26 Dec 2013

Dua hati yang telah lama bersatu...

4comments
Dua hati yang telah lama bersatu, pena bukanlah nak berjiwang untuk entri kali ini, tapi sekadar nak berkongsi sesuatu yang mungkin kita tidak sedar.


Dua hati yang telah lama bersatu di sini pena maksudkan ialah hati pena dan bonda pena. Yang telah lama bersatu sejak azali lagi, sejak pena di dalam rahim ibu pena lagi. Bagaimana kasih dan sayangnya sewaktu mengandungkan pena,melahirkan dan membesarkan pena sehingga sekarang.



Dan hati yang bersatu ini tidak akan berpisah sehingga akhirnya kerana ia adalah kasih yang suci dan bersih. Pena membesarkan dengan kasih sayang seorang wanita yang bergelar ibu dan dalam masa yang sama menjadi ayah kepada pena. 

Semasa pena ingin menyambung pelajaran ke pantai timur pada tahun 2008, berat hati ini ingin meninggalkan umi keseorangan tapi apakah daya, pena terpaksa kerana ia adalah pergorbanan yang perlu kami lakukan untuk masa depan yang lebih baik...

Alhamdulliah empat tahun itu telah berlalu, semuanya selamat, walaupun liku untuk mengharunginya banyak cabaran dan dugaan yang mendatang tapi kami telah menempuhnya.


Sekali lagi pena terpaksa meninggalkan umi keseorangan di rumah dan kali ini kerana pena mencari rezeki di hutan batu. Jika semasa belajar dahulu pena hanya pulang ke kampung hanya pada cuti semester kerana jarak dan kos yang perlu dipertimbangkan, tetapi kini soal jarak tidak menjadi masalah, kerana kuala lumpur melaka hanya mengambil masa 3 jam (sbb pena masih new driver) jika hendak dibandingkan dengan terengganu melaka tyang mengambil masa 8 jam , tetapi soal lain juga masih perlu dipertimbangkan.

Sebelum berhijjrah ke hutan batu ini, pena telah berjanji akan cuba pulang sekerap yang mungkin paling tidak dua minggu sekali. Sebab pena tidak mahu berjauhan dengan umi, kerana dia adalah satu-satunya mutiara dan harta yang pena ada..


Untuk dua bulan pertama ia berlaku dengan baik, tetapi apabila masuk bulan ketiga, ia tidak menjadi seperti yang dirangcang...

"Umi, ain balik minggu depan lepas gaji ek"
"Tak yah balik, balik tahun depan jer cuti raya cina, lama sikit kat rumah"

Agak tergaman bila umi sang pena berkata demikian, agak menitis air mata ini. tetapi keesokan harinya bila pena telefon umi semula dan pujuk cakap nak balik balik minggu selepas gaji umi menerangkan..

"Tak yah la balik, bukan dapat RM20-30 balik kan, duit minyak duit tol semua nak kirakan, simpanlah duit yang nak buat balik tue, umi ok kat cni, makan minum semua cukup, beras pun ada lagi, umi tak susah"

Ya Allah menitis air mata ini bila umi cakap begitu, umi kasihkan anaknya di hutan batu ini, sememangnya buat masa ini pendapatan pena bukanlah besar dan sejujurnya pena masih belum mampu nak menaggung umi. Benarlah orang pernah berkata seorang ibu boleh membesarkan 10 anak, tapi 10 anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu..



Bagaimana pula dengan pena, pena seorang ini masih belum dapat menjaga umi dengan baik. Tapi in shaa allah satu hari nanti jika diberikan keizinan dari Allah pena akan dapat memberikan yang terbaik untuk umi, sebagaimana umi telah memberikan yang terbaik untuk pena..



Itulah dua hati yang telah lama bersatu akan mengerti dan memahami antara satu sama lain. Ia begitu indah dan hanya yang merasainya akan lebih memahaminya.



Sayang dan rindu pada umi...


20 Dec 2013

Bagaimana... dan kenapa....?

0comments
Tajuk untuk entri kali ini dimulakan dengan pertanyaan.. kenapa? Sebab pena nak kita semua berfikir bagaimana dan kenapa satu bahagian yang terdapat dalam tubuh badan kita boleh mati, tetapi kita masih boleh hidup, tapi kita hidup bukan dalam rahmatNya... Bunyi seperti menakutkan, tetapi itulah realitinya.

Dan sebab terjadinya adalah bukan kerana benda yang menyakitkan tetapi benda yang menyeronakan...

Kenapa? Sebab dengan banyaknya ketawa boleh menyebabkan sang hati atau dalam bahasa romantisnya heart dalam dalam Al-Quran disebut seketul daging, jika elok daging itu maka eloklah semua..


Begitu indah aturan yang telah ditetapkan, tetapi mengapa kita pilih untuk lebih banyak ketawa daripada mengeluarkan butiran mutiara? Semua jawapan masih tetap berada di situ.Cuba kita ambil sedikit masa untuk berfikir dan muhasabah diri sepanjang perjalanan hidup kita ini yang mana lebih banyak dalam hidup kita, suara kegirangan atau suara tagisan.



Antara sedar dan tidak kini terlalu banyak rancangan hiburan yang membuatkan kita leka, tidaklah perlu pena list satu persatu rancangan yang telah dihidangkan. Pena bukanlah seorang yang anti sosial yang tidak sukakan hal keduniaan ini, sekadar untuk mengambil tahu sudah cukup rasanya agar tidak dikatakan tidak ketinggalan.

Walau bagaimana pun pena tidak menafikan bahawa dengan ketawa juga merupakan satu terapi, tetapi gunakanlah nikmat terapi pada jalan dan tempat sepatutnya

Kita yang mengawalnya, dan sebagai pengawalnya kita kawal la dengan seeloknya agar ia tidak mati...

mari kita hayati bait-bait lagu demi masa dari raihan
   
"Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah

Hiburkan hati yang masih gelisah
ubati hati yang terluka
Ikat kembali persahabatan
dengan iman dan kasih sayang"

Sebelum pena akhiri entri kali ini satu pesanan yang ingin dikongsikan

"Dunia sekarang orang yang tidak seharusnya diangkat dan dijulang telah menjadi pujaan ramai, kepopularitan mereka telah mengalahkan para daie dan cendiakawan islam serta para mujahidin... itulah salah satu tanda akhir zaman...berhati-hatilah semua teman-teman..."

19 Dec 2013

Kita Sekadar hamba...

2comments
Si A bagitahu si B, yang C,D,E,F,G,H,.... tak suka kat dia... tapi apa yang si B boleh buat, berdiam diri jer la tak nak masuk campur.

tapi... adakah kita pernah kita dan sedar kenapa orang tak suka dengan kita? adakah ia kerana sikap dan tingkah laku kita, apa kata kita check list mengenai diri kita sebentar, muhasabah di malam jumaat ini mungkin ia dapat memberi keyakinan dan kekuatan dalam diri kita. semua orang tidak sempurna dan sukar hendak sempurna di mata semua orang, menerima kekurangan dan kelemahan adalah terbaik, jika tidak suka pun tegurlah agar dapat diperbaiki kekurangan itu, dan bagi yang ditegur terima dengan hati yang tenang, dan jangan melenting atau berkecil hati ini kerana ia adalah untuk kebaikan diri sendiri...

Kehidupan ini sebenarnya dan sepatutnya membuatkan kita menjadi matang, tidak semua orang boleh menerima kita seadaanya, dan kita seharusnya menerima hakikat tersebut tetapi jangan jadikan ia sebagai alasan untuk kita lemah dan berputus asa, bukti pada mereka yang adalah yang terbaik untuk diri kita. walaupun kita tidak dapat membuka mata mereka tapi kita telah berusaha untuk melangkah ke arah yang lebih baik.

Manusia memang tidak lari  daripada sifat mengkritik dan manusia juga lebih nampak keburukan daripada kebaikan. seperti kain putih, hitam yang setitik juga yang dilihatnya daripada putih yang besar itu. Oleh itu jangan mudah goyoh dengan kehidupan. Seperti orang dahulu kala pernah berkata

"Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tak boleh"

Kita memang tak boleh nak tutup mulut atau kunci mulut orang daripada nak berkata-kata, tetapi  kita boleh menjadi lebih baik dengan mulut mereka, tidakkah itu sesuatu yang indah? Bukankah ia mudah untuk menjadi baik?

Apabila kita melihat sesuatu perkara hanya dari sudut negatif, sebenarnya semua perkara yang positif pun akan dinilai negatif, tetapi jika perkara yang negatif ditukar kepada positif kita akan menjadi lebih proaktif dalam kehidupan...



In Shaa Allah..

Oleh itu jangan terlalu nak bermanja dengan liku-liku kehidupan, kerana Allah bagi kita kehidupan pada kita untuk kita menjadi khalifah yang terbaik dan yang terbaik perlu melalui suka duka , pahit manisnya hidup....

11 Dec 2013

Masanya akan sampai satu hari nanti...Barakallah teman-teman....

0comments

Cuti sekolah memang sangat sinonim dengan majlis perkahwinan, penyatuan dua jiwa menjadi satu... Syukur dan alhamdulliah kepada mereka yang bakal dan telah menyulam detik bahagia bersama insan yang telah ditakdirkan untuk bersama dunia dan akhir. Jagalah ikatan dan jangan sekali goyah dengan gelombang batera rumah tangga.




 Maaf juga kepada teman-teman yang telah menghantar utasan undangan ke majlis hari bahagia korang semua,kerana pena tidak dapat menghadirinya, hanya doa yang pena dapat kirimkan agar semua berada dalam keadaan bahagia hingga ke jannah.



Semestinya apabila melihat semua rakan-rakan telah dan akan meraikan hari bahagia mereka, dan terdetik di hati 

"aku bila lagi:" 



In shaa allah hari bahagia itu pasti akan hadir tepat pada masanya. Mungkin hati kecil kita berkata,

"lambat lagi aku nak bernikah sebab aku belum ada pasangan''



Jangan risau dengan janji Allah kerana ia adalah satu kepastian. Perbaiki diri kita dahulu, agar apabila tiba dan masanya pasangan kita akan terjua dengan kehadiran kita dalam hidupnya. Bukankah ia sesuatu yang indah? Dan semoga kita akan dipertemukan dengan pasangan kita dalam keadaan yang terbaik, dalam keadaan rahmat Allah. In Shaa Allah kerana disitulah kunci permulaan kebahagian.



Dan teman pena pun ada kata, 

"Jangan risau ia akan datang tanpa kamu sangka, macam akk, akk tak percaya yang akk tunang hari ini, ia berlaku secara pantas"


Dan perkara yang paling  indah adalah kita bercinta dengan si dia tanpa kita sedar? Bagaimana? Jawapannya adalah dengan doa... Mendoakan pasangan kita dan keluarganya tanpa kita mengenalinya adalah satu doa yang ajaib dan termakbul dan sampai dihatinyma. Dan apabila bertemu seperti mempunyai magnet dan seperti telah lama mengenali antara satu sama lain. Itulah kuasa doa..



Jika masih lagi memikirkan mengenai soal jodoh ini, apa kata kita ketepikan soal itu sebentar dan memikirkan apakah lagi matlamat dan tanggungjawab yang belum kita laksanakan...

In Shaa Allah, siapa tahu Allah akan bagi apa yang kita mahukan selepas tanggungjawab kita telah terlaksana? Dan mungkin sebab tanggungjawab yang belum terlaksana juga menyebabkan kita belum dipertemukan dengan si dia yang bakal menjadi ratu di hati.



Pena menulis entri ini sebab pena mahu mengingatkan diri pena juga yang kadang-kala alpa dan lupa dengan urusan dan tanggungjawab yang seharusnya digalas.

In Shaa Allah matlamat pena sekarang adalah umi pena. Pena sahajalah harapan umi dan besar tanggungjawab pena pada seorang ibu yang telah membesarkan pena dengan penuh kepayahan. Biarlah pena membahagiakan umi dengan kemampuan yang ada sebelum pena menjadi tanggungjawab orang lain satu hari nanti. 

In Shaa Allah 

Amen...

8 Jam dalam Sejarah...

0comments
Kenapa 8jam dalam sejarah untuk tajuk entri kali nie? Sebab memang sangat la dalam sejarah bila drive dari KL ke Melaka ambik masa 8 jam. Pena ni memanglag new driver, (walaupun dah setahun dapat lesen) dan alhamdulliah baru diberi kesempatan dan rezeki untuk memandu kereta sendiri. Tapi bukan pasal kereta yang pena nak cerita, tapi apa yang pena lalui selama 8 jam tue la.



Sepatutnya pena pulang ke kg hari sabtu lepas waktu pejabat, tetapi hati ini nak sangat pulang awal, sebab dah 3 minggu tak pulang...(anak tunggal la katakan). Kebiasaanya pena akan dr KL ke Melaka atau sebaliknya mengambil masa selama 3 jam jer walaupun orang lain 2 jam atau lebih cepat dari tu.

Tapi apa yang menyebabkan 8 jam adalah kejadian kemalangan yang teruk di Senawang berdekat susur keluar Pedas Linggi...Dalam kejadian tersebut dikatakan lebih kurang 6 buah kenderaan yang terlibat. Tetapi semasa pena melalui tempat kejadian setelah hampir 6-7 jam tersangkut dalam jem, hanya 4 buah kenderaan yang masih ada. 





Sepanjang dalam tempoh tersangkut dalam jem tue, pena tak dapat sebarang info mengenai kemalangan yang terjadi sehingga pena call umi pena. Sebenarnya pena nak buat kejutan pada umi pena yang pena pulang malam tue, tapi akhirnya pena yang terkejut sebab tersangkut dalam jem. Dan yang paling mengharukan handphone bateri kosong sebabkan terlupa dan cas dan kredit pun hanya cukup untuk sms jer... 





Tapi sepanjang dalam perjalanan yang tidak mengunakan pedal minyak tapi banyak kepada menekan pedal break, banyak yang pena pelajari. Pertama belajar mengenai erti kesabaran. Ye la ia sangat-sangat menguji kesabaran bila dalam keadaan yang begitu. Tapi tidak semua yang dapat bersabar dan alhamdulliah bagi mereka yang dapat bersabar dengan ujian ini. Daripada 3 lorong dilebuh raya tersebut dalam keadaan biasa, apabila terjadi keadaan seperti ini lorong yang 3 telah menjadi 5 lorong? Di sini kita dapat melihat bagaimanakah sikap yang dipamerkan itu. Kenapa 3 menjadi 5? Ia berkaitan dengan sikap kita sendiri dan kesempatan dan peluang yang diberikan

Yang pena dapat lihat manusia ini sering mengunakan kesempatan yang ada, peluang memang sentiasa ada, tapi bagi kita harus bijak memilih peluang yang ada itu adakah ia digunakan pada jalan yang tepat atau tidak. Lorong pada mulanya adalah tiga lorong tetapi pada pertengahan jalan ia mula menjadi empat lorong kerana lorong kecemasan digunakan. Itu masih boleh diterima dan dimaafkan, tapi apabila empat lorong menjadi 5 lorong,memang ia akan menyakitkan pelbagai pihak. Ia bermula apabila semua kenderaan di lorong tengah dan kanan memberi laluan kepada pihak ambulan untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan dan terdapat segelintir pemandu-pemandu yang ada mengunakan peluang dan kesempatan yang diberikan mengekori daripada belakng. Ini bukanlah satu tindakan yang bijak selain mendatang kemarahan pemandu lain, ia juga boleh membahayakan diri mereka sendiri dan pemandu lain, serta boleh menyebabkan kemalangan juga. Jika mereka berada dalam keadaan waras, mereka tidak akan bertindak sedemikian rupa.

Jika kita melihat diri kita sebagai hampa Allah, dan yang membezakan kita diantaranya di sisi Allah hanyalah Takwa, pena rasa insiden yang pena lihat ini tidak akan terjadi. Pena tidak menyalahkan siapa-siapa dalam hal ini kerana semuanya datang dari kita sendiri. Laluan sekali lagi diberikan kepada mereka yang berpangkat? Hurm... Tepuk dada tanyalah hati. Pena tidak mahu mengulas panjang mengenai kerana masing-masing mempunyai padangan yang sendiri.

Sepanjang menempuh jem tersebut tue juga pena lihat banyak kereta, bas mahupun lori yang tersadai di bahu jalan mahupun di lorong kanan. Sama ada ia rosak ataupun mengalami kemalangan kecil diantara kenderaan. Dan apabila sampai di hentian rehat (daripada seremban ke melaka hanya terdapat hentian rehat sebelah) penuh dengan orang dah macam pesta pun yer gak. dan kenderaan pun diletakan di bahu jalan untuk parking kerana parking kat r&r dah penuh rasanya....

Akhirnya pena selamat sampai ke rumah tepat pada jam 1.30 am..memang sangat penat dan alhamdulliah cuaca pada malam itu tidak hujan, dan jikalau hujan subuh agaknya pena sampai kerumah...

Isnin pagi semasa pena memandu pulang dari melaka ke Kl, terdapat satu lagi kemalangan berhampiran dengan tempat kemalangan tempoh hari dan pada kali ini ia melibat 3 buah lori.
Agak seram juga bila mendengar berita kemalangan ini, tetapi sebagai peringatan bagi semua berhati-hatilah ketika memandu.

3 Dec 2013

Aplikasi daripada pembelajaran Adobe Illustrator...

0comments

Entri pada kali ini pena hanya dan berkongsi dengan hasil kerja pena daripada pembelajaran Adobe Illustrator (AI). Pena memang minat dengan benda-benda yang berkaitan dengan graphic ini.. ia juga boleh menjadi nilai tambah dalam diri ini. Belajar la apa pun asalkan ia dapat memberi manfaat kepada diri kita dan masyarakat sekeliling..

AI ini pena belaja yang basic jer sahaja dan hasil kerja individu yang pertama yang pena dapat hasilkan adalah 'name card' atau kad nama.. Hehehe dulu masa zaman sekolah pena suka sangat dengan name card ini, dan jika semua masih ingat pada mereka yang lahir dalam zaman 80an-90an pasti ada name card masing-masing yang bercorak-corak yang pelbagai itu...dan akhirnya pena berjaya menghasilkan name card sendiri..rasa agak berbangga jugalah hehehe...




Ini adalah tugasan yang cikgu berikan setelah semua asas diajarkan. Dan selepas itu tugasan kumpulan pula adalah untuk menghasilkn banner..memang sangat mencabar bagi kami yang baru belajar basic ini, tetapi ia seronok.. dan disebabkan masalah teknikal yang jadi pada ketika itu pena dan kumpulan tidak dapat nak save banner tu..agak sedih juga lah..

Biasalah bila syarikat pergi hantar sesuatu kursus ini makna adalah tugas yang bakal menanti..dan pena telah pun ditugaskan untuk membuat banner dan banting perasmian bagi kelab kembara muslim, dah nama pun kerja di agensi pelancongan , jadi bagi menarik ramai lagi yang melancong dan dalam masa yang sama mengeratkan ukhuwah, jadi tercetuslah idea penubuhan kelab ini, walaupun ia percubaan pertama dan banyak kali juga design yang dihasilkan kurang memuaskan dan inilah hasil terakhirnya... dan kenapa banting ini besar daripada biasa? ada cerita disebaliknya dan ia mempunyai kaitan dengan entri pena sebelum ini..



Keihlasan dan dalam niat berkerja..jika dimulakan dengan niat yang baik in shaa allah segalanya mudah..

inilah hasilnya...



Untuk tidak lupa dan memahirkan lagi seni AI yang dah pena belajar, jadi pena dengan suka relanya pula buat cover cd untuk dihantar kepada para peserta korban...




Jadi janganlah kita berhenti dari belajar. Ilmu Allah sangat luas cuma ia terletak pada diri kita mahukan ilmu itu atau tidak. Ilmu yang ada juga kita harus berkongsi agar ia dapat menjadi amalan kita. In Shaa Allah..


1 Dec 2013

Apa yang kita sedar dan kita tidak sedar...Bermula dari bawah - Part two

0comments
 Jika entri sebelum ini pena menyentuh mengenai pengalaman kerja yang lebih penting daripada segala apa yang kita ada, tetapi pada kali ini, entri ini pena ingin berkongsi pengalaman yang sudah pena lalui dan pena bersyukur kerana dapat memperolehi pengalaman ini.



Bila kita menjadi orang bawahan, banyak yang perlu kita pelajari dan banyak yang akan kita pelajari daripada menjadi orang atasan terus tanpa melalui pengalaman menjadi orang bawahan. Itulah niat yang pena pasangkan semasa pena tamat belajar dahulu. Pena hendak bermula dari bawah dan seterusnya menjadi orang atasan yang memahami mereka yang dibawah. 



Menjadi kerani dan orang bawahan ini bukanlah perkara yang mudah. Apabila berada dibawah kita akan dibuli, itulah adalah perkara biasa. Tetapi apa kata kita positifkan perkataan buli itu menjadi lebih indah kepada mengajar untuk kebaikan kita.

Apabila kita menukarkan perkataan itu, secara automatik ia akan menukar niat kita untuk belajar dan hati kita juga dapat belajar dengan lebih tenang. Kenapa pena boleh berkata begini.. sebab perkara ini telah terjadi pada diri sendiri dan apabila pena muhasabah diri inilah yang pena perolehi.. Apabila kita melakukan tugas dengan hati yang merunggut dan tidak ikhlas inilah yang terjadi...melakukan kesilapan..walaupun ia kesilapan kecil tapi mereka yang berada diatas akan melihatnya besar...



Kesannya pada kita juga...jadi apabila kita menerima apa sahaja tugas walaupun itu bukan kerja kita terimalah dengan hati yang terbuka..sekurang-kurangnya kita dapat mempelajari ilmu baru... 

Itulah pengalaman yang kita perolehi daripada jika bermula dari bawah..jika kita terus berada diatas kita mungkin tidak dapat melakukan kesilapan dan memperbaikinya kerana orang bawahan kita tiada kuasa untuk menegur kesilapan yang kita lakukan. Berpeluang untuk bermula daripada bawah adalah satu peluang yang terbaik untuk kita memperbaiki diri kita.





Sentiasa tanamkan sesuatu yang posotif didalam minda kerana semuanya bermula dengan apa yang kita fikirkan. Jika kita memandang ia hitam maka ia akan hitam segalanya..tetapi jika ia sesuatu yang mempunyai warna-warni ia akan nampak indah. Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua. In shaa allah..


 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates