11 Aug 2011

Mereka Adalah Insan Istimewa.

Salam ramadhan.

       Telah hampir sebulan aku menamatkan latihan industry aku di Sekolah Henry Gurney (SHG). Macam tak sangka aku yang bersaiz kecil nie mcm saiz budak sekolah rendah ini boleh masuk ke sana dan bertahan selama 9 minggu. Syukur semua ini diatasu kehendak Ilahi yang telah memberikan aku kekuatan untuk mengharungi semua. Banyak cabaran yang perlu aku lalui selama 9 minggu itu. Pelbagai kerenah manusia yang aku dapat lihat.

       Kenapa “mereka ini adalah insan istimewa”.. mereka insan istimewa disebabkan mereka insan yang membuat kesalahan dan diberikan peluang untuk berubah. Tidak semua orang yang diberikan peluang dan kesempatan seperti ini. Inilah yang selalu aku katakana pada adik-adik disana. Aku lebih senang memanggil mereka adik dan membahasakan diri aku kakak, agar tidak jarak diantara kami yang akan membuatkan mereka kekok. Masa bersama dengan mereka terlalu singkat. Jikalau mengikut kaedah penyelidikan masa yang diperlukan seseorang penyelidik untuk memahami situasi dan keadaan, si peyelidik perlu berada di tempat kajian sekurang-kurangnya selama enam bulan.
          Hurm tak pe la masa yang diberikan sudah cukup berharga bagi aku dan memberikan pengalaman yang cukup berharga. Walaupun masyarakat umumnya menganggap mereka ini adalah sampah masyarakat tapi bagi seorang bakal penyelidik seperti aku, aku mengatakan mereka insan yang istimewa. Mereka hanya tersasar daripada jalan yang sebenar.

          Setiap manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan. Kesalahan yang dilakukan adalah untuk memperbaiki diri kita. Begitu juga mereka. Mereka telah diberikan peluang untuk memperbaiki diri mereka. Tidak seperti kita yang tidak pernah tahu atau ambil tahu yang kita sebenarnya pun melakukan kesalahan Cuma bezanya kita tidak dimasukan ke pusat tahanan.

          Kenapa kita mesti menghina mereka yang baru bebas dari pusat tahanan ini. Diri mereka lebih suci daripada kita, kerana mereka telah memperbaiki diri mereka, tapi bagaimana dengan kita pula? Memang ada juga diantara mereka yang tidak insaf dan tidak berubah apabila dibebaskan, tapi siapakah kita untuk mengubah mereka yang mempunyai sikap seperti ini?? Kita hanya boleh berdoa agar mereka diberikan hidayah untuk berubah.

       Sedih  bila mendengar kisah-kisah penghuni ini. Ada diantara mereka memang dikatakan sebagai budak yang cukup baik tetapi mereka terjebak dalam masalah anti social ini…mengapa..semuanya akan saya ungkapan dalam artikel yang akan datang..salam ramadhan…

1 comments:

Kak Amy said...

Salam kenal , amy singgah dan follow sini... jemput ke belog amy. happy blogging..

Post a Comment

 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates