Program Assessment Centre (PAC), PAC ini bertujuan untuk memilih mereka yang terbaik dikalangan yang terbaik. Mungkin kita fikir diri kita sudah yang terbaik tetapi ingatlah bahawa ada mereka yang lebih baik lagi, dan rasanya merendah diri itu lebih baik, tetapi jangan sampai diri ditindas pula. Ok PAC ini sebenarnya berbeza untuk setiap jawatan.
Apa yang pena tahu jika PAC untuk PTD, agak mencabar jugalah sebab ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental, ada outdoor dan indoor aktiviti.Tapi bagi PAC yang pena dah hadiri ia hanyalah aktiviti indoor sahaja ( itupun sebelum pergi pena call pihak urusetia untuk bertanya mengenai keperluan disana). Aktiviti PAC yang pena maksdukan adalah :
- Pemeriksaan Kesihatan (BMI (tinggi dan berat) & Ujian CO)
- Taklimat
- Ujian Personaliti
- Perbincangan Kumpulan ( dua topik kecil dan satu topik besar)
- Public Speaking.
0 comments:
Post a Comment