12 Apr 2014

Jika ALLAH belum mengizinkan....


Semua yang berlaku adalah dengan kehendak dan izin dariNya, walaupun benda itu baik sekalipun tetapi jika ALLAH belum untuk mengizinkannya ia tetap tidak akan berlaku...

Tempoh 26 tahun membesar dengan seorang ibu mungkin dilihat perkara biasa tetapi bagi yang melaluinya ia cukup memberikan satu kesan yang sangat mendalam. Tempoh 26 tahun bukan satu tempoh yang singkat, kerana dalam tempoh itu banyak pertanyaan dan persoalan yang tidak dapat diungkapkan. 

Dalam tempoh itu juga membesar tanpa mengenali siapa dia yang memberikan peluang untuk bernafas bukan satu perkara yang mudah. Mungkin dilihat daripada kenyataan ini boleh menimbulkan satu prasangka yang negatif tetapi ia datang dari cara yang halal cuma keadaan tidak mengizinkannya untuk kekal lama.

Besarnya kuasa dia yang bergelar Ayah adalah kuasa wali yang dia miliki. Terlalu banyak konflik yang ada dalam diri ini, untuk merungkai satu persatu memang agak sukar. Pernah terdetik dihati ini dimanakah  dia berada sekarang, apakah khabarnya sekarang, tapi...bagaimana untuk tahu semua itu jika tiada maklumat yang boleh dirujuk.



Takut sangat jika diri ini dikatakan anak derhaka, pernah terdetik di hati ini bahawa salah seorang insan yang terbiar dilorong-lorong mahupun di rumah pengasih adalah dia yang bergelar ayah kepada seorang insan yang mencarinya. Semua mencemuh anak kepada sang ayah tersebut kerana membiarkan hidup ayahnya melarat tanpa pembelaan.


Tapi.. apakah yang terjadi jika satu hari nanti Allah mengizinkan pertemuan seorang anak dan ayah.. adakah sang anak mengenali ayahnya dan ayahnya mengenali sang anaknya... adakah pertemuan itu seperti yang diharapkan?


Semua itu adalah takdir Allah, jika Allah mengizinkan pasti ada sebabnya dan jika tidak mengizinkannya juga pasti ada sebabnya..









 

2 comments:

Unknown said...

keep strong.. keep trying.

cahaya mata said...

Amin In Shaa Allah

Post a Comment

 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates