16 Jun 2014

Dia Ibuku Dia Bapaku. Dia Ummiku..

        
         Hari bapa ker, hari ibu ker, semua akan beri ucapan pada keluarga masing-masing, berbangga mempunyai ibu dan ayah, tetapi adakah ia hanya sekadar ucapan di alam maya? Cuba kita fikir dan renungkan semula. Adakah ia sekadar nak memberitahu satu dunia kita sayang pada mereka, adakah kita tergolong dalam mereka yang menunjuk-nunjuk tetapi sebenarnya kita tidak kisah pada mereka.. harapnya kita bukan berada dalam golongan itu.

          Apa yang pena ingin kongsikan ini adalah ada seorang teman bertanyakan kepada teman bagaimana ummi pena boleh menjadi seorang yang tabah dan kuat semangat. Pena harap satu hari pena boleh menjadi sepertinya, seorang wanita yang tabah.

         Ummi bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi, sekolah hanya sampai darjah lima sahaja, alhamdulliah ummi tahu membaca, menulis dan mengira, asas 3M ummi ada. Ummi berhenti sekolah sebab ummi berkorban untuk adik-adik ummi. Ummi anak sulong perempuan, jadi segala tanggungjawab pada bahu ummi. Ummi selalu bercerita dahulu hidup ummi susah, pada zaman dulu susah nak tengok orang yang hidup senangkan. Rumah pun hanya berlantaikan tanah, dan sumber air nak ambil agak jauh jugalah. Sementara arwah nenek berkerja di sawah, ummi akan menguruskan hal dirumah.

         Arwah nenek meninggal sewaktu adik bongsu ummi dilahirkan, di situ bermulalah kehidupan bagi ummi. Kehidupan yang semua orang tak nak lalui. Tapi walaubagaimana pun tetap kena tempuh juga sebab itulah kehidupan. Ummi dan adik beradik terpaksa berpisah, untuk menjaga enam orang anak yang masih kecil pada ketika itu dengan keadaan hidup yang susah memang sukar untuk arwah atuk, adik bongsu ummi terpaksa dijaga oleh mak saudara ummi, adik ummi yang ke lima berhijjrah ke brunei dijaga saudara ummi di sana, manakala hanya abang ummi yang sulung yang meneruskan pengajian di peringkat tinggi. Tinggal ummi dan dua adik ummi yang dijaga bapa saudara belah arwah atuk. Apabila hidup menumpang kasih sayang ini, memang sukar, keperitannya tidak dapat diungkapkan, tetapi melalui keperitan itu ummi menjadi seorang wanita yang sangat tabah.

       Ummi sewaktu kecil dah kehilangan bonda tercinta, hilang tempat nak bermanja dan berkasih sayang, pena beruntung walaupun pena tiada ayah tetapi pena ada ummi. Ummi adalah ayah dan ibu bagi pena. Dialah hero sebenar dalam hidup pena. Sebab itu ummi lebih kuat daripada pena. Ummi tidak mudah mengalah dengan dugaan dan ujian dunia. Ummi tak kisah jika orang nak mencerca atau mengaibkan ummi.

       Pena sangat kagum dengan pengurusan kewangan ummi, walaupun gaji ummi tidak mencecah empat angka, tetapi ummi dapat membesarkan aku dengan baik sekali, dapat menyediakan tempat berteduh yang sangat selesa dan kini lebih selesa bila ummi dah ubah suai rumah. Ya Allah memang tidak dapat dibayangkan semua yang ada sekarang ini adalah hasil titik peluh ummi sendiri. Tetapi maklumlah apabila kami berdua sahaja perempuan dirumah orang akan mengambil kesempatan pada kami, ada sahaja yang mereka buat. Setiap kali mereka yang diamanahkan untuk membuat pengubahsuain rumah, mereka PASTI buat sambil lewa, tetapi ummi tetap sabar. Hikmah disebaliknya besar Ummi kata.

Syukur pada anugerah ini.....kerana dikurnikan seorang insan yang sangat terbaik dalam hidup ini yang membuatkan hidup ini lebih bermakna...



0 comments:

Post a Comment

 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates