nak cari baju untuk mak cik sang pena pula, sang pena terlihat sepansang kekasih dua sejoli ini..mereka memilih untuk mengayakan warna sepadan di pagi raya ini..itulah situasi yang berlaku sekarang ini..apa-apa jua yang kita buat kita mesti melebihkan orang lain yang tiada ikatan darah dengan kita daripada orang yang mempunyai darah dengan kita??? tidak adalah salahnya tapi cuma janganlah kita MELEBIHKAN orang lain...

Kenapa harus begitu..kasihan si ibu dan si ayah..mereka yang telah membesarkan kita, tapi mengapa kita buat mereka begitu?? Apakah silap mereka mendidik kita?? Apakah tidak cukup kasih dan sayang yang telah mereka taburkan sejak kita tidak tahu apa-apa??

Hargailah mereka semasa hayat mereka masih ada ini. Luangkan masa bersama mereka. Mungkin masa mereka berada di dunia ini tidak lama. Jangan kita menyesal di kemudian hari..tiada gunannya…

maafkan aku wahai sahabat

0comments


Sahabat….

Sahabat kau adalah anugerah terindah bagi aku…
Kehadiranmu menjadi penyeri dalam hidup aku…
Aku sepi tanpamu…

Tapi kenapa sekarang sikapmu semakin berubah???
Atau aku yang berubah???
Aku rindu kenangan  kita sewaktu di bangku sekolah dulu….
Suka duka kita tempuhi bersama…


Ingat tak kita pernah bergaduh setahun lebih kita buat haluan masing-masing….
Tapi akhirnya kita bersatu kembali…
Tapi kenapa kini kau mahu mengulangi sejarah itu kembali…

Maafkan aku sahabat jika aku ada menguris perasaan mu…
Aku menegur mu kerana aku sayangkan dirimu..
Aku juga tahu bahawa diri aku bukanlah insan yang terbaik..
Tapi aku cuba untuk menjadi yang terbaik…
Kita sama-sama untuk menjadi yang terbaik…

Sahabat..moga ikatan ukhuwah antara kita akan bertaut kembali
Wahai sahabat….aku sentiasa menantimu kembali seperti kembali…
Tapi jika jalan itu yang telah kau pilih ak redha..

Agar kau temui kebahagian mu itu…
Aku akan sentiasa mendoakannya…


13 Aug 2011

Jangan berharap bahagia itu datang jika…..

0comments


Masih ingat lagi entry sang pena mengenai “Pernakah kita terfikir”….di sini sang pena ingin menyambung sedikit mengenai entry tu…

Kita secara umumnya lebih sayang insan yang kita gelar kekasih daripada insan yang telah melahirkan dan membesarkan kita…kadang-kadang kita sedar realiti itu tapi apa tindakan kita?? Adakah kita buat sesuatu?


Fikirlah jawapan hanya ada pada diri kita sendiri.

Seorang sahabat menghantar sms pada sang pena

“ kenapa kita rasa kita dah buat sehabis baik tapi kita rasa masih kekurangan”

Pernah kita melalui saat-saat begini…dan pernah juga kita bertanya kepada diri kita mengapa kita mesti melalui semua ini? Kenapa tidak bahagia itu datang kepada diri kita, bahagia yang kita cari…

Selalulah kita bertanya kepada diri kita, apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita, sepanjang hari hidup kita..adakah kita telah menjadi insan yang baik…

Adakah juga kita tidak menjadi anak yang baik dengan berbuat baik kepada ibu bapa kita. Satu perkara yang sang pena ingin ingatkan pada diri sang pena, hati ibu bapa perlulah kita dahului dah jaga. Kerana segala kebahagian dan keberkatan terletak pada doa dan restu mereka.



Jangan sesekali berbohong kepada mereka untuk kepentingan dan kebahagian yang kita hendak cari bersama kekasih kita. Sekarang ramai remaja yang keluar berdate tanpa memberitahu ibu bapa kita, malah ada yang sanggup menipu mereka, di sini jelas kita telah meletakkan sang kekasih itu no satu di hati kita, dan telah melupakan Allah, dan ibu bapa kita untuk berada di hati, yang penting si dia bahagia, tapi yang jadi sebaliknya.

Sebelum kita bertanya kemana bahagia itu menghilang tanylah dalam diri kita bagaimana kita mencari bahagia itu, adakah bahagia yang kita cari itu atas dasar kesakitan orang lain?

Bahagia akan datang pada orang yang sebenar-benarnya kenal erti KEBAHAGIAN itu..

Layanan ala banduan...benarkah..

0comments
    
        Baru-baru ini kita digemparkan dengan kes pelajar sekolah yang dilayan seperti banduan. Benarkah ini terjadi kepada mereka. Disini sang pena ingin mengulas sedikit berita yang agar mengemparkan ini jugalah. Sang pena mengulas ingin mengulas berita ini disebabkan ada sesuatu yang sang pena ingin kongsikan bersama semua. Ini juga adalah berdasarkan pengalaman sang pena selam dua bulan menjalankan latihan industri dibawah jabatan penjara.

Dibawah ini adalah keratan berita yang sang pena ambil dari Akhbar Kosmo.

Seramai 33 pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda (SMKBBU) di sini mendakwa mengalami penderaan fizikal dan dilayan seperti banduan semasa menjalani program motivasi di Penjara Kluang hujung minggu lalu.

Ketika program selama tiga hari dua malam bermula Jumaat lalu itu, mereka mendakwa diarah oleh warden penjara memakai pakaian banduan selain digari, ditampar, dipukul dan ditumbuk di perut hingga ada pelajar menangis.

Seorang peserta, Mohd. Rafsanjani Mohd. Rafi, 16, mendakwa, pihak sekolah memaklumkan bahawa program tersebut adalah untuk para pelajar yang mempunyai masalah disiplin.

“Apabila tiba di penjara, kami diminta menyerahkan barangan peribadi dan rambut kami dipotong sehingga pendek sebelum dibawa ke asrama.

“Keesokan harinya, ketika lawatan di penjara, saya terkejut apabila dimarahi dan dicekik oleh warden penjara,” dakwanya di sini semalam.

Katanya, dia dipilih mengikuti program berkenaan kerana ponteng sekolah selama 10 hari, tahun ini.



disini sang pena dapat mengulas serba sedikit melalui pengalaman yang ada.

“......memakai pakaian banduan selain digari, ditampar, dipukul dan ditumbuk di perut hingga ada pelajar menangis.”


         Kenyataan yang diberikan ini bagi sang pena palsu semata-mata ( jika ianya benar-benar berlaku kepada si pelaku maafkan sang pena). Apabila seseorang itu didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara, maka akan ada beberapa prosedur yang perlu mereka lalui sebelum menjalani tahanan mengikut tempoh tahanan yang dikeluarkan mahkamah.

         Sang pena juga ada mendengar bahawa mereka turut dibogelkan semasa kursus motivasi ini. Jika mereka seorang pesalah dan banduan, ya mereka akan dibogelkan, ini adalah prosedur yang penting yang perlu mereka lakukan. Ianya dilakukan untuk memeriksa keseluruhan badan mereka agar tidak membawa masuk segala barang yang terlarang. Sang pena juga difahamkan ada diantara mereka yang ditahan di penjara sangup memasukan barang terutamanya dadah kedalam badan mereka dan apabila mereka membuang air besar, dadah tersebut akan keluar bersama. Jika nak bercerita mengenai itu terlalu panjang. Ada masa sang pena akan berkongsi dengan semua.

“Apabila tiba di penjara, kami diminta menyerahkan barangan peribadi dan rambut kami dipotong sehingga pendek sebelum dibawa ke asrama.

           Menyerahkan barangan peribadi itu menjadi kemestiaan bagi mereka yang datang ke penjara. Walaupun mereka seorang wardan penjara mereka juga tidak dibenarkan membawa barangan peribadi mereka. telefon bimbit, duit tidak melebih rm10, kamera dan pelbagai lagi barangan larangan yang tidak boleh dibawa ke kawasan penjara. Bagi pelawat yang datang juga tidak kira mempunyai pangkat atau tidak mereka akan diberikan kunci untuk menyimpan semua barang larangan tersebut.

     Bagi rambut mereka yang dipotong itu pula bagi sang pena, ia mungkin ini menginsafkan mereka agar tidak mengulangi kesalahan mereka.

       Penjara adalah kawasan larangan bagi orang awam, dan tidak semua yang bertuah dapat masuk penjara. Sang pena dapat peluang masuk penjara pun disebabkan menjalankan latihan industri. Prosedur nak masuk penjara susah ( bagi mereka yang tidak melakukan kesalahan) sebab ia adalah kawasan LARANGAN.

        Sang Pena berpendapat mereka hanya diperlihatkan kehidupan di penjara, bagaimana sengsaranya hidup dipenjara. Kebiasaanya juga sekolah-sekolah yang membuat lawatan ke penjara dan di tempat sang pena menjalankan latihan industri ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah displin di sekolah. Guru akan membawa mereka melawat kehidupan di penjara, dan itupun tidak semua yang didedahkan kepada mereka, atas dasar keselamatan.

     Ini hanyalah pandangan sang pena melalui pengalaman yang sang pena lalui selama dua bulan berada di jabatan penjara.

Setiap orang melakukan kesalahan, tapi orang yang melakukan kesalahan itu menjadi lebih baik daripada orang lain yang tidak melakukan kesalahan apabila mengakui dan tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.


klik..klik di pagi hari..

0comments
Bangun pagi tadi tengok bunga kaktus dah berbunga..so apa lagi ambik kemera n bermulalah klik-klik…mula-mula ingat nak ambil gambar kaktus jer pas tue..mood rajin dtg plak jadi hampir semua pokok yang my mum tanam....

nie namanyer kaktus..masa nie lebih kurang jam 7.00 pagi..kembang dia cantik kan...







nie plak pada jam 10.00 pagi..dah kuncup..bunga nie memang jap jer kembangnyer..





nie plak namanyer bunga jarum..masa sang pena kecik suka sangat minum air dari bunga nie manis..ada dua warna satu merah dan satu lagi pink..



sapa tak kenal dengan bunga raya..bunga kebangsaan kita. di rumah sang pena ada dua warna..merah dan oren..






bunga warna puti nie sang pena tak tahu namanya tapi cantik kan..







nie pula bunga anggrik atau orang lebih mengenalinya orkid..bunga nie seorang sahabat yang bagi pada satu ketika dahulu..dan mak sang pena yang tanamkannyer..



pas dah tgk bunga jom tgk sayur dan pokok buah per yang ada pula..




ulam tengek burung

pokok pinang



petai belalang


ulam pegaga

mahluk Allah..





 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates