21 May 2011

Coretan kisah si penghuni sekolah henry gurney.

KISAH 1
Seorang penghuni wanita yang ditempatkan di Blok Tun Teja. Menurut salah seorang daripada pegawai yang bertugas terdapat seorang penghuni wanita yang ditahan paling lama iaitu sehingga umurnya mencapai 21 tahun. Semasa ditangkap umurnya ketika itu 14 tahun dan kini sudah tiga tahun menjalani hukuman di SHG. Baki tempoh tahanan masih berbaki 5 tahun lagi. Biarlah dia hanya dikenali sebagai J. J dikatakan telah banyak melakukan kesalahan, kiranya setiap gejala social yang berlaku ada padanya. Oleh kerana tekanan yang terlalu lama berada didalam SHG ini J sering kali memberontak dan melakukan pelbagai kesalahan semata-mata ingin menarik perhatian. J juga dikatakan pandai bermain kata-kata. Kami diingatkan agar jangan mudah percaya dengan setiap perktaan yang keluar dari mulutnya.
KISAH 2
Ditahan kerana kesalah memiliki barang curi. G memberitahu bahawa dia memperolehi barang tersebut melalui rakannya. G membeli laptop dari rakannya yang turut berada di SHG dengan harga RM 300.00. G mendakwa dia tahu bahawa itu adalah barang curi. G adalah anak bongsu daripada 9 orang adik beradik. G tertangkap apabila rakannya yang menjual barang kepada telah tertangkap. G telah dibebaskan dan berazam mahu mengubah kehidupannya. G telah ditawarkan oleh menjadi atlet tinju di negerinya setelah dibebaskan. Ini kerana semasa dalam tempoh tahanan G telah menjadi atlet tinju bg SHG. G juga mempunyai kemahiran dalam jahitan dan akan menolong kakak iparnya dalam mengurusakan kedai jahit.
KISAH 3
F telah ditahan diatas kesalahan menaiki motor curi. F tidak tahu bahawa motor yang dinaikinya itu adalah motor curi. Malang tidak berbau F telah ditangkap ketika usianya 16 tahun. Semasa tempoh tahanannya disini F telah mengikuti bengkel kimpalan dan setelah keluar dr SHG F akan mengikiti ayahnya untuk berkerja kimpalan.

KISAH 4
E masuk ke SHG atas kesalahan memiliki ganja dan menghisap ganja. E mengakui bahawa rakan adalah punca E mula terjebak dan menjadi ketagih. E mula mengihisap ganja ketika berusia 13 tahun. Dia menghisap adalah disebabkan tekanan dan sikap ingin mencuba. E telah berhenti sekolah setelah tamat tingkatan 3. E telah lari dari rumah kerana keluarganya tidak megetahui bahawa dia menghisap ganja. Sebelum lari daripada rumah E telah bergaduh dengan keluarganya. E telah melalui kehidupan yang susah setalah lari daripada rumah tetapi dia tetap teruskan hidupnya juga, sepanjang tempoh kehidupannya yang sukar E tidak menghisap ganja lagi sehingga apabila kehidupannya bertambah senang sedikit dia mula ketabiat lama sehingga tertangkap polis dan dimasukkan ke SHG.

Bersambung……

0 comments:

Post a Comment

 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates