13 Aug 2011

Layanan ala banduan...benarkah..

    
        Baru-baru ini kita digemparkan dengan kes pelajar sekolah yang dilayan seperti banduan. Benarkah ini terjadi kepada mereka. Disini sang pena ingin mengulas sedikit berita yang agar mengemparkan ini jugalah. Sang pena mengulas ingin mengulas berita ini disebabkan ada sesuatu yang sang pena ingin kongsikan bersama semua. Ini juga adalah berdasarkan pengalaman sang pena selam dua bulan menjalankan latihan industri dibawah jabatan penjara.

Dibawah ini adalah keratan berita yang sang pena ambil dari Akhbar Kosmo.

Seramai 33 pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda (SMKBBU) di sini mendakwa mengalami penderaan fizikal dan dilayan seperti banduan semasa menjalani program motivasi di Penjara Kluang hujung minggu lalu.

Ketika program selama tiga hari dua malam bermula Jumaat lalu itu, mereka mendakwa diarah oleh warden penjara memakai pakaian banduan selain digari, ditampar, dipukul dan ditumbuk di perut hingga ada pelajar menangis.

Seorang peserta, Mohd. Rafsanjani Mohd. Rafi, 16, mendakwa, pihak sekolah memaklumkan bahawa program tersebut adalah untuk para pelajar yang mempunyai masalah disiplin.

“Apabila tiba di penjara, kami diminta menyerahkan barangan peribadi dan rambut kami dipotong sehingga pendek sebelum dibawa ke asrama.

“Keesokan harinya, ketika lawatan di penjara, saya terkejut apabila dimarahi dan dicekik oleh warden penjara,” dakwanya di sini semalam.

Katanya, dia dipilih mengikuti program berkenaan kerana ponteng sekolah selama 10 hari, tahun ini.



disini sang pena dapat mengulas serba sedikit melalui pengalaman yang ada.

“......memakai pakaian banduan selain digari, ditampar, dipukul dan ditumbuk di perut hingga ada pelajar menangis.”


         Kenyataan yang diberikan ini bagi sang pena palsu semata-mata ( jika ianya benar-benar berlaku kepada si pelaku maafkan sang pena). Apabila seseorang itu didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara, maka akan ada beberapa prosedur yang perlu mereka lalui sebelum menjalani tahanan mengikut tempoh tahanan yang dikeluarkan mahkamah.

         Sang pena juga ada mendengar bahawa mereka turut dibogelkan semasa kursus motivasi ini. Jika mereka seorang pesalah dan banduan, ya mereka akan dibogelkan, ini adalah prosedur yang penting yang perlu mereka lakukan. Ianya dilakukan untuk memeriksa keseluruhan badan mereka agar tidak membawa masuk segala barang yang terlarang. Sang pena juga difahamkan ada diantara mereka yang ditahan di penjara sangup memasukan barang terutamanya dadah kedalam badan mereka dan apabila mereka membuang air besar, dadah tersebut akan keluar bersama. Jika nak bercerita mengenai itu terlalu panjang. Ada masa sang pena akan berkongsi dengan semua.

“Apabila tiba di penjara, kami diminta menyerahkan barangan peribadi dan rambut kami dipotong sehingga pendek sebelum dibawa ke asrama.

           Menyerahkan barangan peribadi itu menjadi kemestiaan bagi mereka yang datang ke penjara. Walaupun mereka seorang wardan penjara mereka juga tidak dibenarkan membawa barangan peribadi mereka. telefon bimbit, duit tidak melebih rm10, kamera dan pelbagai lagi barangan larangan yang tidak boleh dibawa ke kawasan penjara. Bagi pelawat yang datang juga tidak kira mempunyai pangkat atau tidak mereka akan diberikan kunci untuk menyimpan semua barang larangan tersebut.

     Bagi rambut mereka yang dipotong itu pula bagi sang pena, ia mungkin ini menginsafkan mereka agar tidak mengulangi kesalahan mereka.

       Penjara adalah kawasan larangan bagi orang awam, dan tidak semua yang bertuah dapat masuk penjara. Sang pena dapat peluang masuk penjara pun disebabkan menjalankan latihan industri. Prosedur nak masuk penjara susah ( bagi mereka yang tidak melakukan kesalahan) sebab ia adalah kawasan LARANGAN.

        Sang Pena berpendapat mereka hanya diperlihatkan kehidupan di penjara, bagaimana sengsaranya hidup dipenjara. Kebiasaanya juga sekolah-sekolah yang membuat lawatan ke penjara dan di tempat sang pena menjalankan latihan industri ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah displin di sekolah. Guru akan membawa mereka melawat kehidupan di penjara, dan itupun tidak semua yang didedahkan kepada mereka, atas dasar keselamatan.

     Ini hanyalah pandangan sang pena melalui pengalaman yang sang pena lalui selama dua bulan berada di jabatan penjara.

Setiap orang melakukan kesalahan, tapi orang yang melakukan kesalahan itu menjadi lebih baik daripada orang lain yang tidak melakukan kesalahan apabila mengakui dan tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.


0 comments:

Post a Comment

 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates