5 Jun 2012

bantuan kewangan

Program orientasi untuk adik-adik diploma masih lagi berlansung di kampus sang pena, dan hari ini hari kedua mereka bergelar sebagai seorang mahasiswa/i di UnisZA ini. Melihat keletah mereka teringat sang pena sewaktu mula-mula berada di sini. Sama sahaja seperti adik-adik..pagi-pagi dah kena bangun untuk solat berjemaah dan ada orang akan ketuk dari bilik ke bilik. di luar pula ada siren akan dibunyi agar semua penghuni bangun. dan selepas celik sahaja mata program akan berlarutan sehinga malam. begitu setiap hari yang perlu dilalui sepanjang minggu orientasi...

di sini sang pena ingin berkongsi sedikit dengan adik-adik diploma yang baru sahaja menjejakkan kaki ke alam kampus ini. terdapat dua tawaran pinjaman bagi bagi adik-adik diploma yang belum memohon mana-mana pinjaman. tetapi ini hanyalah untuk mereka yang berasal daripada johor dan kelatan sahaja. diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

TAWARAN PINJAMAN YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ) 2012

Assalamualaikum Wm. Wbt. & Salam Sejahtera...

Dimaklumkan bahawa Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) mempelawa pelajar-pelajar anak Negeri Johor Darul Takzim untuk memohon Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bagi sesi 2012/2013.

Syarat-Syarat Am Permohonan

1. Pemohon mestilah Warga Negeri Johor atau Warganegara Malaysia  yang telah menetap tidak kurang lima (5) tahun berturut-turut di Negeri Johor.

2. Pemohon mestilah telah mendapat tawaran tempat pengajian atau sedang menuntut di IPTA.

3. Pemohon mengisi permohonan secara online di laman web  http://www.ypj.gov.my dan menghantarkan slip permohonan ke Yayasan Pelajaran Johor dengan menyertakan salinan dokumen sokongan


Dokumen Sokongan

1. Salinan Kad Pengenalan / MyKad Pemohon
2. Salinan Sijil Kelahiran
3. Salinan Kad Pengenalan / MyKad ibu dan bapa atau penjaga
4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT
5. Salinan Sijil Berhenti dan Akuan Persekolahan
6. Salinan Sijil-Sijil Persekolahan dan Pengajian - Cth: Sijil SPM, Matrikulasi, Diploma dll
7. Salinan Keputusan Peperiksaan IPT (jika ada)
8. Salinan Slip Gaji / Penyata Pendapatan ibu dan bapa atau penjaga
9. Lain-lain dokumen berkaitan

Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) di talian 07-2344355 atau layari laman web YPJ.

TAWARAN PINJAMAN YAYASAN KELANTAN DARUL NAIM (YAKIN) SESI 2012/2013


Assalamualaikum Wm. Wbt. & Salam Sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa Yayasan Kelantan Darul Naim  (YAKIN) mempelawa kepada warganegara Malaysia peranakan Kelantan serta berkelayakan untuk memohon pinjaman Yayasan Kelantan Darul Naim yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma (kursus selain daripada kursus Usuluddin, Dakwah dan Syariah).

Cara-Cara Memohon
i) Permohonan hendaklah dibuat menerusi borang permohonan yang boleh dibeli di pejabat YAKIN dengan harga RM1.00 secara tunai.

ii) Permohonan untuk mendapatkan borang melalui pesanan pos bolehlah dibuat dengan menggunakan nama Kumpulanwang Yayasan Kelantan Darulnaim dengan menyertakan sampul surat bersaiz 22cm x 10cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 serta wang Pos RM1.00

iii) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan:-
     (a) Salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti/Institusi
     (b) Salinan keputusan peperiksaan akhir di Universiti/Institusi (Jika berkaitan)
     (c) Salinan sijil kelahiran
     (d) Salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan
     * Salinan di atas perlulah disahkan terlebih dahulu.

Borang dan dokumen sokongan di atas hendaklah dihantar ke Pejabat YAKIN di alamat berikut :-

PENGARAH
YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)
TINGKAT 5, KOMPLEKS YAKIN
JALAN GAJAH MATI
15000 KOTA BHARU
KELANTAN

TEL: 09-7483213/7446127


Tarikh tutup permohonan:-

i) Pengajian Peringkat DIPLOMA : 31 JULAI 2012

ii) Pengajian Peringkat IJAZAH   : 30 SEPTEMBER 2012

0 comments:

Post a Comment

 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates