4 Jun 2012

selamat datang adik-adik diploma

satu keluarga...
Hari ini adalah satu hari baru dan permulaan baru bagi kehidupan adik-adik yang baru mendaftar di kampus. . hari ini juga hari yang boleh dikatakan sibuk di kampus sang pena disebabkan adik-adik diploma mendaftar pada hari ini...tempat parking yang sang pena lihat tiap-tiap pagi kosong, hari ini penuh dengan kereta ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka...

parking kena penuh...

melihat gelagat mereka teringat empat tahun lepas yang mana sang pena melalui keadaan dan situasi yang dilalui adik-adik ini...rasa tempoh empat tahun itu terlalu panjang dan lama..tetapi apabila dah sampai penghujung ini masa empat tahun itu dirasakan terlalu cepat berlalu...

kepada adik-adik yang baru dan akan melangkah ke dunia kampus ini sang pena harap adik-adik meneruskan usaha seperti berlajar di sekolah dahulu..jangan menghampakan harapan yang diberikan..walaupun pilihan mahupun kehendak untuk meneruskan langkah ini bukan kemahuan adik-adik atau keterpaksaan teruskan jugalah kerana ibu bapa lebih mengetahu apa pilihan yang terbaik...

adik-adik diploma berarak untuk program orientasi...



1 comments:

Ayuni said...

betul, sye lg seminggu nk grad....

Post a Comment

 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates