21 Mar 2014

Kisah Sebuah Jam..

Pena  ni bukanlah orang yang suka pakai jam... tapi nak kena ada jam sebab nak tahu waktu.tapi bila pakai sure akan buka sebab rimas....

Jam ni pena beli tahun lepas bila  sebab sebelum ni  dah ada satu jam tapi rosak sebab jatuh terhempas masa bawa motor nak gi kerja.. sedih sebab sayang jam tu...sebab beli guna duit gaji pertama..Tapi lumrah kehidupan setiap benda yang kita sayang itulah  yang akan ditarik daripada kehidupan kita. Sebab Allah nak menguji kita sejauh mana kita sayang kepada sesuatu yang tidak akan kekal.

Rezeki digantikan dengan jam ini lah, pena beli bulan depannya guna duit gaji juga, apa yang dapat pena lihat pada diri pena yang baru belajar mencari rezeki dan duit sendiri ni, kita akan lebih menghargai apa yang kita nak beli dan yang dah beli. Jam ni harganya Rm15 walaupun tak mahal tapi ia dibeli dengan hasil titik peluh sendiri. Itu adalah value dia.

Disebabkan pena  ni tidak gemar sangat  pakai jam , jadi letak ikut suka pena jer kadang-kadang tinggal kat office, kadang-kadang kat rumah, kadang-kadang dalam kereta dan yang paling lama pena tinggalkan dia kat dalam beg telekung...tapi bila nk pakai baru ngabah cari... tapi pena tahu  salah so buat tak tauh jer...anggap hilang dan  tiada rezeki tapi tak terfikir  nak beli lagi sebab tak rasa nak beli jam..

Nak ceritanya...jam ni 'hilang' pas tu 'muncul' kembali...dan begitu seterusnya hingga kini dan pena tak tahu mcm mana jam ni boleh ada kat office sebelah... sehingga orang office sebelah bagitahu yang dia jumpa kat tempat parking kereta. Hurm tu lagi pelik maca mana boleh jatuh kat sana..



Dari situ  pena cuba muhasabah diri sendiri. Pena bukan tak suka pada jam ni yang menyebabkan pena letak merata-rata tempat, tapi pena cuma kurang selesa untuk pakai jam, atau apa-apa pada tangan nie walaupun cincin dan gelang. 

Apabila direnung kembali, ia sangat berkait dengan kehidupan kita, kita sering mengabaikan perkara-perkara yang penting dalam hidup kita dan mengambil remeh hal tersebut walaupun sebenarnya ia sangat penting. 

Apa yang pena maksudkan di sini adalah ibu bapa kita, kita terlalu sibuk dengan dunia kita, kerjaya kita dan sering mengabaikan mereka, kita fikir bahawa dengan menghantar duit setiap bulan ia cukup kepada mereka?

Tetapi kita tak sedar bahawa kita telah menyentuh naluri dan perasaan mereka. Mereka inginkan belaian dan perhatian daripada kita, tetapi walaubagaimana kita "hilang" daripada mereka, ibu bapa kita tetap "muncul" dalam setiap doa mereka.



Jangan pernah kita fikir kita berjaya kerana usaha kita sahaja, tetapi dengan irigan mereka yang membuatkan kita berada dalam rahmatnya.

Janganlah bila mereka telah "hilang" selamanya baru kita hendak "mencari-cari" doa dari mereka.

Hargai masa dan jam anda ..

0 comments:

Post a Comment

 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates