21 May 2011

Sekolah Henry Gurney VS JUVANA

Pendapat masyarakat umumnya mengangap sekolah seperti Sekolah Henry Gurney, Sekolah Ibu Hamil, Sekolah Tunas Bakti dan sekolah-sekolah pemulihan akhlak ini adalah tempat pelajar-pelajar nakal. Ditambah pula dengan satu cerita drama yang ditayang di media massa iaitu JUVANA. Cerita yang mengisahkan kisah budak-budak yang telah melakukan pelabagi kesalah juvana dan telah ditempat di satu sekolah bagi mendisplikan mereka. Keganasan yang digambarkan dalam cerita ini sebenarnya bukanlah satu realiti sebenar kehidupan mereka di tempat pemulihan tersebut.

                Pergaduhan di antara penghuni tetap berlaku tetapi tidak seteruk yang digambarkan di dalam cerita tersebut. Mereka bergaduh tetapi keaadan  masih terkawal. Apabila mereka melakukan kesalah mereka akan diletakan di dalam bilik pengasingan. Hanya penghuni yang bersalah sahaja yang akan diletakan di dalam bilik tersebut.

                Penghuni di dalam pusat pemulihan atau sekolah henry gurney ini memang mempunyai seorang ketua daripada kalangan mereka juga, tetapi yang membezakannya adalah cara pemilihan ketua itu dijalankan. Pemilihan ketua di Sekolah Henry Gurney, di pilih berdasarkan beberapa kateria yang akan melayakan mereka di lantik sebagai ketua. Mereka haruslah melalui beberapa tahap sebelum boleh dilantik menjadi ketua. Mesyuarat diantara pegawai-pegawai juga dijalankan bagi membolehkan mereka dilantik menjadi ketua.

                Jika dilihat didalam cerita tersebut mereka terlalu bebas bergerak kesana dan kemari, tetapi realiti yang sebenarnya mereka tidak terlalu bebas dalam pergerakan mereka. Setiap langkah dan pergerakan mereka akan dikawal oleh seorang pegawai. Pelawat yang dating juga akan diiringi seorang pegawai atas dasar keselamatan.

                Inilah serba sedikit yang dapat dicoretkan mengenai salah tanggapan masyrakat mengenai Sekolah Henry Gurney. Sekolah ini sudah mendapat label yang buruk dan cerita juvana ini telah memburukan lagi tanggapan masyarakat terhadap mereka. Seharusnya mereka lebih berhati-hati dalam menayangkan sesuatu cerita agar tidak mengaibkan mana-mana pihak.

2 comments:

Unknown said...

Tp byk ex-student sek2 ni sendri y cerita kisah2 y blaku dlm sek ni.... Dan kebanyakkannya mmg sama dgn drama juvana tv3....

cahaya mata said...

yap memang tk dinafikan memang ada berlaku tp ia masih ditahap yang terkawal...

Post a Comment

 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates