14 Dec 2014

Kesibukan yang tidak dapat dielakkan - Sedikit Pencerahan bagi Peperiksaan Online (bahgian dua)

0comments
Alhamdulliah akhirnya dapat juga pena luangkan sedikit masa untuk berblog pada malam ini, rasanya ada yang pena "berhutang" untuk berkongsi apa yang pena tahu.

Jika sebelum ini ada yang membaca entri pena berkaitan dengan hal-hal yang berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, dan Peperiksaan Online, pena ada menyentuh hal yang berkaitan dengan "Kenapa dalam pendaftran kita di SPA, selalu akan keluar 

' Tidak Melepasi Syarat-syarat semasa  yang ditetapkan' oleh suruhanjaya'



Agak strees jugakan? Tapi hanya fikir positif mungkin belum rezeki kita lagi dan akan ada rezeki Allah yang lebih baik dan datang dari sumber yang tidak disangka-sangka.. in shaa allah

Ok, hal ini berlaku kerana, jawatan yang kita pilih itu kadang-kadang terlalu umum. Contoh jawatan seperti Pegawai Penerangan. Jika yang dibuka jawatan itu adalah umum maka tiada syarat-syarat yang khusus akan ditetapkan. Contoh seperti yang pena dapat (boleh rujuk pada gambar). Yang pertama itu pena dapat sebab syarat yang diperlukan hanya mempunyai Ijazah sahaja, tetapi yang kedua,  jawatan yang sama dibuka tetapi mempunyai syarat tambahan lain yang pena tiada, jadi pena dikira tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.



Dan ada kalanya juga, jawatan yang dibuka itu hanya untuk mereka yang mementap atau mempunyai kelahiran disesuatu negeri (Rujuk gambar) jadi itu juga menyebabkan kita dikira tidak memenuhi syarat yang ditetap.



Jangan merugut jika kita tengok kawan kita asyik dapat panggilan temuduga, dapat jawab peperiksaan online, tapi kita tidak juga sangkut, in shaa allah rezeki allah ada, jangan berharap pada satu kerja sahaja, cuba pelbagaikan permohanan jawatan perkerjaan kita.

Allah akan sentiasa membantu hambanya yang setiasa berusaha.


9 Sept 2014

Peluang Kedua - Peperiksaan Ulangan Online Penguasa Kastam W41

0comments


Tahniah sekali pena ucapakan pada calon-calon yang telah lulus peperiksaan dalam talian pada 6 September lepas, keputusan peperiksaan tempoh hari telah pun keluar.

Tetapi mungkin rezeki tidak menyebelahi pena, dan Allah lebih tahu kenapa dan mengapa. Pena tidak berjaya, begitu juga dengan sebahagian besar rakan-rakan yang pena kenali tidak berjaya juga dalam peperiksaan kali ini. Dan alhamdulliah kami diberikan peluang sekali lagi untuk menjawab dan menduduki peperiksaan ulangan pada 10 September 2014.



Ada yang bertanya pena, memang minat dengan kastam ker?

Jika ditanya memang bukan ini yang pena mahukan bukan salah satu bidang pilihan pena. Tetapi kita tidak pernah tahu mana yang terbaik untuk untuk kita, kita boleh memilih apa sahaja yang kita inginkan tapi apa yang ditakdirkan untuk kita itu adalah yang terbaik. Janji Allah adalah tepat. Ketetapan daripadaNya adalah yang terbaik untuk kita.


Pena tidak meletakan harapan yang tinggi untuk jawatan ini, kerana pena tahu tahap kemampuan pena setakat mana, tetapi kemampuan dalaman yang "tersembunyi" belum pena ketahui lagi hanya sang pencipta sahaja mengetahuinya, kerana Dia adalah pencipta yang sempurna. Jika ia terbaik untuk pena, ummi pena, dan masyarakat pena  umumnya berdoa agar ia dipermudahkan dan dikuatkan hati untuk mengharungi segalanya. Jika tidak ada sesuatu yang lebih baik yang akan menanti. In Shaa Allah.

Tapi bila difikirkan semula sangat logik jika pena tidak lulus pun, sebab pena kurang study sebelum exam tempoh hari.

Harapnya esok akan berjalan dengan lancar dan segala urusan akan dipermudahkan Allah, dan semoga calon untuk exam esok akan diberikan kesabaran dan akan beroleh kejayaan dan lulus dengan cermelang.

Peluang kedua yang diberikan adalah laluan yang diberikan untuk memperbaiki apa yang kurang, tetapi hidup tiada peluang kedua, nyawa hanya sekali, peruntukan dengan segala kebaikan.







8 Sept 2014

Tahniah Bagi Mereka Yang Besabar - Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

2comments


Semalan 6 September 2014 adalah hari yang penuh dengan kesabaran? Kenapa? Sebab hanya mereka yang dapat bersabar sahaja sanggup menunggu hingga peperiksaaan tamat. Bayangkan calon-calon ini telah menunggu sejam lebih awal untuk menggelakan server mengalami gangguan, dan ada yang sanggup duduk dihadap laptop atau apa jua device yang diguna sehingga berjam-jam lamanya.

Tahniah pena ucapakan kerana anda adalah orang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Memang setiap pembaharuan yang dilakukan akan mempunyai banyak masalah dan manusia mahupun ciptaan yang dicipta itu tidak semuanya sempurna.

Kalau dilihat dilaman sosial bagi calon-calon yang menjawab peperiksaan online ini terutamanya mereka yang mengalami kesukaran pelbagai kata-kata yang kurang enak untuk didengari, ya memang amat sakit hati dengan perkara yang terjadi, dan kita akan menyalahkan sistem, menyalahkan pihak tertentu dan pelbagai lagi. Tetapi adakah itu keperibadian kita? Fikir dan renungkan semula, jika ditakdirkan anda lulus peperiksaan ini dengan izin Allah dan dipanggil untuk temuduga, peluang untuk lulus temuduga juga sangatlah tinggi  kerana anda seorang yang sangat berkeyakinan, tapi apabila mereka (penemuduga) menyiasat latar belakang anda, terutamanya di Facebook anda,dan akhirnya anda gagal dalam temuduga yang dijalankan. Gagal kerana mereka pun "sakit hati" dengan  status anda di Facebook itu.







Sekarang semuanya dihujung jari, kenapa pena berkata demikian, sebab jika dilihat sekarang laman sosial adalah tempat untuk kita meluahkan segala-galanya. Tidak salah jika hendak berkongsi tetapi ia perlu mempunyai had dan batasanya juga.

Pena masih ingat lagi pesanan pensyarah pena semasa di kampus dahulu, jangan jadikan Facebook sebagai medah luah perasaan. Tidak mustahil jika mereka (penemuduga) akan menyiasat latar belakang kita sehingga ke Facebook kerana hal ini telah terjadi walaupun bukan pada agensi kerajaan (tapi pena tidak pasti jika ada), tetapi pada sektor swasta ya, ada. Seseorang individu ini berjaya dan lulus hanya kerana status di Facebook sahaja. Kerana di situ keperibadian kita. Fikirkanlah beberapa kerap kita update status, status apa yang kita update, fikir-fikirkan semula.

Bagi yang tidak dapat menjawab atau mengalami masalah ketika menjawab peperiksaan semalam, peperiksaan ulangan akan dijalankan. Buat yang terbaik pada kali ini,dan berdoa agar semua urusan akan dipermudahkan. In shaa allah yang terbaik akan pasti berlaku.


    


Dan bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan online ini untuk masa akan datang disini pena ada kongsikan sedikit sebanyak yang bakal anda tempuhi.









Pena juga mempunyai masalah dalam menjawab soalan. Soalan tak lengkap atau gambar rajah tak dapat download. Boleh pena katakan soalan pada kali ini agak mencabar, nak mengangis juga jawab soalan ini.



Sedikit tips yang dapat pena kongsikan bagi yang bakal menduduki peperiksaan ulangan ini mahupun peperiksaan online pada masa akan datang.

1. Banyakan membaca dan luaskan skop pembacaan anda jangan terlalu tertumpu pada jawatan yang dipohon.

2.  Banyakan latihan pengiraaan sebab ia dapat membantu semasa bahagian dua  nanti, nanti otak tidak terkejut bila tiba-tiba terpaksa mengira dan ditambah pula dengan server yang kurang memuaskan.

3. Selalu refresh apabila menjawab soalan tersebut dan elakan daripada menekan atau klik pada seterusnya atau sebelumnya, terseterusnya. Klik terus pada no soalan pada yang bulat itu. Sebab itu juga salah satu punca yang pena dapat kesan yang menyebabkan no soalan menjadi warna oren. (Maaf kalau salah), pena menulis berdasarkan pengalaman. Apabila no soalan warna oren dan setelah refresh ia akan menjadi warna kuning, iaitu soalan yang telah dilihat tetapi belum dijawab.

4. Pastikan juga talian internet kuat ia menjadi salah satu faktor penting.

5. Jangan panik.

Buat seketika ini cukup dahulu entri pada kali ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada semua.



TIDAK SEMUA KITA DAPAT PEROLEHI DENGAN MUDAH, BERSABAR ADALAH KUNCINYA.

TAHNIAH PADA MEREKA YANG BERSABAR.
 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates