27 Mar 2014

Rencah Kehidupan yang Sukar Difahami...

Apa yang kita cuba sampaikan kadang-kala sukar untuk difahami oleh orang lain. Atau apa yang difahami berbeza dengan apa yang kita ingin sampaikan. Sering berlaku kan? Inilah yang dikatakan dalam bahasa komunikasi, komunikasi kurang berkesan.

Sebab setiap daripada kita adalah berbeza, walaupun dikatakan mempunyai rupa yang sama sekalipun, kita masih berbeza, walaupun dilahirkan pada tarikh yang sama tetap tidak sama.

Apa yang ingin pena kongsikan adalah apa yang kita keluarkan daripada kata-kata kita mungkin tidak sampai kepada orang yang kita ingin sampaikan itu. Jika melihat kepada konsep dan keberkesanan dalam komunikasi kita seharusnya bijak dalam menyampaikan mengikut tahap pendidikan, umur, latar belakang dan mungkin juga perkerjaan. Tapi jika dilihat daripada segi komunikasi yang formal, tapi bagaimana yang kurang formal..

Kadang-kadang dalam kita bersembang dengan rakan kita, tiba-tiba ada yang menarik muka, berasa hati dengan kita. Sebab bila kita dah leka bersembang kita kurang sedar atau peka dengan apa yang kita kata-kata yang kita kuarkan, dan mungkin juga kita tak berniat nak kecilkan hati rakan kita.

Apa yang boleh pena katakan  adalah manusia ini dikurniakan dengan satu organ yang membuatkan kita dapat merasai sesuatu yang luar jangka iaitu hati. Hanya hati sahaja yang dapat merasai perkara-perkara yang sukar ditafsir ini.

Ok kita berasa hati dengan kata-kata rakan kita, tapi apa kata kita duduk sejenak dan berfikir...

"Sebelum ni aku ada lukakan hati kawan-kawan aku dengan kata-kata atau tindakan aku ker"

Jawapannya pasti ada dan benda itu jadi dalam kita tak sedar juga begitu juga dengan rakan kita, tapi kalau rakan kita itu memang jenis mulut yang orang kata tiada insurans tu lain bab pula. Sebab Allah itu adil kadang-kadang Dia nak kita rasa apa yang kita pernah buat pada orang lain. Nak kita rasa agar kita tidak mengulangi benda yang sama untuk pada masa hadapan. Nak kita jadi hamba yang sempurna daripada kesilapan yang kita lakukan dan paling penting adalah belajar daripada kesilapan. Jangan fikir diri kita sudah cukup sempurna.

Dalam bersahabat dan berkawan ini kenalah adalah memberi dan menerima mungkin hari ini dia mengecilkan hati dan membuat kita terasa atau tersentap, tapi kita tak tahu dengan diri kita akan datang.. mungkin juga kita akan melakukan perkara yang sama mungkin bukan pada rakan kita itu, tapi pada orang lain.


Seperkara lagi dalam kehidupan kita kadang-kadang akan terdetik di hati kita

" Tak kan ada orang boleh faham aku"
"Orang lain tak  rasa apa yang aku rasa"

Kenapa kita nak merunggut, kita merunggut macam bila kita kecewa..tapi bila bahagia kita ada tak nak keluarkan kata-kata ni? Tentu sekali tidak.

Pena pernah melalui fasa ini, tapi kita tak kan bangkit jika asyik berterusan dengan begini, apa kata kalau kita yang cuba memahami orang lain, cuba untuk rasai apa yang orang lain rasa.

Memang tidak mudah untuk kita memahami orang lain, begitu juga orang lain yang cuba nak faham dengan sikap kita. Sebab kita rasa kita dah cukup faham orang lain dan dengan ego kita itu membuatkan kita yang sengsara. Kita fikir kita sudah cukup faham orang lain tetapi sebenarnya kita hanya faham pada dasar dan bukan keseluruhannya maka timbulah kata yang orang tak faham dengan diri kita. 

Dan yang sebenarnya perkara ini terjadi kerana diri kita sendiri, kita tak faham dan tak tahu dengan apa yang kita nak dalam hidup kita. Ingat kita boleh menjadi perancang yang terbaik tetapi segala ketentuan adalah daripada Ilahi, kita merancangkan untuk memilih pilihan G tetapi melalui peracangan Allah kita melalui pilihan L,yang mana kita tidak mahukan dan kita fikir ia bukan terbaik daripada kaca mata perancangan manusia.


2 comments:

Faiz Saaid said...

hidup ini memang sukar difahami, tapi kalau matlamat kita untuk akhirat, insyaallah akan dibukakan jalan, semua kita boleh dapat

cahaya mata said...

amin in shaa allah. semoga kita semua dapat perbetulkan matlmat kita..

Post a Comment

 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates