26 Dec 2013

Dua hati yang telah lama bersatu...

Dua hati yang telah lama bersatu, pena bukanlah nak berjiwang untuk entri kali ini, tapi sekadar nak berkongsi sesuatu yang mungkin kita tidak sedar.


Dua hati yang telah lama bersatu di sini pena maksudkan ialah hati pena dan bonda pena. Yang telah lama bersatu sejak azali lagi, sejak pena di dalam rahim ibu pena lagi. Bagaimana kasih dan sayangnya sewaktu mengandungkan pena,melahirkan dan membesarkan pena sehingga sekarang.



Dan hati yang bersatu ini tidak akan berpisah sehingga akhirnya kerana ia adalah kasih yang suci dan bersih. Pena membesarkan dengan kasih sayang seorang wanita yang bergelar ibu dan dalam masa yang sama menjadi ayah kepada pena. 

Semasa pena ingin menyambung pelajaran ke pantai timur pada tahun 2008, berat hati ini ingin meninggalkan umi keseorangan tapi apakah daya, pena terpaksa kerana ia adalah pergorbanan yang perlu kami lakukan untuk masa depan yang lebih baik...

Alhamdulliah empat tahun itu telah berlalu, semuanya selamat, walaupun liku untuk mengharunginya banyak cabaran dan dugaan yang mendatang tapi kami telah menempuhnya.


Sekali lagi pena terpaksa meninggalkan umi keseorangan di rumah dan kali ini kerana pena mencari rezeki di hutan batu. Jika semasa belajar dahulu pena hanya pulang ke kampung hanya pada cuti semester kerana jarak dan kos yang perlu dipertimbangkan, tetapi kini soal jarak tidak menjadi masalah, kerana kuala lumpur melaka hanya mengambil masa 3 jam (sbb pena masih new driver) jika hendak dibandingkan dengan terengganu melaka tyang mengambil masa 8 jam , tetapi soal lain juga masih perlu dipertimbangkan.

Sebelum berhijjrah ke hutan batu ini, pena telah berjanji akan cuba pulang sekerap yang mungkin paling tidak dua minggu sekali. Sebab pena tidak mahu berjauhan dengan umi, kerana dia adalah satu-satunya mutiara dan harta yang pena ada..


Untuk dua bulan pertama ia berlaku dengan baik, tetapi apabila masuk bulan ketiga, ia tidak menjadi seperti yang dirangcang...

"Umi, ain balik minggu depan lepas gaji ek"
"Tak yah balik, balik tahun depan jer cuti raya cina, lama sikit kat rumah"

Agak tergaman bila umi sang pena berkata demikian, agak menitis air mata ini. tetapi keesokan harinya bila pena telefon umi semula dan pujuk cakap nak balik balik minggu selepas gaji umi menerangkan..

"Tak yah la balik, bukan dapat RM20-30 balik kan, duit minyak duit tol semua nak kirakan, simpanlah duit yang nak buat balik tue, umi ok kat cni, makan minum semua cukup, beras pun ada lagi, umi tak susah"

Ya Allah menitis air mata ini bila umi cakap begitu, umi kasihkan anaknya di hutan batu ini, sememangnya buat masa ini pendapatan pena bukanlah besar dan sejujurnya pena masih belum mampu nak menaggung umi. Benarlah orang pernah berkata seorang ibu boleh membesarkan 10 anak, tapi 10 anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu..



Bagaimana pula dengan pena, pena seorang ini masih belum dapat menjaga umi dengan baik. Tapi in shaa allah satu hari nanti jika diberikan keizinan dari Allah pena akan dapat memberikan yang terbaik untuk umi, sebagaimana umi telah memberikan yang terbaik untuk pena..



Itulah dua hati yang telah lama bersatu akan mengerti dan memahami antara satu sama lain. Ia begitu indah dan hanya yang merasainya akan lebih memahaminya.



Sayang dan rindu pada umi...


4 comments:

me said...

hebat !

nur ain said...

;-)

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

sedih nak meninggalkan orang yang kita sayang

nur ain said...

selagi mereka msh ada...sayangi mereka ;)

Post a Comment

 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates