11 Aug 2011

Pernahkah kita terfikir…

              Selama kita hidup dari kecil sehingga sekarang siapa yang paling banyak berjasa dalam hidup kita? Siapa yang paling banyak membantu kita untuk terus hidup? Ibu Bapa? Kawan? Kekasih? Cinta Muka Buku kita??

            Tiba-tiba ingin mencoretkan sedikit bingkisan ini, kerana dilihat sekarang terlalu ramai yang lebih mementingkan orang lain daripada yang sepatutnya. Kenapa kita sanggup untuk meninggikan suara semata-mata kerana seorang kekasih yang baru kita kenal 2/3 bulan atau lebih daripada…



               Cuba kita fikir keluarga kita menghalang kita untuk bercinta tapi kita tetap mengikut kata hati remaja dan jiwa yang sedang bergelora itu. Tapi sedarkah kita bahawa semua yang kita nak itu hanya sementara. Bila dah ditinggal kekasih siapa yang ada di sisi kita. Ibu bapalah yang sentiasa ada dan tidak pernah berpisah kecuali ajal yang memisahkannya.



              Kita melebihkan orang yang tersayang sehingga sanggup berkorban segalanya, tapi pernah kita terpikir apa yang sudah kita korbankan kita ibu bapa kita? Pengorbanan yang telah kita lakukan untuk bahagiakan mereka.


              Pernah tak juga kita terfikir bahawa kita sering menghabis masa berjam-jam lamanya untuk hang out dengan kawan-kawan, tapi berapa banyak masa yang kita ada untuk bersama dengan keluarga kita? Yang mana lebih penting diantara kawan dan keluarga? Hati kawan-kawan sering kita jaga, takut la dia kecik hati nanti dia tak kawan dengan aku lagi. Tapi pernah tak kita fikir hati ibu bapa kita yang dah terguris dengan banyaknya. Tak pula kita fikir nanti ibu bapa tak kawan dengan aku, tak nak bagi duit belanja  sebab kita tak fikir yang ibu bapa kita tidak akan menghampakan kita. Tapi kita yang sering menghampakan harapan ibu bapa kita.


                  Bila difikirkan duduk serumah tapi tak bertegur sapa, memang tak logik tapi iaitu reality yang diberitahu seorang sahabat. Anak dan ayah sama-sama tak nak mengalah, dua-dua keras kepala. Jika situasi ini juga berlaku dalam kehidupan kalian, cubalah beralah dengan mereka yang lebih tua, tidak ada salahnya. Cuba hargai mereka selagi hayat mereka masih ada.


               Dan cuba pula fikirkan mereka yang tidak mempunyai ayah, tidak mempunyai ibu atau tidak mempunyai kedua-duanya? Cuba letakan kehidupan kita di tempat mereka? Apa yang kita akan rasa?


Fikirkanlah sekali lagi apa yang telah kita lakukan selama ini telah membahagikan orang yang sepatutnya atau tidak???

3 comments:

Shahirah Amnah said...

pergh!! cun habis la blog ni..
siapa guru dia ni..? dasyat, dasyat...
lalalalaaaa..

p/s : mana dapat design ni..? ce kongsi sikit..lalalala.. :p

Nabila Huda said...

nak header free??

http://lalabiela.blogspot.com/2011/08/teka-warna-dapat-header-free.html

nur ain said...

guru dia seorang yang amat penyabar....hehehe biarlah dirahsiakan gurunya kerana dia seorang yang pemalu. tq kepada guru itu..

Post a Comment

 

♥ nukilan sang pena ✿ © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates