16 Nov 2012

Tolong Jagakan Dia Ya Allah (✿◠‿◠)

0comments

Hubungan antara dua jiwa
Yang berlainan jantina
Perlu ada batasnya
Perlu ada jaraknya
Perlu ada hadnya
Perlu ada pengawasnya
Melainkan sudah disatukan dalam ikatan yang teramat mulia
Dalam lafaz sakinah
Yakni dengan akad nikah.

Jika akad belum mengikat diri
Bentengilah hati
Kawallah hati
Pandulah pergaulan
Kekalkanlah jarak
Minimumkanlah urusan
Tegaskanlah peribadi

Kuatkan hati dan lisan untuk berkata 'TIDAK'
Pada perkara yang sia-sia
Pada perkara yang remeh-temeh
Pada perkara yang boleh melalaikan hati
Pada perkara yang boleh menggugah iman.

Namun, bagaimana jika sudah terlanjur mesra?
Bagaimana jika sudah terlanjur bergerak mengenali?
Bagaimana jka sudah terlanjur biasa bergurau senda?
Bagaimana jika sudah terlalu kerap berhubungan atas urusan yang tidak penting?

Usah khuatir!
Usah bimbang!
Usah risau!

Ingatlah, Allah itu Maha Pengampun
Lagi Maha Luas Pengampunannya
Serta Maha pengasih
Lagi Maha penyayang

Maka
Ayuh, mari kita mulakan dari awal!
Ayuh kita kawal hati
Ayuh kita dalami hakikat dikurniakan hati oleh Sang Pencipta
Ayuh kita dekati para solehin
Ayuh kita dampingi bacaan-bacaan motivasi penguat diri
Ayuh kita lazimi Al-Qur'an dan hayati terjemahannya
Ayuh kita dekati Sang Khaliq!
Agar langkah yang baru ini terasa lebih kuat
Agar dapat istiqomah melakukannya
Agar kelak mardhotillah dapat dicapai.




*****
Ya Allah,

Diri ini melutut, memohon dengan penuh kerendahan hati, ampuni dan terimalah taubat ini, permudahkanlah jalannya, kuat dan tegarkanlah hati serta tekad ini.
Aku berserah pada-Mu ya Allah, sesungguhnya telah kusedari semua ini dulu ya Allah, namun ternyata kekuatanku belum cukup untuk bertindak, maka kini setelah aku makin sedar dan punya sedikit kekuatan, tidak ingin lagi aku tangguhkan ya Allah, tidak sanggup lagi aku lewat-lewatkan.

Ya Allah,

Bantulah aku untuk melangkah, seandainya dia benar milikku yang telah Engkau tetapkan di Luh Mahfuz, seandainya juga dia baik untuk agamaku, kehidupanku, dan kesudahan urusanku samada cepat atau lambat, takdirkanlah dia untukku, permudahkanlah serta berkatilah dia untukku, tolong jagakan dia ya Allah..

Namun, jika sebaliknya ya Allah.. Engkau redhailah hatiku, Engkau jauhkanlah aku daripadanya dan jauhkanlah dia daripadaku, Engkau buangkanlah jua segala rasa yang mungkin timbul ini ya Allah.

Aamiin ya Rabb..




Terima Kasih Hati ღ♥●

0comments

Dengar ya wahai hati
Aku tahu rasa sakit ini
Sukar untuk diungkap dengan kata-kata
Malah, rasa sakit itu jugak tidak boleh diungkap
Dengan contengan di atas lembaran kertas sahaja
Dan lebih teruk lagi apabila hati itu
Sudah diminta untuk berhenti berfungsi
Parah

Duhai hati yang rawan
Aku tahu apa pun yang cuba ku lakukan
Sekali kata-kata orang terkesan dihati
Kau akan selama-lamanya berbekas
Bukan tidak pernah aku cuba kikis
Tetapi memang itu cara hidupmu
Mudah memaafkan perlakuan orang
Tetapi sukar melupakan.

Dengar ya wahai hati
Aku tahu
Andai saja hati itu boleh di'scan' dengan mata kasar
Kau lah anggota yang sarat dengan duka
Berbanding anggota-anggota yang lain
Penuh dengan torehan, luka dan parut
Namun ku tetap yakin
Engkau terlaku kuat dan tabah..

Wahai hati
Aku bersyukur kerana punya hati sepertimu
Itu kerana kau tidak pernah berhenti berfungsi sekali pun
Kau tetap terus bergerak walau hanya dengan bertatih
Itulah engkau HATI
Setiap kali disakiti, ditikam, dicucuk, disagat, dan disayat
Kau tetap terus berfungi untukku
Hanya untuk aku

Hati...
Bagaimana caranya agar ku bisa merawatmui?
Guna plaster kah?
Guna Gunting kah?
Atau Guna iodine kah?
Jika guna plaster,  luka besar boleh diplasterkah?
Jahit guna benang, takut akan meninggalkan parut
Jika guna iodine, nantinya kuning hati itu
Tidak cantik seperti orang lain yang merah

Alhamdulillah hati...
Allah ajarkan padaku
Agar sentiasa redha selalu
Allah beri perhatian padamu dengan diuji
Wahai hati...
Percayalah, walau dirimu penuh luka
Tapi cukup engkau tidak bersangka-sangka
Pada Tuhan yang menciptakan mu
Juga yang menciptkanku
Sungguh benar hati...
Ujian itu wasilah untuk kita
Agar sentiasa ingat pada yang Esa...

Anas berkata, Rasulullah bersabda:

"Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha, maka dia akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah."

(Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)

5 Jun 2012

bantuan kewangan

0comments
Program orientasi untuk adik-adik diploma masih lagi berlansung di kampus sang pena, dan hari ini hari kedua mereka bergelar sebagai seorang mahasiswa/i di UnisZA ini. Melihat keletah mereka teringat sang pena sewaktu mula-mula berada di sini. Sama sahaja seperti adik-adik..pagi-pagi dah kena bangun untuk solat berjemaah dan ada orang akan ketuk dari bilik ke bilik. di luar pula ada siren akan dibunyi agar semua penghuni bangun. dan selepas celik sahaja mata program akan berlarutan sehinga malam. begitu setiap hari yang perlu dilalui sepanjang minggu orientasi...

di sini sang pena ingin berkongsi sedikit dengan adik-adik diploma yang baru sahaja menjejakkan kaki ke alam kampus ini. terdapat dua tawaran pinjaman bagi bagi adik-adik diploma yang belum memohon mana-mana pinjaman. tetapi ini hanyalah untuk mereka yang berasal daripada johor dan kelatan sahaja. diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

TAWARAN PINJAMAN YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ) 2012

Assalamualaikum Wm. Wbt. & Salam Sejahtera...

Dimaklumkan bahawa Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) mempelawa pelajar-pelajar anak Negeri Johor Darul Takzim untuk memohon Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bagi sesi 2012/2013.

Syarat-Syarat Am Permohonan

1. Pemohon mestilah Warga Negeri Johor atau Warganegara Malaysia  yang telah menetap tidak kurang lima (5) tahun berturut-turut di Negeri Johor.

2. Pemohon mestilah telah mendapat tawaran tempat pengajian atau sedang menuntut di IPTA.

3. Pemohon mengisi permohonan secara online di laman web  http://www.ypj.gov.my dan menghantarkan slip permohonan ke Yayasan Pelajaran Johor dengan menyertakan salinan dokumen sokongan


Dokumen Sokongan

1. Salinan Kad Pengenalan / MyKad Pemohon
2. Salinan Sijil Kelahiran
3. Salinan Kad Pengenalan / MyKad ibu dan bapa atau penjaga
4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT
5. Salinan Sijil Berhenti dan Akuan Persekolahan
6. Salinan Sijil-Sijil Persekolahan dan Pengajian - Cth: Sijil SPM, Matrikulasi, Diploma dll
7. Salinan Keputusan Peperiksaan IPT (jika ada)
8. Salinan Slip Gaji / Penyata Pendapatan ibu dan bapa atau penjaga
9. Lain-lain dokumen berkaitan

Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) di talian 07-2344355 atau layari laman web YPJ.

TAWARAN PINJAMAN YAYASAN KELANTAN DARUL NAIM (YAKIN) SESI 2012/2013


Assalamualaikum Wm. Wbt. & Salam Sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa Yayasan Kelantan Darul Naim  (YAKIN) mempelawa kepada warganegara Malaysia peranakan Kelantan serta berkelayakan untuk memohon pinjaman Yayasan Kelantan Darul Naim yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma (kursus selain daripada kursus Usuluddin, Dakwah dan Syariah).

Cara-Cara Memohon
i) Permohonan hendaklah dibuat menerusi borang permohonan yang boleh dibeli di pejabat YAKIN dengan harga RM1.00 secara tunai.

ii) Permohonan untuk mendapatkan borang melalui pesanan pos bolehlah dibuat dengan menggunakan nama Kumpulanwang Yayasan Kelantan Darulnaim dengan menyertakan sampul surat bersaiz 22cm x 10cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 serta wang Pos RM1.00

iii) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan:-
     (a) Salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti/Institusi
     (b) Salinan keputusan peperiksaan akhir di Universiti/Institusi (Jika berkaitan)
     (c) Salinan sijil kelahiran
     (d) Salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan
     * Salinan di atas perlulah disahkan terlebih dahulu.

Borang dan dokumen sokongan di atas hendaklah dihantar ke Pejabat YAKIN di alamat berikut :-

PENGARAH
YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)
TINGKAT 5, KOMPLEKS YAKIN
JALAN GAJAH MATI
15000 KOTA BHARU
KELANTAN

TEL: 09-7483213/7446127


Tarikh tutup permohonan:-

i) Pengajian Peringkat DIPLOMA : 31 JULAI 2012

ii) Pengajian Peringkat IJAZAH   : 30 SEPTEMBER 2012

4 Jun 2012

surat buat sahabat

0comments
salam...

kehadapan buat sahabat, rakan, dan kawan-kawanku.... pertama sekali sang pena bersyukur dengan anugerah yang Allah berikan kepada sang pena... anugerah dikurniakan sahabat seperti kalian semua.. kalian adalah cahaya dalam hidup sang pena... tanpa kehadiran kalian hidup sang pena terasa asing dan kosong...kalian jugalah yang mewarai hidup sang pena...

hadirnya kalian dalam hidup ini menjadikan hidup ini lebih bermakna...walaupun pertemuan kita diakhiri dengan perpisahan tetapi memori bersama kalian tetap berada di dalam hati sang pena

kalian semua juga telah menceriakan hidup sang pena... hadirnya kalian awal persekolahan sang sewaktu sekolah rendah yang seramai lebih kurang 30 orang telah menjadikan hidup sang pena ceria dan gembira sepanjang masa. Sek Keb Parit Penghulu adalah permulaan langkah sang pena untuk menjadi orang berjaya...terima kasih kepada rakan-rakan pada ketika itu dan juga semua guru-guru sang pena...

kenangan darjah enam SKPP 2000

Kalian semua masih lagi bersama sang pena sewaktu sang pena berada di peringkat menengah pada ketika itu sang pena mula untuk mengenal dengan lebih mendalam apakah erti persahabatan yang sebenar.. 37 orang jumlah kalian semua pada ketika itu menjadikan hidup sang pena lebih tersenyum dan mengenal siapakah sahabat yang susah dan senang...

kenangan tingkatan 5  2005 smksr


Selepas tamat tingkatan lima, kalian semua mempunyai haluan diri dan cita-cita yang ingin dikejar....begitu juga dengan sang pena..rezeki sang pena berada di tingkatan enam,, walaupun berat untuk berpisah dengan kalian yang telah bersama lima dgn sang pena tapi jalan ini yang harus sang pena tempuhi...

sebahagian daripada kalian tetap bersama dengan sang pena semasa berada di tingkatan enam..dan sang pena bersyukur dikurniakan teman-teman baru semasa berada di tingkatan enam...walaupun hati sang pena ingin bersama-sama teman-teman lain yang telah melangkah ke alam kampus tetapi sang pena cuba untuk menerima takdir ini dan berusaha dengan lebih baik...

tingkatan enam skdary 2007

syukur akhirnya sang pena berjaya juga untuk melangkah ke alam kampus...tetapi pada ketika sang pena berseorangan...hanya sang pena yang ditawarkan ke negeri pantai timur ini..sang pena tidak pernah menyangka bahawa sang pena akan berada di sini...

berada di negeri orang adalah perkara yang asing bg sang pena....berada di sini juga sang pena dianugerahkan 68 orang teman...memang satu jumlah yang besar...jumlah yang besar itulah yang membuatkan diri sang pena lebih menghargai apakah erti persahabatan yang sebenar..dan yang membuatkan diri sang pena benar-benar bahagia sang pena telah dikurniakan 8 orang sahabat yang telah dianggap sebagai adik beradik sendiri...
ISM SAINS SOSIAL 2008-2012
walaupun dimana kalian berada pada ketika sang pena ingin memohon sejuta kemaafan jika sang pena ada membuat kesalahan pada kalian...

dan terima kasih kerana sudi berkawan dan bersahabat dengan sang pena...


wasalam....

yang benar...

sang pena... a.k.a nur ain azman



selamat datang adik-adik diploma

1 comments
satu keluarga...
Hari ini adalah satu hari baru dan permulaan baru bagi kehidupan adik-adik yang baru mendaftar di kampus. . hari ini juga hari yang boleh dikatakan sibuk di kampus sang pena disebabkan adik-adik diploma mendaftar pada hari ini...tempat parking yang sang pena lihat tiap-tiap pagi kosong, hari ini penuh dengan kereta ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka...

parking kena penuh...

melihat gelagat mereka teringat empat tahun lepas yang mana sang pena melalui keadaan dan situasi yang dilalui adik-adik ini...rasa tempoh empat tahun itu terlalu panjang dan lama..tetapi apabila dah sampai penghujung ini masa empat tahun itu dirasakan terlalu cepat berlalu...

kepada adik-adik yang baru dan akan melangkah ke dunia kampus ini sang pena harap adik-adik meneruskan usaha seperti berlajar di sekolah dahulu..jangan menghampakan harapan yang diberikan..walaupun pilihan mahupun kehendak untuk meneruskan langkah ini bukan kemahuan adik-adik atau keterpaksaan teruskan jugalah kerana ibu bapa lebih mengetahu apa pilihan yang terbaik...

adik-adik diploma berarak untuk program orientasi...



2 Jun 2012

si pemilik cintaku...

0comments
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ






..Aku bukanlah seorang gadis yang CEREWET dalam memilih PASANGAN HIDUP..siapalah diriku ini untuk MEMILIH berlian sedangkan aku hanya SEBUTIR PASIR yang wujud di mana-mana..tetapi aku juga punyai KEINGINAN seperti gadis lain, DILAMAR lelaki yang bakal dinobat sebagai AHLI SYURGA, memimpinku ke arah tuju yang satu..bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku PERLUKAN..aku akan berasa amat BERTUAH andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran PERJUANGANMU..✿~

>>> Andainya kamu adalah JODOHKU yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa KASIH di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita BERPANDANGAN kelak..BAHAGIA itu pasti menjadi MILIK kita, itu janji Allah..aku SAYANG kamu kerana Allah...(✿◠‿◠)

Untuk kali terakhir....

0comments
Allhamdulliah..hari ni sang pena dapat update blog sekali lagi..seminggu lagi sang pena bakal menduduki peperiksaan akhir semester yang terakhir...paper semester hanyalah tiga subjek sahaja..walaupun tiga jer..ia tetap mencabar... pas final exam sang pena akan pergi bercuti bersama-sama teman kuliah buat kali terakhir...


bila disebut semuanya untuk kali terakhir rasa hati ini sebak dan mula air mata mengalir tanpa disedari...huhu walauapapun setiap permulaan itu pasti ada perakhiran...dan inilah perakhirannya...

walaupun telah berakhir ia tidak hanya akan terputus di sini moga ukhuwah ini akan kekal hingga akhir hayat..


dah tahun akhir????

0comments
Dah sekian lama tak upadate blog nie...akhirnya sempat juga update adalah dalam satu semester gak...heheh sibuk la konon2nya sebab pelajar tahun akhir kan.. sibuk dengan tesisnya.. hehehe tapi alhadulliah siap juga akhirnya.. harap tesis yang berjaya disiapkan itu bukan sekadar hanya catatan yang hanya akan melayakan ak mendapat title sebagai seorang mahasiswi apabila konvo nnt tp ia dapat memberi manfaat pada semua orang...

hurm sekejap sahaja masa berlalu rupanya dah hampir kira-kira empat tahun sang pena berada di bumi terengganu ini...sekejap sahaja masa berlalu... ingat lagi masa empat tahun lepas masa tahun 2008 masuk ke sini terasa empat tahun itu satu tempoh yang sangat lama..tp akhirnya kini sudah berada di penghujungnya...alhamdulliah

dalam masa empat tahun ini macam-macam perkara yang dah jadi pahit manis...semuanya menjadi kenangan...dan sudah semestinya rindu pada kawan sang pena yang seramai 68 orang...memang satu jumlah yang banyak..tapi yang ramai itulah yang menjadikan hidup sang pena lebih bahagia...



teman yang sentisa di hati...
hari last kuliah bersama pensyarah kesayangan yang juga akan menamatkan perkhidmatan bersama kami...
sebahagian daripada  rakan sekuliah

terima kasih kepada semua teman-teman yang sudi menjadi teman sang pena selama empat tahun ini...

 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates