15 Jul 2014

Indahnya Kehidupan...


Setiap aturan Allah itu tersembunyi pelbagai hikmah. Ada yang mudah perjalanan kehidupannya, dan ada yang sukar perjalanan kehidupan yang di lalui, tetapi mudah atau sukar Allah lebih mengetahui aturan yang terbaik....


Jangan pernah mengeluh untuk setiap yang terjadi, tetapi bersyukurlah dengan ujian yang diberikan, kerana di situ terdapat kasih sayang daripada Allah. Hanya mereka yang terpilih sahaja yang mendapat tempisan kasih sayang ini. Bertuahlah kepada mereka yang di uji, dan  bersyukurlah pada mereka yang di uji.

Bagi mereka yang mendapat laluan mudah di dalam kehidupan juga merupakan satu ujian untuk melihat sejauh mana mereka bersyukur dan berpijak di bumi yang nyata. Jangan mudah untuk berasa riak dan bangga diri dengan apa yang di miliki, kerana ia semua hanyalah pinjaman daripada Allah. Allah hanya menguji kamu untuk melihat sejauh mana kamu mengutamakan Allah atau sebaliknya.

Allah ciptakan kehidupan untuk kita nikmati keindahan yang diciptakan, kerana setiap yang diciptakan mempunyai fungsi dan tidak dijadikan dengan sia-sia sahaja, Walaupun kehidupan yang kita lalui tidak seindah yang kita harapkan, tapi ia indah di sisi Allah. In Shaa Allah.

Kerana kita tidak pernah tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan mempunyai kaitan dengan masa sekarang. Perancangan itulah yang boleh diungkapan, setiap yang dirangcang mempunyai peraturan yang tersendiri.

Jangan pernah mempersalahkan kenapa tidak dapat yang itu tetapi diberikan begini, tetapi tetapkan di hati, apa yang diberikan ini adalah yang terbaik untuk masa kini dan ia mempunyai kaitan dengan masa hadapan yang tidak pernah kita tahu.


Jadilah hamba ALLAH yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan dan bukan kufur nikmat.


0 comments:

Post a Comment

 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates