2 Sept 2014

Sedikit Pencerahan bagi Peperiksaan Online (bahagian satu)

Tahniah kepada mereka yang telah dipilih oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk peperiksaan online pada sabtu ini 6 September 2014.

Peperiksaan pada kali ini adalah peperiksaan kali ke lima secara atas talian dan dikatakan banyak penambahbaikan yang telah dilakukan bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi sebelum ini.

Batch pada kali ini juga boleh dikatakan bertuah kerana pihak SPA telah mengadakan satu taklimat mengenai cara dan bagaimana untuk menjawab peperiksaan secara atas talian. Walaupun panduan telah diberikan bersama email yang diterima tetapi pihak SPA mengambil langkah untuk memberi taklimat agar masalah yang sama tidak berulang.

Bagi mereka yang terpilih adalah mereka yang bertuah, kenapa? Ini kerana daripada lebih kurang 105 ribu permohonan yang diterima hanya lebih kurang 104 ribu yang melepasi syarat-syarat yang ditetapkan, dan apabila tapisan akhir dilakukan hanya lebih kurang 85 ribu yang melepasi syarat untuk menduduki peperiksaan di atas talian ini. Oleh itu bagi mereka yang dipilih bolehlah membuat sedikit ulang kaji daripada sekarang kerana peluang untuk dipanggil temuduga tidak begitu tinggi.

Kerana pada kemasukan kali ini dikatakan selepas lulus peperiksaan, calon yang berjaya akan terus dipanggil temuduga tanpa perlu melalui PAC. Dan hanya seramai 245 calon yang akan menduduki sebagai Penguasa Kastam. Oleh itu gunakanlah peluang yang ada sebaik mungkin.

Melalui penerangan yang diberikan oleh pegawai SPA, tiada rujukan yang khusus untuk peperiksaan pada kali ini. Pengetahuan am boleh dirujuk hal-hal yang berkaitan dengan kastam seperti cukai-cukai yang dilaksanakan dan bagi bahagian kedua menguji kemahiran mengira boleh dipratiskan latihan daripada matematik darjah satu sehingga SPM. Bahagian C pula adalah berkaitan dengan personaliti diri. Calon tidak boleh menipu kerana ia menuntukan sikap dan keperibadian diri calon.

Di sini pena kongsikan sedikit maklumat dan dan perkara yang perlu diambil berat sebelum dan semasa menjawab peperiksaan atas talian  sabtu ini.

1. Pastikan talian internet cukup bagi menampung proses untuk download dan upload soalan. Pastikan setiap soalan yang telah dijawab bertanda hijau. jika tiada tanda merah itu bermakna soalan yang dijawab belum sampai kepada pihak SPA.

2. Pastikan juga jika menjawab menguna laptop bateri atau mengunakan chager, bagi mengelakan keadaan yang tidak diingini berlaku.

3. Pastikan juga calon mengunakan link dan angka giliran yang diberikan melalui email yang diterima. ( Hal yang berkaitan dengan email dan maklumat diri calon akan pena kongsi dalam entri akan datang)

4. Boleh juga klik pada link di bawah untuk lebih faham bagaimana peperiksaan atas talian ini dijalankan.


Buat masa ini hanya ini yang pena dapat kongsikan pada semua. Banyak lagi yang pena inginkan kongsikan ilmu yang pena terima seperti mengapa permohonan kita di SPA selalu akan dipaparkan

"TIDAK MELEPASI SYARAT-SYARAT YANG DI TETAPKAN"
rujuk di sini (http://nukilansangpena.blogspot.com/2014/12/kesibukan-yang-tidak-dapat-dielakkan.html)

Tapi buat masa ini pena rasa cukup sebagai panduan untuk mereka yang bakal menduduki peperiksaan pada sabtu ini.




0 comments:

Post a Comment

 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates