12 Apr 2014

Jika ALLAH belum mengizinkan....

2comments

Semua yang berlaku adalah dengan kehendak dan izin dariNya, walaupun benda itu baik sekalipun tetapi jika ALLAH belum untuk mengizinkannya ia tetap tidak akan berlaku...

Tempoh 26 tahun membesar dengan seorang ibu mungkin dilihat perkara biasa tetapi bagi yang melaluinya ia cukup memberikan satu kesan yang sangat mendalam. Tempoh 26 tahun bukan satu tempoh yang singkat, kerana dalam tempoh itu banyak pertanyaan dan persoalan yang tidak dapat diungkapkan. 

Dalam tempoh itu juga membesar tanpa mengenali siapa dia yang memberikan peluang untuk bernafas bukan satu perkara yang mudah. Mungkin dilihat daripada kenyataan ini boleh menimbulkan satu prasangka yang negatif tetapi ia datang dari cara yang halal cuma keadaan tidak mengizinkannya untuk kekal lama.

Besarnya kuasa dia yang bergelar Ayah adalah kuasa wali yang dia miliki. Terlalu banyak konflik yang ada dalam diri ini, untuk merungkai satu persatu memang agak sukar. Pernah terdetik dihati ini dimanakah  dia berada sekarang, apakah khabarnya sekarang, tapi...bagaimana untuk tahu semua itu jika tiada maklumat yang boleh dirujuk.



Takut sangat jika diri ini dikatakan anak derhaka, pernah terdetik di hati ini bahawa salah seorang insan yang terbiar dilorong-lorong mahupun di rumah pengasih adalah dia yang bergelar ayah kepada seorang insan yang mencarinya. Semua mencemuh anak kepada sang ayah tersebut kerana membiarkan hidup ayahnya melarat tanpa pembelaan.


Tapi.. apakah yang terjadi jika satu hari nanti Allah mengizinkan pertemuan seorang anak dan ayah.. adakah sang anak mengenali ayahnya dan ayahnya mengenali sang anaknya... adakah pertemuan itu seperti yang diharapkan?


Semua itu adalah takdir Allah, jika Allah mengizinkan pasti ada sebabnya dan jika tidak mengizinkannya juga pasti ada sebabnya..









 

30 Mar 2014

Siapalah aku ini..

0comments



Aku bertanya pada diri aku sendiri…
layakkah aku nie menjadi hamba Allah jika aku sering melakukan kesilapan..

Aku menyedari bahawa iman aku terlalu lemah dan nipis…
aku tak mampu untuk menolak kemungkaran yang datang dalam hidup aku…

Aku terasa berdosa sangat dengan apa yang telah aku lakukan…
Ya Allah itu maha pengampun…
tapi layakkah diri aku ini diampunkan…..

Aku terfikir lagi masih layakkah diri aku 
untuk mendapat seorang suami yang baik yang dapat pimpin aku ke jalan yang benar..
yang mencintai aku kerana Allah kerana ingin membentuk dan mendidik aku…
bukan kerana cintakan aku kerana kemaksiatan…..
LAYAKKAN ker aku

Aku dibesarkan tanpa seorang lelaki yang dipanggil ayah didalam hidup aku..
dan untuk menyebut perkataan ayah itu adalah sukar sekali dalam hidup aku…

Aku bersyukur dengan segala pemberian Allah untuk aku..
bagi aku yang diberikan adalah yang terbaik untuk hambanya 
Cuma kadang-kala aku terpaku dan 
tertanya adakah sinar BAHAGIA itu masih wujud untuk aku…


Tetapi aku menantikan BAHAGIA itu .
.menanatikan ianya hadir kerana aku pasti BAHAGIA itu pasti ada..
aku Cuma sedang diuji dan terus diuji..
aku mesti ingat apa yang aku lalui ini adalah 
sebuah perjalanan menuju satu distinasi iaitu akhirat…

Dan dalam jalan yang aku lalui itu adalah jalan yang berliku…
aku kena ingat tiada benda yang mudah dalam hidup ini…
dan paling penting jangan menyalahkan orang lain..


27 Mar 2014

Rencah Kehidupan yang Sukar Difahami...

2comments
Apa yang kita cuba sampaikan kadang-kala sukar untuk difahami oleh orang lain. Atau apa yang difahami berbeza dengan apa yang kita ingin sampaikan. Sering berlaku kan? Inilah yang dikatakan dalam bahasa komunikasi, komunikasi kurang berkesan.

Sebab setiap daripada kita adalah berbeza, walaupun dikatakan mempunyai rupa yang sama sekalipun, kita masih berbeza, walaupun dilahirkan pada tarikh yang sama tetap tidak sama.

Apa yang ingin pena kongsikan adalah apa yang kita keluarkan daripada kata-kata kita mungkin tidak sampai kepada orang yang kita ingin sampaikan itu. Jika melihat kepada konsep dan keberkesanan dalam komunikasi kita seharusnya bijak dalam menyampaikan mengikut tahap pendidikan, umur, latar belakang dan mungkin juga perkerjaan. Tapi jika dilihat daripada segi komunikasi yang formal, tapi bagaimana yang kurang formal..

Kadang-kadang dalam kita bersembang dengan rakan kita, tiba-tiba ada yang menarik muka, berasa hati dengan kita. Sebab bila kita dah leka bersembang kita kurang sedar atau peka dengan apa yang kita kata-kata yang kita kuarkan, dan mungkin juga kita tak berniat nak kecilkan hati rakan kita.

Apa yang boleh pena katakan  adalah manusia ini dikurniakan dengan satu organ yang membuatkan kita dapat merasai sesuatu yang luar jangka iaitu hati. Hanya hati sahaja yang dapat merasai perkara-perkara yang sukar ditafsir ini.

Ok kita berasa hati dengan kata-kata rakan kita, tapi apa kata kita duduk sejenak dan berfikir...

"Sebelum ni aku ada lukakan hati kawan-kawan aku dengan kata-kata atau tindakan aku ker"

Jawapannya pasti ada dan benda itu jadi dalam kita tak sedar juga begitu juga dengan rakan kita, tapi kalau rakan kita itu memang jenis mulut yang orang kata tiada insurans tu lain bab pula. Sebab Allah itu adil kadang-kadang Dia nak kita rasa apa yang kita pernah buat pada orang lain. Nak kita rasa agar kita tidak mengulangi benda yang sama untuk pada masa hadapan. Nak kita jadi hamba yang sempurna daripada kesilapan yang kita lakukan dan paling penting adalah belajar daripada kesilapan. Jangan fikir diri kita sudah cukup sempurna.

Dalam bersahabat dan berkawan ini kenalah adalah memberi dan menerima mungkin hari ini dia mengecilkan hati dan membuat kita terasa atau tersentap, tapi kita tak tahu dengan diri kita akan datang.. mungkin juga kita akan melakukan perkara yang sama mungkin bukan pada rakan kita itu, tapi pada orang lain.


Seperkara lagi dalam kehidupan kita kadang-kadang akan terdetik di hati kita

" Tak kan ada orang boleh faham aku"
"Orang lain tak  rasa apa yang aku rasa"

Kenapa kita nak merunggut, kita merunggut macam bila kita kecewa..tapi bila bahagia kita ada tak nak keluarkan kata-kata ni? Tentu sekali tidak.

Pena pernah melalui fasa ini, tapi kita tak kan bangkit jika asyik berterusan dengan begini, apa kata kalau kita yang cuba memahami orang lain, cuba untuk rasai apa yang orang lain rasa.

Memang tidak mudah untuk kita memahami orang lain, begitu juga orang lain yang cuba nak faham dengan sikap kita. Sebab kita rasa kita dah cukup faham orang lain dan dengan ego kita itu membuatkan kita yang sengsara. Kita fikir kita sudah cukup faham orang lain tetapi sebenarnya kita hanya faham pada dasar dan bukan keseluruhannya maka timbulah kata yang orang tak faham dengan diri kita. 

Dan yang sebenarnya perkara ini terjadi kerana diri kita sendiri, kita tak faham dan tak tahu dengan apa yang kita nak dalam hidup kita. Ingat kita boleh menjadi perancang yang terbaik tetapi segala ketentuan adalah daripada Ilahi, kita merancangkan untuk memilih pilihan G tetapi melalui peracangan Allah kita melalui pilihan L,yang mana kita tidak mahukan dan kita fikir ia bukan terbaik daripada kaca mata perancangan manusia.


 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates